Aidiladha
Aidiladha juga dikenali sebagai hari raya korban atau hari raya haji di Malaysia. Ia disambut lebih kurang 2 bulan selepas kita menyambut Hari Raya Aidilfitri iaitu pada 1o Zulhijjah dalam bulan terakhir kalendar Islam.
Pada bulan ini juga, beribu-ribu orang Islam di Malaysia membuat perjalanan ke Mekah di Arab Saudi untuk menunaikan salah satu dari 5 rukun islam iaitu ibadah haji.
Aidiladha juga disambut sempena pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim. Ini adalah kerana kesabaran dan pengorbanan yang ditunjukkan Nabi Ibrahim terhadap ujian-ujian yang diturunkan oleh tuhan sehingga beliau sanggup mengorbankan anak beliau sendiri Ismail. Tetapi setelah menerima perintah tuhan, Nabi Ibrahim telah menggantikan dengan korban binatang berkaki empat seperti lembu, kerbau, kambing dan biri-biri.
Sempena hari yang mulia ini, aku ambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat menyambut hari raya korban kepada rakan-rakan blog dan kepada yang mengenali diri ini.
December 20th, 2007 at 8:42 am
slmt hari raya…
maaf zahir batin..
duit raya sepam..
or daging qorban ke sepam :p
[Balas Komen]
Megat Reply:
December 22nd, 2007 at 12:09 am
sepam jer naper tak dua :p
[Balas Komen]
December 22nd, 2007 at 2:16 am
slmt raya korban bro, byk dapat daging korban?hehe
[Balas Komen]
Megat Reply:
December 22nd, 2007 at 5:38 am
Alhamdulillah… rezeki. Gotong-royong bersama-sama dengan penduduk setempat.
[Balas Komen]
December 22nd, 2007 at 3:48 am
selamat hari raye aidiladha :)
[Balas Komen]
Megat Reply:
December 22nd, 2007 at 5:39 am
Alhamdulillah kemari juga kamu Mimi :D
[Balas Komen]
December 22nd, 2007 at 4:49 am
byk dpt daging korban?
[Balas Komen]
Megat Reply:
December 22nd, 2007 at 5:40 am
Ada la juga bro. Bro macam mana?
[Balas Komen]
December 24th, 2007 at 4:58 pm
Owh… terima kasih kerana mengingatkan….
[Balas Komen]
Megat Reply:
December 25th, 2007 at 11:59 pm
Sentiasa berpesan-pesan jadikan amalan. Walaupun setiap orang dah mengetahui mengenainya.
[Balas Komen]