Assalamualaikum dan selamat datang ke blog tukang kebun, MEGAT.

Aku Ceraikan Kau, Talak Satu!

Huh seram menyebutnya. Tiada perkataan yang mewakili kata-kata kesat atau lucah dalam topik ini tetapi ia tetap menjadi trauma sama ada suka atau tidak. Apatah lagi setelah beberapa lama sehidup semati dan mengorbankan jiwa dan raga (cewah).

Begitu juga aku, aku perlu menceraikannya kerana setelah lama tidak memberi tindakbalas yang baik. Tidak sangka aku ingatkan panas sampai petang tetapi hujan waktu tengahari (hu3).

Sedih, bukan senang tau. Macam mana sekali pun aku tetap perlu buat keputusan demi masa depan aku juga. Buat apa nak simpan barang yang tidak berguna. Buat apa nak tunggu seperti menunggu bulan jatuh ke riba. Adeh semakin tinggi penggunaan bahasa (ha3).

Wah, belum baca habis tak sangka bukan-bukan? Oh tidak! Aku bukan maksudkan kepada sesiapa. Yang aku maksudkan ialah ceraikan Nuffnang dan mencuba sesuatu yang baru, Innity! Tak usahlah hanya bermain di kepala bagaimana Cik In berfungsi, nak tahu kenalah berani mencuba dan alami pengalaman itu sendiri.

Sebelum ini Cik N beri sumbangan juga ke atas blog ini dan alhamdulillah aku boleh cuba kekalkan pendapatan RM100++ sebulan tetapi tidak lagi kini. Sudah 2 bulan tiada apa-apa punca dari sana kecuali kempen biasa. Argh! Macam mana nak dapatkan sasaran pendapatan pasif melalui blog?

Aku tahu, aku ambil keputusan berani mati dengan mencuba sesuatu yang baru. Sekurang-kurangnya aku mencuba dan alami sendiri apa yang bakal berlaku, barulah boleh beri komen yang bernas kan?

Aku cerikan kau Nuffnang dengan talak satu! Kenapa talak satu? Yalah mungkin akan rujuk kembali jika ada yang tidak kena (he3).

Cik IN, jika jaga aku, aku akan sayang kamu! Aku mendaftar di Innity sudah lama tetapi ada beberapa kesilapan teknikal yang berlaku sehingga memaksa aku menghantar sepucuk surat elektronik (email) kepada pihak berkaitan. Alhamdulillah pihak sana mohon maaf atas kesilapan tersebut.

Yang paling mantap, masalah selesai tidak sampai beberapa jam. Cepat betul khidmat pelanggan mereka! Lihat sahajalah nanti bagaimana persembahan Cik IN, adakah lebih CUN dari Cik N?

Catatan-catatan lain yang cun!

Terbit pada 30 January '10 oleh Megat, dalam kategori Diari.
Apa yang kamu cari? - , , , , , , , , , , .

53 Komen untuk “Aku Ceraikan Kau, Talak Satu!”

30.01.10 at 12:39
Posted by apiih

kesian kt cik N..huhu..merajuk balik umh mak die dah..haha..dah berbini baru lah nmpknyer..lebih mantop dan lebih ber$$…hahaha..mudah-mudahan rezeki en.megat semakin bertambah..amin..huhu

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

tu lah sape suruh tak layan aku baik-baik (ha3). sebenarnya Cik N yang terbaik sebelum aku pasang niat nak test Cik IN.

ya aku harap perkara yang sama juga, insya allah.

