Assalamualaikum dan terima kasih kerana sudi bertandang ke blog picisan ini.

Amukan Power Ranger, Sikit Lagi Nak Jadi Kesatria Perkasa Hitam!

Tak sangka, aku tidak menyangka isu-isu sebelum ini seperti klik-klik nuffnang dan klik dapatwang menjadi isu panas. Kamu boleh nampak dengan melihat sambutan komen-komen hangat. Atau yang hanya membaca tapi tak reti nak komen, kamu boleh lihat berapa jumlah pembaca yang catatan-catatan tersebut (he3).

Topik je nampak macam merepek tapi ia menjelaskan keadaan yang berlaku seperti yang dapat dihuraikan oleh ratu penyelamat, Kak Jie mengenai amukan pasukan power rangers (ha3). Kak Jie memang pandai bermain dengan kata-kata, itulah contoh blogger yang layak mendapat unique visitor yang tinggi! (hu3).

Jom menulis blog dengan cara betul

Jom menulis blog dengan cara betul

Tujuan catatan ini bukan nak keruhkan keadaan yang sedia keruh lagi. Tujuan catatan hanyalah untuk menjelaskan keadaan kenapa power ranger tersebut mengamuk. Kebetulan di catatan terkini blog Kak Jie sudah menjelaskan bagaimana untuk membina asas menulis blog, ditambah pula dengan penerangan asas secara teknikal tentang nuffnang di blog Fauzi dan penantian yang berbaloi oleh sibintang.

Masing-masing telah dikurniakan akal dan fikiran yang baik dari Allah Ta’ala. Jangan lakukan perkara yang membuang masa, teruskan perjuangan. Mana yang elok kita kongsi-kongsikan dan yang tak elok kita jadikan tauladan. Sebenarnya kamu sudah beruntung dimana banyak catatan dari mereka yang lebih lama merujuk kepada tip-tip dan teknik-teknik untuk dapatkan trafik.

Aku dan rakan-rakan lain tiada niat langsung nak menjatuhkan blogger lain. Cukuplah sekadar ia dianggap sebagai nasihat. Itu belum aku dedahkan yang kamu gelarkan ‘kami’ anjing kan!? Aku baru perasan setelah aku berlegar-legar di rangkaian blogger terbabit. Tolong fikir untuk kebaikan bersama.

Dunia blog Malaysia dah la masih kecil tapi sudah menunjukkan gelodak kekeruhan dalam diri masing-masing. Memang tak elok tu (he3)

Aku hanya manusia biasa yang dikurniakan hati dan perasaan. Maaf kalau ada sesiapa yang tersinggung, tujuan aku untuk sedarkan apa yang buruk dan tak betul. Yalah ada sesetengah perkara kalau dilakukan dengan cara baik, tidak pula mendapat perhatian tapi kalau dibuat dengan cara amukan, barulah semua merasa bahangnya. Itu realiti bukan? (he3).

Catatan-catatan lain yang cun!

Terbit pada 2 December '09 oleh Megat, dalam kategori Motivasi.
384 pembaca telah singgah di catatan ini
Apa yang kamu cari? - , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , .

63 Komen untuk “Amukan Power Ranger, Sikit Lagi Nak Jadi Kesatria Perkasa Hitam!”

02.12.09 at 17:24
Posted by Mr.Bintang

hahaha.. tajuk kemain.. ekekekek…
ada x tips² nk wat tajuk? blur skit nih.. slalu lepas siap entri, x tau nk letak tajuk apa… hahaha..

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

kalau ikut SEO, tajuk yang menjadi keyword panas seeloknya letak dibahagian paling awal tajuk.

tapi kalau blog umum macam kita ni eloknya letak tajuk yang ada kebarangkalian untuk dicari pembaca kalangan kita.

yang paling dalam blog negara kita ni ialah kandungan yang cun! itu sebab tajuk mengarut pun dapat perhatian (kah3)

[Jawab Balas]

Mr.Bintang beri maklum balas:

biasanya tajuk yg pelik² tu lah yg org tertarik.. especially bila inform kat twitter.. kalau tajuk skema kurang sangat kot.. kan? hehe..

