Aduka Taruna, Kepala Lutut Pun Penting
Bangsat! Perkataan pertama yang terpacul dimulut aku. Masih bersopan dan selalu digunakan dalam kepahlawanan melayu asli yang menandakan orang melayu punyai nilai-nilai murni yang tinggi.
Aku rasa tidak perlu diperkenalkan lagi siapa Aduka Taruna kan? Dah kecoh 1 Malaysia bahawa Aduka Durjana Taruna bikin kecoh. Kecoh, kecoh juga tapi kecoh yang dimaksudkan sangat tidak berperikemanusiaan. Kununnya nak berselindung disebalik kata-kata tetapi atas kebodohan sendiri tertinggal jejak.
Pelik aku lihat perangai manusia sekarang bak tagline Bang bang boom, takde pasal cari pasal. Sudahnya tak pasal-pasal dapat masalah. Itu belum masuk campur tolak bahagi masalah peribadi si penulis tersebut! Tak pakai songkok dan line putih pun kena saman, inikan pula kutuk-kutuk, tahu lah nasib kamu nanti.
Bahasa menunjukkan bangsa, aku rasa tagline ini dah tak boleh guna kerana ia ibarat kerana nila setitik rosak susu sebelanga (pergh dah macam karam singh). Takkan kerana mangkuk seorang yang buat pasal, tak pasal-pasal orang lain terkena calit arang kan? Tengok sahajalah bahasa yang dipakai, tak bertamadun barangkali.
Aku kalau dah bebel, sesilap boleh masuk ISA. Baik aku berhati-hati. Memula tak nak komen apa-apa tapi kalau dah berjiwa penulis yang suka menilai baik buruk sesuatu keadaan, terpanggil juga menulis sepatah dua (erk? sepatah dua!? ha3).
Yang dah terlepas tu, kena tetap kena la kan. Sekarang ni biarlah ia jadi peringatan kepada penulis lain pula. Tuhan kurniakan kita pelbagai bentuk emosi dan cara menghemburkan perasaan tetapi dalam masa yang sama mengajar untuk mengawal bagaimana mana kita menggunakannya. Agak-agak la kan, kalau semua boleh hembur perasaan dan emosi macam tu je, aku rasa ramai penulis yang bisanya mengalah ular tedung (ha3).
Campur pula penulis macam aku yang suka bermain emosi dan kuat membebel (perasan tak? ha3).
Kepala lutut pun sangat penting untuk pergerakan kaki dan melindung sesiku lutut (boleh pakai tak?) dari kecederaan. Inikan pula kepala otak!? Nak buang sampah pun kena fikir, inikan pula menulis!? Persoalan yang timbul apa kaitan secara langsung antara penulis dengan kejadian tersebut sehingga terkeluarkan entri seperti itu!?
Ada takde pun puncanya bermula dari masalah penulis itu sendiri. Kenapa? Tidak cukup didikan kah? Atau punyai dendam peribadi dari manusia yang memang bermasalah?
Renung-renungkan jangan jadi seperti orang yang tiada pedoman yang tidak tahu menilai baik buruk sesuatu keadaan. Ingatlah, sistem raja kita terbentuk sejak zaman raja-raja dulu. Jajahan tanah melayu yang kita duduki sekarang pun hasil kebijaksanaan raja-raja atau sultan. Kerana kebijaksanaan dan kekuasaan rajalah kita nenek moyang dapat tanah untuk kita berlindung sehingga kini.
Jangan kerana kamu dah dapat didikan dan mampu memiliki kebijaksanaan, kamu dah mula nak jadi orang yang suka pijak kepala pula. Tak cukup lagikah keamanan dan kesejahteraan bangsa majmuk yang kita miliki?
Yang paling pedih, tak pasal-pasal nama baik blogger jadi busuk sebusuk bahasa yang digunakan penulis tersebut! Ikut hati memang aku bengang sangat-sangat tapi aku masih kawal keadaan dan bahasa aku.
Apa pendapat kamu pula? Komen perlulah dilakukan dalam keadaan waras (he3).
PS – Nama samaran MEGAT ini pun dikurnia.
43 Komen untuk “Aduka Taruna, Kepala Lutut Pun Penting”