Assalamualaikum dan terima kasih kerana sudi bertandang ke blog picisan ini.

Aku Bukan Superman!

Aik apa pasal tajuk kali pelik je bunyinya!? Jangan bimbang mata kamu tidak melakukan kesilapan tetapi semua ini adalah teknik memanipulasikan SEO (ha3). Ini bukan pasal tajuk lagu popular dan bukan juga pasal superman malaysia, Faizal Tahir. Jangan marah kamu yang setia, sesekali seronok juga bawa angin baru pada entri di blog ini.

Macam mana sekalipun tajuk berkenaan sedikit sebanyak membawa maksud kepada entri kali ini. Yalah sudah tentu kamu dapat bayangkan watak hero yang dikenali senatero dunia iaitu Superman! Gagah perkasa, semuanya dia boleh lakukan kan?

Aku pula bukan superman! Sebab itu aku perlu mengkaji segala sudut apa yang perlu aku lakukan. Mungkin kamu juga seperti itu kan? Tapi tak tahulah kalau kamu ada kuasa! Jangan kedekut bagi kat aku sikit (ha3).

Adeh dah melalut.

Sebenarnya aku nak sampaikan perkara mudah sahaja. Setiap perkara yang kita lakukan perlukan kajian sendiri. Tidak perlu dengar cakap sana, cakap sini. Nak tau uji sendiri. Lepas itu, barulah boleh dapat maklumat dan analisisnya sendiri.

Yalah kita bukan boleh tahu apa yang berlaku pada masa akan datang dan mustahil untuk mencapai sesuatu matlamat tanpa berusaha. Insya allah, janji Allah apabila kita berusaha, akan diberi dibalas ganjaran yang setimpal. Jadi? Buat kerja sikit – sikitlah ganjarannya, berusaha dan rajn buat kerja – banyaklah ganjarannya.

Jangan lupa, syukur dan minta untuk tambahkan rezeki perlu diusulkan dalam setiap DOA. Allah suka mendengar apa yang kita pinta. Bezanya mungkin esok atau mungkin bulan atau mungkin tahun depan. Usahalah dan bermohonlah!

Jangan pula hari doa, esok dah mengharap – jawabnya ke parit! (hu3).

Allah jualah Yang Maha Berkuasa, Allah jualah Yang Maha Segala-galanya.

Kesimpulannya, selamat tinggal Innity dan kembali sayangku, Nuffnang!

Catatan-catatan lain yang cun!

Terbit pada 19 May '10 oleh Megat, dalam kategori Motivasi.
116 pembaca telah singgah di catatan ini
Apa yang kamu cari? - , , , .

14 Komen untuk “Aku Bukan Superman!”

19.05.10 at 05:06
Posted by Anarm

superman meninggalkan innity? kenapa? mengapa? sebab ape?
Terkini dari Anarm di blog nya – Kenapa manusia suka menzalimi haiwan? My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

ada sebab aku tak nyatakan sebabnya. yang paling utama sebabnya adalah seperti tajuk entri ini.

sebab lain secara tak langsung telah dinyatakan dalam entri ini ;)

[Jawab Balas]

19.05.10 at 10:25
Posted by zik

lorrr.. kok tinggalkan innity???
Terkini dari zik di blog nya – Keputusan penuh Pilihan Raya Sibu (P212) My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

sebabnya jelas untuk aku. alasan untuk bersama atau meninggalkannya adalah berbeza mengikut kemampuan setiap blogger.

[Jawab Balas]

19.05.10 at 10:57
Posted by lowongan kerja

Betul la tu, manusia bukanlah superman. Kita hanya bisa bekerja keras dan berusaha serta berdoa.
Terkini dari lowongan kerja di blog nya – Fuji Bijak Prestasi Sales & Logistic Vacancy My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

mantap! sentiasa INGAT ALLAH dan sentiasa tidak putus DOA adalah yang TERBAIK! insya allah.

[Jawab Balas]

19.05.10 at 12:53
Posted by yaya@Ris

Kadangkala superman pun perlukan bantuan, apatah lg kita ni, hanya insan biasa.. setiap perkara yang kita hendak/akan lakukan perlulah diiringi dengan usaha yg gigih, doa & tawakal kpd Allah.. InsyaAllah hasilnya akan memuaskan hati kita..
Terkini dari yaya@Ris di blog nya – Skuad Jelajah 1Malaysia GPMS-Score A 2010 My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

kita juga boleh jadi superman! kenali ALLAH sebenar-benarnya. berusaha mendapat HIDAYAH.

[Jawab Balas]

19.05.10 at 13:45
Posted by beliamuda

kepuasan mengetahui sendiri perkara yang dikaji adalah suatu yang sangat best. cuma kena bersabar apabila hasilnya tidak seindah yang dikhabarkan.
Terkini dari beliamuda di blog nya – Nota Malam: (Bab 6) Kenangan Nasi Haiqal Yang Membawa Kami Terbang My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

pengkajian tidak semestinya memuaskan tetapi ia perlu untuk mendapatkan jawapan yang selama ini meragukan.

berhasil atau tidak bergantung kepada ujian tersebut ;)

[Jawab Balas]

19.05.10 at 14:36
Posted by samdaddycool

Semalam Apek Senario jadi Superman.. confirm tumbang lawan alien..

Amacam projek? progres bagus??
Terkini dari samdaddycool di blog nya – When the baby keep crying My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

apekman ke apa? sedang berusaha, doakan kejayaan!

[Jawab Balas]

samdaddycool beri maklum balas:

kadang-kadang aku berangan.. hehehee
Terkini dari samdaddycool di blog nya – Menulis entry sambil bermain pool sementara menunggu waktu berbukaMy ComLuv Profile

[Jawab Balas]

20.05.10 at 22:35
Posted by ardzham

Nampaknya kita seiring ( perasan… hehehe) abg dapat minimum payout innity, masuk bulan kedua “macam tak boleh pergi” je, maka kembali kepada Nuffnang….

Insyaallah “ujian” selama sebulan setengah lebih mematangkan kita!
Terkini dari ardzham di blog nya – Lampu Kalimantang My ComLuv Profile

[Jawab Balas]








CommentLuv Enabled