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

tau takpe. itulah cara memikat orang kita supaya masuk blog kita. senang cerita, budaya orang kita masih kat situ lagi.

[Jawab Balas]

02.12.09 at 17:29
Posted by beliamuda

layaknya seorang yang banyak ilmu memang pandai menulis.. belajarlah untuk mencapai tahap yang sama.. nak pergi lebih tinggi pun bagus juga kan.. hehe~

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

contoh macam aku je dah la. mula-mula nak tulis blog rasa cam hampeh, tulis padam tulis padam.

tapi alhamdulillah, berbekalkan semangat kununnya nak ada blog sendiri maka aku terus juga belajar macam mana nak bikin blog yang berjaya.

insya allah setiap apa yang kita lakukan ikhlas dan memohon pertolongan dari-NYA, bakal mendapat tempat yang baik ;)

[Jawab Balas]

02.12.09 at 20:10
Posted by hamid

bile blogger hidup dlm dunia sendiri, dan bukannya dalam dunia nyata.

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

aku rasa tiada kena mengena antara kegiatan di dunia blog dengan dunia nyata? ada ke?

atau aku tak faham dengan kenyataan tersebut!?

[Jawab Balas]

02.12.09 at 21:04
Posted by Anarm

aku masih belom mampu nk mencapai tahap menulis blog yg sama tarafnye dgn megat yg kerap keluarkan ayat2 power dlm penulisannya.. aku harus mandi minyak selepas ni bg merangsang tenaga dalaman aku untuk diadaptasikan dlm penulisan di blog.. huhuu..

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

mana ada ayat power anarm, ayat hentam kromo je. tapi berpintal jugalah urat-urat di kepala ni nak fikir (ha3).

mandi minyak apa rasa bro, mandi minyak panas la lagak seperti tamat perguruan ilmu persilatan (ha3).

[Jawab Balas]

Anarm beri maklum balas:

tu la yg aku maksudkn.. mandi minyak mcm dlm silat tu.. dlm tali pinggang itam ke kaler ape ntah.. pastu bleh tumbuk2 org.. hahaha

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

ceh mandi minyak lepas tu pukul orang (kah3). salah nuntut tu.

sepatutnya dah tamat bersemangat nak lindungi orang bukan tumbuk orang (he3)

[Jawab Balas]

Anarm beri maklum balas:

ler.. patut la aku xleh mandi minyak.. niat dh x btol.. ishh.. rasa insaf dah ni..

[Jawab Balas]

paeh beri maklum balas:

sbb anarm dr dulu skema… eheee

[Jawab Balas]

Anarm beri maklum balas:

kadang2 aku bleh jd skema, kadang2 aku bleh jd jahat x hingat.. aku ade masalah split personality skit.. tp masih terkawal.. hehe

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

erk!? lebih kurang aku juga. ada masalah personaliti. dalam database lama aku pernah menulis mengenainya.

janji pandai kawal dan tidak menyusahkan orang lain sudah (he3)

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

mana tau nih? ya kah?

[Jawab Balas]

02.12.09 at 21:29
Posted by Kujie

Benda ini putaran hidup – akan hilang dan ada pengantin. Harap-harap mereka sedar kesan tindakan yang dilakukan.

Malaysia telah dibank oleh kebanyakkan program popular dulu kerana orang-orang kita ‘ghairah berlebihan’ kalau bab nak cepat kaya

p/s penat hari ni – memandu 170km semata2 nak luangkan masa 30 minit dgn Along

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

yalah kak, esok-esok yg mana penulis baru pula menasihati yang baru pada masa akan datang (he3)

ghairah berlebihan sampai tercaples beberapa perkataan (he3). jauh berjalan agaknya ;)

[Jawab Balas]

Kreuger beri maklum balas:

dah bagi kek eh? hehehe tak snap pic pon?
nak tengok gak adiah kek dari mak cyber neh.
ade publish kat blog tak?