[Jawab Balas]

30.01.10 at 12:49
Posted by Mr.Bintang

hehe.. semua org dah beralih arah… :P aku pun dah nak ceraikan N x lama lagi.. hihi.. tp dah kawen sesiap ngan IN.. hahahaha.. :P

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

ko kawen lari eh? tak patut betul la (ha3). kalau berani minta sain borang poligami la.

mudah-mudahan keputusan talak 1 ini berbaloi ;)

[Jawab Balas]

30.01.10 at 12:50
Posted by zam

aku ingatkan apa la tadi senang-senang nak cerai
Terkini dari zam di blog nya – Ape itu nuffnang? My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

tidak seronoklah jika tiada entri berunsur gurauan. kadang2 nak uji juga penggunaan bahasa tinggi dalam blog. bagi simpul sikit urat dalam kepala (ha3)

ceriakan hidup kamu ;)

[Jawab Balas]

Mr.Bintang beri maklum balas:

first time tngk tajuk ni kat twitter aku dah dapat agak yang en.megat maksudkan adalah menceraikan N.. hehehe…

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

wahaha, bagus, bagus. cepat tangkap ;)

[Jawab Balas]

30.01.10 at 13:18
Posted by hafizmd

Megat oh megat..terkasima aku tgk tajuk bile kluar kat tweet td..ingat ape. Rupenye dah kene hantar balik kampung dah Pn. N. Takpela, dgn adenya Pn. IN yang masih muda, moge rezki makin melimpah..hikss
Terkini dari hafizmd di blog nya – Madu oh! madu My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

30.01.10 at 13:42
Posted by Kreuger

ce ce ce.. dia pon ade skandel dah dengan cik innity.. wiwit.. banyak betoi skendel cik innity neh. lagi lagi blog pawe macam en megat.. cepat jer dia approved.
Terkini dari Kreuger di blog nya – Mari belajar berkomen cara Azman Ishak My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

power? kahkahkah takdelah. biasa sahaja. tanpa korang mana nak dapat trafik blog ni.

ada kesilapan teknik sikit katanya. aku tengok ko senang apply tu yang aku try lagi.

[Jawab Balas]

Ayah Aiman beri maklum balas:

blog korang berdua mmg power..
Terkini dari Ayah Aiman di blog nya – Pergi Tak Akan Kembali… My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

30.01.10 at 15:37
Posted by wansteddy

tapi ad nuffnang ni asik off je. susah nak klik iklan kat blog kenalan blogger. blogger2yg masuk dlm my blog pn bg komen ad asik zzzz…
Terkini dari wansteddy di blog nya – Karikatur Wira & Nurull My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

30.01.10 at 16:07
Posted by topo

pergh.. semua orang nak pakai innity sekarang ni…
Terkini dari topo di blog nya – 4 Tips Tingkatkan Trafik Dengan Memahami Pelawat My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

bukan apa, nak cuba juga macam mana kesannya. kita tengok apa kesannya nanti ;)

[Jawab Balas]

30.01.10 at 16:59
Posted by Kujie

erkkk…………… talak 1,kan?

boleh rujuk lagi..kalau dalam edah – NN pujuk macam mana?

p/s – banner we care ni letak belah kanan lah…tak leh nk komen..susah..dia tutup

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

a’ah la kak, ada tempoh edah la. erm, sempat tak nak test cik IN nanti (ha3).

erk? tak nampak ruang komen eh? nanti saya alihkan banner tu. terima kasih bagi tau kak ;)

[Jawab Balas]

30.01.10 at 19:29
Posted by Akuro San

eh, masih ada lagi banner NN kat bahagian footer blog nih~ tak betul2 bercerai lagi nih~ hehe~
macam mana nak join innity ni yerk? rasanya blog newbie boleh ker pasang innity nih?

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

tinggal 1 je. kenangan la lebih kurang, itu pun nak tengok statistik dari cik N.

cuba je dulu join, klik publisher dan daftar kat webnya. lepas tu tunggu sama ada lulus atau tidak.

