Aku!?

Tentang Blog.

Tujuan blog ini dibangunkan adalah kerana aku ingin berkongsi perihal kehidupan, perasaan, kerjaya dan ilmu dalam apa jua bidang yang diminati terutama yang bersangkut paut dengan kehidupan sejenis aku, seorang lelaki, suami dan bapa.

Disini juga aku dapat berkongsi idea-idea tentang topik hebat untuk dipaparkan kepada umum supaya dapat disuarakan wadah indah bersangkut paut dengan minda, emosi dan moral seorang manusia. Semoga apa yang baik boleh dijadikan teladan dan sebaliknya dijadikan sempadan.

Semoga dapat memberi faedah demi masa depan yang terjamin, demi agama dan negara.

Tentang Penulis.

Aku yang lebih dikenali dengan nama samaran MEGAT telah lama berkecimpung dalam bidang penulisan blog iaitu sejak 2003, cuma sejak akhir-akhir ini lebih aktif dan rancak.

Aku dilahirkan di Hospital Besar Sultanah Aminah, Johor Bahru, Johor  pada 10 Februari 1977 dan ketika itu ibubapa aku bertugas di Felda Bukit Ramun (Johor). Aku juga telah merantau banyak tempat mengikut lokasi bertugas orang tua seperti di Kelantan, Sabah dan akhir sekali menetap di Kota Tinggi, Johor.

Pernah bekerjaya dalam bidang Teknologi Maklumat & Komunikasi sejak 8 tahun yang lalu. Bermula dengan jawatan sebagai Pengaturcara Aplikasi di beberapa syarikat software house dan seterusnya terus mengorak langkah ke arah bidang teknikal. Dan sebelum ini memegang jawatan sebagai IT Senior Engineer.

Malangnya aku tidak dapat meneruskan kerjaya aku dalam bidang IT kerana disebabkan penyakit misteri yang menimpa aku sejak setahun yang lalu (16 Mei 2008). Dan memaksa aku untuk mencari jalan untuk bekerja dari rumah.

Kini aku menulis secara sepenuh masa dan melibatkan diri dalam beberapa perniagaan kecil-kecilan yang dijalankan sendiri mahu pun melibatkan diri secara terus dalam bidang pemasaran. Aku harus memikirkan sesuatu kerja yang lebih berbaloi demi untuk menyara keluarga dizaman yang semakin mencabar kini.