[Jawab Balas]

Kujie beri maklum balas:

tak de pun..cari kek kat Alamanda
sebiji pun tak de

tapau kfc dgn rotiboy je

[Jawab Balas]

Kreuger beri maklum balas:

kepsi pon kepsi lah… janji
bebudak seronok.

P/S: teringinnye lah nak skolah balik.. then mak ayah datang melawat masa belajar time rehat ke.. bawak jajan ataupon datang kasi duit belanjer… *tetibe~ hahaha…

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

betullah, rindu pula suasana dok hostel dulu. mak bapak bawa KFC 5% dpt kat owner yang lain, habis kena kambam (kah3).

itu belum bab masak megi dalam baldi. huhu memang sedap betul (kah3)

telefon nak mintak duit je kan kan kan? (kah3)

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

KFC? tetiba terliur pula (hu3)

[Jawab Balas]

zool beri maklum balas:

@kujie ada pengantin?? siapa yang kawin kak jie??

[Jawab Balas]

02.12.09 at 22:21
Posted by Kreuger

nak dapat populariti dari penulisan bukan boleh dapat dalam masa sehari. nak citer contoh orang lain rasenya amat tidak adil. ikhtibar dari sendiri… yang pada duluya langsung tidak dikenali orang.. sampailah satu tahap menjadi kegilaan peminat dan pembaca blog yang berkomen ke blog aku sampai mencecah ratusan setiap hari. target dan matlamat itu sudah pon tercapai. untuk masa sekarang ni hanya perlu penunpuan pada bidang keywords dan SEO. Selanjutnya terpulang kepada corak dan gaya penulisan.

kalau orang lain buat live blogging, aku jugak buat live blogging. tapi apakah konsep aku dengan mereka sama? tidak sama sekali. medium menulis dikala terlintasnya pikiran lebih berkesan dan pantas untuk diutarakan berbanding memeramkan entri yang panjangnya kira-kira semalaman bercerita.

konsep yang sama.. pendekatan yang berbeza. itulah orang mendefinasikan sebagai unik.
A: “nko ade blog?”
B: “ade…”
A: “Nko buat blog ape?”
B: “Blog peribadi jer… sekadar catatan harian. Tak bersungguh mane pon. Sekadar nak melepaskan tekanan.”
A: …(dalam hati) kalau dah tau macam tuh.. jangan lah kau harapkan perkara-perkara SEO, backlink dan sebagainya. jauh sekali mengharapkan komen atau unique visitor mencecah ratusan dan ribuan dalam masa sehari.

Nah nampak bukan. orang yang mencapai kejayaan dalam masa yang singkat, tak mustahil akan jatuh tersungkur juga dalam masa yang singkat. belum sempat kamu mendabik dada.. bala dah datang menimpa.

fokus kearah komen pulak. apakah ianya berkesan untuk blog kamu? amat berkesan… (cube nak kerek skit) kalau satu ketika dulu dan sekit pada masa sekarang ni kamu tanya..

A: “nkorang kenai tak blogger AzmanIshak?” ….
B: “Maunye tak kenal… kalau komen… mengalahkan karangan STPM”

Itu adalah salah satu impak dari berkomen. Kalau kamu sombong terutamanya mengeluarkan idea ataupon pendapat untuk berkomen. maka sapa yang nak kenal akan diri mu itu. bak kata orang sekadar pengomen tegar yang bersifat seperti parasit yang menumpang populariti.