[Jawab Balas]

30.01.10 at 22:04
Posted by farahaznil

haha..ingtkan cerai kan bini td..huhuh
Terkini dari farahaznil di blog nya – Blog Walking. My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

31.01.10 at 01:23
Posted by Ayah Aiman

dah agak dah. aku notice ramai senior bloggers dh dilamar Cik IN lately. moga Megat bahagia dgn Cik IN eek..

tu lah, Cik N asyik tidur ajer..mcmana blogger nak dpt income lebih. nyampah aku…
Terkini dari Ayah Aiman di blog nya – Pergi Tak Akan Kembali… My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

31.01.10 at 01:27
Posted by Ayah Aiman

dah agak dah..aku notice semakin ramai bloggers yg dah dilamar oleh Cik IN lately. moga Megat bahagia dgn Cik IN eek..

silapnya Cik N asyik tido ajer..mcmana blogger nak dpt income lebih..
Terkini dari Ayah Aiman di blog nya – Pergi Tak Akan Kembali… My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Ayah Aiman beri maklum balas:

alamak! double shot la pulaks..
Terkini dari Ayah Aiman di blog nya – Pergi Tak Akan Kembali… My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

dilamar? aku rasa tidak dilamar tapi ramai yang menggatal untuk melamar (ha3).

seperti juga dunia realiti, saingan tetap ada. siapa yang beri peluang lebih maka sudah pasti mendapat sambutan.

kita mesti hapuskan budaya monopoli.

[Jawab Balas]

Ayah Aiman beri maklum balas:

betul tuh..dlm budaya persaingan, pasti ada pihak yg mendpt keutgan..

dlm kes ini, bloggerlah..
Terkini dari Ayah Aiman di blog nya – Pergi Tak Akan Kembali… My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

31.01.10 at 02:29
Posted by denaihati

aku pun minat cik In ni tapi mungkin next month lah kot…
Terkini dari denaihati di blog nya – Blog Review : Hidup Biar Sedap memang Sedap My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

cubalah, blog ko trafik tinggi apa ;)

[Jawab Balas]

31.01.10 at 02:35
Posted by arieza

wahh semua dh tukar ke innity.. hahaha semoga sukses!
Terkini dari arieza di blog nya – ::: >>> Mau Juling Lagi? My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

31.01.10 at 06:13
Posted by menteil

huhu… seram sejuk baca tajuk… cik N rupanya.. talakkan 3 terus.. huhu…

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

takmo la talak 3 nanti kang tak boleh rujuk. ko nak jadi pak sanggup ke (ha3).

[Jawab Balas]

31.01.10 at 08:35
Posted by Wasilah

Hmm…terperanjat saya.Ingatkan tajuk ni ada kena mengena dengan perkahwinan yang sebenar En Megat.. hehe..
Kalau cik N tu yang ditalakkan tak mengapalah….

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

bila blog semakin banyak, semakin menjadi politik blog. contoh tajuk seperti ini adalah bertujuan untuk menarik trafik.

puan shila kah?

[Jawab Balas]

31.01.10 at 08:37
Posted by abahsofea

haha..abang megat berjaya mengusik perasaan ku di keheningan pagi ini
Terkini dari abahsofea di blog nya – CSR @ abahsofea Episode 2: Pondok Lubuk Tapah Terbakar!!! My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

31.01.10 at 08:37
Posted by abahsofea

haha..abang megat berjaya mengusik sanubariku di kala keheningan pagi ini..
Terkini dari abahsofea di blog nya – CSR @ abahsofea Episode 2: Pondok Lubuk Tapah Terbakar!!! My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

31.01.10 at 09:31
Posted by mesticun

Innity boleh dapat duit.kalau tidak.kenapa banyak blog letak iklan innity ni.syabas percubaab berani tak mati.hehe…
Terkini dari mesticun di blog nya – Cara Dajjal Mencari Imam Mahdi My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

31.01.10 at 13:58
Posted by bloginformasi

Selamat datang ke dunia Innity yang penuh infinity.
Terkini dari bloginformasi di blog nya – Jawatan Kosong Kaunselor Gred 41 Dan 44 Kementerian Pelajaran Malaysia My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

31.01.10 at 16:52
Posted by Jaws

hahaha..
sampai bercerai berai..
hehe

[Jawab Balas]

31.01.10 at 17:00
Posted by Anarm

aku takleh kot pkai innity ni.. die punye syarat nk kene kerap update blog.. aku kadang2 tinggal sawang kt blog.. huhuu
Terkini dari Anarm di blog nya – Integrasikan Twitter dan Yahoo Meme My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

