Ada Kelab Peminat, Macam Best!
Orang ada kelab peminat, kamu pun nak juga. Orang ada ramai senarai ahli, kamu tak ada (kah3). Tak apalah sekurang-kurangnya kamu tahu kemampuan kamu dalam merencanakan sesuatu supaya mengikut apa yang dirancang.
Macam aku, aku buat kelab peminat di facebook untuk melihat statitik peminat disana, sama ada dari rakan-rakan blogger atau pembaca setia blog ini.

Lihat dari gambarajah statistik yang di ambil dari fan page di facebook, peminat tidak lah seramai mana seperti mereka yang mungkin lebih lama tahu akan kewujudan bagaimana membuat laman peminat tersebut. Tapi gambaran mengenai statistik dari segi jantina amat menarik perhatian aku.
Yalah kebiasaannya kita dapat rujuk tentang kehadiran trafik dan dari mana trafik masuk, tapi di facebook kita dapat lihat kehadiran peminat melalui jantina! Kira dapat lihat jantina ke? (kah3).
Nampaknya peminat lelaki lebih ramai dari peminat perempuan, mungkin setelah lama tidak menulis mengenai tangkap leleh, jiwang karat segala. Dulu, sememangnya blog ini punyai peminatnya yang tersendiri dari kalangan perempuan. Itu pun melalui pemerhatian dari tindakbalas yang diterima melalui email dan YM.
Kategori umur juga menarik perhatian aku, dimana peminat blog ini terdiri dari mereka yang telah dewasa. Aku fikir mungkin cara penulisan ini yang lebih mudah difahami kepada mereka yang umurnya dalam kategori tersebut. Yalah penggunaan bahasa juga mainkan peranan. Orang muda nak campur orang muda je, cara sembang orang muda (he3).
Tak payah lah nak cerita bab teknikal, kita cerita apa yang kita dapat gambarkan dari situasi sesuatu keadaan. Sebab itu blog ini punyai tagline yang berbunyi (eh ada bunyi ke?) TERSURAT dan TERSIRAT!
##########
Melihat dari sambutan peminat secara tak langsung dapat menaikkan semangat penulis blog untuk terus bersandiwara di dunia tanpa batasan ini. Bukan untuk war-warkan cerita yang tak baik tapi biarlah berlandaskan asas fakta yang kuat dan logik. Lainlah kalau blog yang dok sembang pasal pemasaran dan jualan.
Ini blog jiwang karat, kisah luahan hati dan menulis secara menyeluruh (general) termasuk komen-komen mengenai isu semasa. Tak kisah orang lain nak gambarkan apa sekali pun tapi yang nyata, lihat pada trafik dan pasti punyai peminatnya yang tersendiri.
Sejak syarikat pengiklan internet sudah kaya, mereka mengubah strategi pemasaran mereka yang secara tak langsung blog yang kurang popular ni menerima impak yang hebat! Bukan hebat bagus tapi hebat jatuh tergolek. Sedikit sebanyak menjejaskan semangat penulis untuk teruskan menulis. Yalah bukan nak kaya pun dengan impression dan hasil klik yang betul dari pelawat tapi sekurang-kurangnya mampu meraih sedikit pendapatan.
#########
Tengok! Dengan hanya melihat sambutan laman peminat tersebut dah buat diri ini terbakar untuk menulis kembali. Walaupun asas wujud blog ini bukan kerana pengaruh gila-gila dari kata-kata, “buat duit dengan blog” tapi macam mana sekalipun ia tetap menjejaskan. Kunun, perasaan lebih kot!? (ha3).
Tak apalah yang penting, blog ini masih punyai peminatnya yang tersendiri dan aku sendiri sedang merancang untuk menulis rentak baru. Tetap menjadi blog peribadi tapi dalam masa sama cetuskan idea untuk menulis novel asas dari perjalanan hidup aku selama ini.
Rasanya sudah bosan hanya menghebahkan tentang kehidupan peribadi yang bukan membawa maksud kepada kebahagian. Kecewa dan duka menjadi peneman. Baik aku gambarkan kekecewaan aku dari sudut sebaliknya, insya allah.
Sukarnya jika penulis bermula menulis kerana jiwanya, setiap butir perkataan dikeluarkan melalui rasa yang dirembeskan oleh hati yang di terjemahkan melalui perasaan yang dirasai ketika menulis. Kadang-kadang menulis tentang bahagia pun boleh jadi cerita sedih, begitu juga sebaliknya, semua bergantung kepada perubahan perasaan.
Dan catatan ini adalah permulaan awal untuk cuba wujudkan suasana baru. Yalah dah namanya nak cuba, tengok saje lah akan datang (ha3). Yang penting setiap perkara yang punyai sokongan kuat akan memberi impak yang cukup kuat juga kepada penulisnya seperti aku.
Apa pendapat kamu?

14 Komen untuk “Ada Kelab Peminat, Macam Best!”