pernah satu ketika dulu… sewaktu zaman muda-muda kot… orang bertanya kat aku.. kenapa aku lebih suka berkomen macam buat entri kat blog orang… baik buat entri kat blog sendiri. lagi bagus… aku cakap senang jer:- “dah memang aku suka berkomen”

komen menampakkan kematangan kamu dalam berbicara topic yang diutarakan. aku disini sekadar penambah perisa kepada entri di atas. jauh menyimpang untuk menumpang populariti penulis. dia ada gaya penulisannya tersendiri. manakala aku ada matlamat aku sendiri dalam dunia blog.

ikatan kepercayaan juga lahir dari komen yang agak touching kata orang. kalau sekadar komen bersimpati tapi hasil kedalam lubuk hati tidak terlekat sama sekalai.. itu sekadar membuang masa.

ah.. nampaknya panjang jugak kali ni. memang aku kalau berkomen tak pernah nak ringkas tambah pulak kalau ada topic-topic yang agak sensitif.

kamu nak blog kamu dikunjungi… lazat berkrim disukai ramau??? maka mulakan berkomen dengan cara matang mulai sekarang. tak tau berkomen? aku sedia membantu.

sekian sahaja dari saya selaku orang baru.
AzmanIshak.Com

[Jawab Balas]

Kujie beri maklum balas:

dia nak ajar berkomen ke beromen?
hahaha..dah dpt lesen tu

[Jawab Balas]

Kreuger beri maklum balas:

keh keh keh… lesen FULL hokey…
bukan [P] lagi~

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

suka eh dapat lesen FULL. kena pula musim-musim hujan ni (keh3)

[Jawab Balas]

Kreuger beri maklum balas:

musim ujan amat best baca blog sesama.. hehehe

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

baca blog? erm, boleh terima ke? lalalala

Megat beri maklum balas:

tu la kak, sejak 2 menjak ni semakin berbisa pula (kah3). tiada debaran di hati lagi semenjak malam tu (he3)

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

cun! biar pun panjang berjela tapi cukup menyampaikan apa yang tersurat dan tersirat berbanding komen yang tergantung dan tiada tujuan, apatah lagi tidak bersangkut paut dengan artikel.

contoh komen yang memberangsangkan dan secara tak langsung dapat mencurik pelawat yang datang bertandang ke sesatu blog.

man, lain kali aku tulis catatan semakin pendek supaya pembaca blog aku boleh baca komen ko pulak (keh3).

tapi sememangnya suatu keunikan apabila adanya pengomen seperti ini. satu contoh terbaik!

terima kasih man, secara tak langsung komen ini penuh dengan maklumat dan nasihat berguna ;)

kalau diberi hadiah pengomen terbaik, aku bagi kat ko man, tapi tunggu aku ada duit banyak dulu (he3).

[Jawab Balas]

Melz beri maklum balas:

kreuger mengomen panjang dah macam entry kih²

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

tu lah. memang dah trademark dia dah tu. (ha3)

[Jawab Balas]

Kreuger beri maklum balas:

berkomen cara macam ni aku rasa lebih puas dari menaip pepanjang kat blog… tapi hasil kurang memuaskan.. hehehe… macam aku cakap tadi… aku suke menulis kaedah macam ni. orang kenal pon bukan sebab blog aku.. tapi sebab cara aku berkomen kot… itu jer la. nak kate eksen tuh tadek la.. aku pon baru belajar bab blog.. tapi kalau bab berdebat rasenya tadek masalah.. sama ada menjadi pro atau cons terserah kepada topic perbincangan.

P/S: ce try buat entri bersifat pro dan cons plak… nak test satu.. hahaha.. lame tak buat karangan neh

[Jawab Balas]

Khai beri maklum balas:

tahu takpe! mmg karangan STPM pun!! hahaha.. adoi la bro..

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

ok apa khai? unik (he3) cuma kalau ada 40 blog sehari nak ronda, memang lepak la (kah3)

[Jawab Balas]

02.12.09 at 23:08
Posted by Melz

Megat , abes la budak² cari keyword “Power rangers” dekat google.. dapatnya lain..kah²

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

tu la pasal, risau juga. ni semua pasal mak power ranger (kah3).

tapi apa pun inilah caranya kita blogger berkomunikasi secara sihat. seronok bukan?