31.01.10 at 17:11
Posted by x-po

tgk2 cik n dah xmau nk rujuk blk..kehkeh
Terkini dari x-po di blog nya – BILA DAH KAHWIN, NAK ANAK CEPAT ATAU LAMBAT? My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

31.01.10 at 17:16
Posted by ariff

kalau tak dapat buffered tukar je.
Terkini dari ariff di blog nya – Nak Jadi Gagah Punya Pasal My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

31.01.10 at 17:22
Posted by Fazreen

selamat dtg ke innity network..hehehe bro jemput ke blog twitter malaysia…
Terkini dari Fazreen di blog nya – Innity vs Nuffnang – Apa Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Beralih Arah My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

31.01.10 at 17:34
Posted by AnakAnakKita

heh abang megat dah bertukar angin. semoga berjaya :)
hidup perlu ada risiko sebab tak de risiko tak de keseronokkan
Terkini dari AnakAnakKita di blog nya – Conteng Gambar v.2 My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

31.01.10 at 18:06
Posted by mesticun

nanti merajuk Cik nuffnang.hahaa.. kita nak
cuba yang lain sikit.apa salahnya.
Terkini dari mesticun di blog nya – Cara Dajjal Mencari Imam Mahdi My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

01.02.10 at 12:09
Posted by abahsofea

Cik IN nie memilih..dia nak yang power2 bloggers jer..hehe
Terkini dari abahsofea di blog nya – cerita Valentine’s Day???? tak pernah dengar punnn!! My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

01.02.10 at 14:51
Posted by luthtextile

nampaknya bro kita dah berkongsi kekasih. hahaha

[Jawab Balas]

02.02.10 at 15:06
Posted by titan

ramai tol orang suka cerai-cerai sekarang. Aku tak ceraikan diorang. Cuma aku bagi diorang rumah baru masing-masing. Kita kena adil, kan? kan?
Terkini dari titan di blog nya – 21 orang TNX Super Knight My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

03.02.10 at 02:41
Posted by ery

ala.. kenapa tak bermadu je..
Nuff & Innity…
kan bermadu lebih manis…
xleh pakai lebih dr 1 advertiser ke??
hehehe…
Terkini dari ery di blog nya – Zina Hilangkan Rasa Malu My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

03.02.10 at 11:04
Posted by Cik N

Sampai hati Abang Megat ‘buang’ N, tergamak Abg. Megat pinggirkan N selepas jumpa dengan yang baru.. huk.. huk… N tahu siapa N, kalau nak bandingkan dengan IN.. huaaa… huaa…
Terkini dari Cik N di blog nya – 1001 alasan berblogging My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

03.02.10 at 12:16
Posted by knightblogger

tengah fikir, nak pakai yang mana satu lagi sesuai..
Terkini dari knightblogger di blog nya – What’s Blogger hate to do? My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

04.02.10 at 09:47
Posted by safar

bagaimana boleh terkena ni.hehe…..rupanya nak pasang iklan innity.
Terkini dari safar di blog nya – Pengkianat makmal penyelidikan My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

06.02.10 at 14:21
Posted by Dak Wan

Ada sebarang perkembangan jangan lupa war-warkan ye?
Terkini dari Dak Wan di blog nya – Buat Para Sahabat! My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

15.02.10 at 01:47
Posted by afblogger

hehe. lom try lagi. tapi ramai yang mula pakai innity dan nuffnang sekarang.
Terkini dari afblogger di blog nya – 4 Break News from Adf.ly My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

17.02.10 at 01:35
Posted by mrkay

pada aku, Innity jauh lebih bagus dari NN. dan aku mula sedar yg NN mengamalkan pilih kasih. aku jamin, earning innity ko jauh lagi byk dari aku walaupun aku dah berkasih dgn cik In lebih awal. huhu..

P/s: ko dok pakai gelaran IN, teringat aku pada pojaan hati aku dulu2.. nama timangan dia IN. hahaha :p
Terkini dari mrkay di blog nya – Phishing gaya professional! My ComLuv Profile

[Jawab Balas]








CommentLuv Enabled