3 Gereja Dibakar, Otak Udang!?
Apakah jenis manusia yang tidak menggunakan akal fikiran untuk duduk betul memikirkan setiap perkara antara baik dan buruk? Bukankah boleh disamakan dengan otak udang?

Salah sebuah gereja yang dibakar
Baru tadi aku dapat maklumat dari blog makro iaitu twitter mengatakan 3 gereja dibakar oleh mereka yang tidak berpuas hati dengan penggunaan nama ALLAH oleh penganut kristian.
Sebenarnya apa kesimpulan yang dapat kita buat melalui trajedi seperti ini? Walaupun tidak melibatkan sebarang nyawa tetapi ia membawa maksud kemurkaan. Kemurkaan penganut agama lain terhadap orang islam. Dimanakah letaknya nilai-nilai murni orang islam yang telah diasuh dan dididik dengan baik?
Sebelum ini sudah puas mana jabatan agama dan pihak berkuasa mengumumkan untuk bertenang supaya dapat diselesaikan secara yang betul dan tidak melibatkan trajedi seperti ini. Bukan main busuk orang yang terlibat kerana ia mencemarkan lagi pandangan mereka yang menganut agama lain terhadap islam.
Ah mulalah aku nak membebel ni, dah aku hidup dalam tertekan dan merasakan tekanan darah aku berada di paras yang tinggi je. Dimana letaknya akal dan fikiran orang kita yang sepatutnya diselarikan dengan adab sopan dan sejumlah nilai-nilai murni yang telah disuntik kedalam diri. Suntik disini bukan bermaksud disuntik dengan dadah! (hu3).
Sudah dijangka, sejak dari awal berita penggunaan nama ALLAH diwar-warkan di akhbar tempatan dan berita-berita utama di kaca televisyen, ada pihak tertentu yang sengaja mengambil peluang tersebut. Mereka bertindak seperti orang yang menghasut atau menjadi betu api kepada pihak lain.
Apakah kebarangkalian mereka sanggup melakukan sedemikian?
Logiknya, kamu yang waras tidak mungkin melakukan perkara tersebut kerana setiap orang telah ditanam dengan nilai-nilai moral sejak di bangku sekolah. Kita bukan duduk kat negara tanahair kita, Malaysia, sehari dua bersama-sama dengan bangsa dan agama lain. Malah telah sekian lama menjujung langit dan berpijak di bumi yang sama.
Mungkinkah mereka telah dihasut atau dibayar atas kehendak seseorang yang mengambil kesempatan di atas kes tersebut?
Aku percaya, ada sesuatu yang tidak kena apabila sesuatu peringatan telah diberikan tetapi masih ada yang berdegil kununnya mahu melakukan tindakan sendiri. Yang paling menyedihkan dan memalukan apabila perkara yang melibatkan agama islam dipersenda. Bukan dipersenda oleh kaum atau bangsa lain tetapi oleh bangsa dan orang yang beragama islam sendiri!?
Ya allah ya tuhanku, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, ampunilah mereka yang telah tersasar dari tujuan asal mereka dan lindungilah seluruh umat islam di dunia ini.
Ya allah ya tuhanku, sesungguh Engkau Maha Mengetahui, tunjukkanlah kebenaran atas apa yang terjadi supaya kebenaran itu merungkai kekusutan yang terjadi ke atas umatmu sendiri.
Fikir-fikirkanlah, mudah-mudahan kita diberi hidayah dan petunjuk dari Allah. Sedangkan islam selalu mengingatkan kita supaya menghormati bangsa lain, betapa tingginya islam meletakkan kaum atau bangsa dari agama lain.

59 Komen untuk “3 Gereja Dibakar, Otak Udang!?”