[Jawab Balas]

02.12.09 at 23:10
Posted by yash

memang tabik giler cara bro berblog! selalu baca je jarang tggl komen.. ada 2 3 je.. selalu nya baca.. serius! belom ada blog idola tuk aku.. tapi blog bro pewh! jadik idola aku wat masa nie… huk3 ikhlas.. bukan mintak klik3 NN ekk! kui3 =p

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

erk!? macam no komen pun ya, tapi nak komen juga (he3).

ades terlalu ikhlas pengakuannya, aku boleh jadi malu (hu3).

satu perkara yang aku ingin kongsi, aku juga belajar dari blogger popular yang sedia ada sebelum aku terus aktif menulis.

ternyata ia tidak sia-sia dan secara tak langsung usaha tersebut berbaloi apabila selaras dengan income dari nuffnang (percayalah!)

walau apa pun ia tak cukup lengkap jika tiada ucapan terima kasih dari aku.

terima kasih cik yash ;)

[Jawab Balas]

02.12.09 at 23:15
Posted by Anarm

seram aku tgk azman komen.. mcm marah2.. sabor man.. sabor..
aku takut nk reply bwh komen die.. tulis jauh2 skit.. die nmpk.. lariii…

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

adeh macam-macam la ko anarm, tetiba hati aku ni geli beno pulak.

dia tak marah, dia tegur je tu. sejak terpisah dunia bujang, dia dah kurang marah-marah. almaklumlah (kah3)

[Jawab Balas]

02.12.09 at 23:48
Posted by luth textile

gila la komen2 kat sini.. menarik apa yg bro megat nih tulis.. aku tak mampu lagi nak tulis catatan yang menarik macam ni. kak jie ngn bro megat boleh buat gandingan la..

p/s ; mau belajar trik seo

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

adeh dah masuk berapa pengomen yang kata macam tu, aku menulis biasa je. apa yang best apabila penulisan yang cun adalah hasil dari tulisan spontan.

klu macam azman ishak tu dia tulis komen secara spontan maka terhasillah macam tu (he3).

blog BI amat penting bermain dengan SEO. sejak kebelakangan ni, aku rasa SEO bukan menjadi keutamaan dalam blog BM. yang penting adalah kandungan catatan yang cun! ;)

[Jawab Balas]

Kujie beri maklum balas:

kak jie ada beberapa style menulis. berubah2…kalau tidak pengunjung jemu.

bila bab santai – ayat santai habis

bila menjiwang – gugur jantung org yg baca

bila bab nak nasihat anak2/adik2 – kena belai2

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

tu lah kak jie. saya pun perasan akan hal tersebut dan secara tak langsung cuba memikirkan keunikan sendiri pula.

kategori yang akak isukan mungkin termasuk dalam kategori saya (ha3).

eek!? belai-belai? tak bleh tahan (kah3) tul tak azman?

[Jawab Balas]

03.12.09 at 00:51
Posted by titan

hoho..content bagus, SEO bagus. Trafik datang punya. Apapun, ramai tol jadi power rangers sekarang ek..

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

setuju! itu kata-kata dari otai blog! kena la seragamkan semua sekali kan?

tapi sudah pasti ia bukan sesuatu yang mudah tetapi ia juga tidak susah mana. yang perlu adalah kesungguhan kan?

power rangers? wahaha ini semua gara-gara mak power rangers (kah3)

[Jawab Balas]

naz beri maklum balas:

bro megat, selalu sblm menulis buat keyword research dulu ke?

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

keyword research!? takdelah naz. semuanya spontan.

cuma fikirkan apa yang kita car atau ingin tahu, begitu juga orang lain ;)

[Jawab Balas]

titan beri maklum balas:

seragam? Hehe. kiranya macam tu la. Tapi aku kalau menulis, kekadang main hentam aje. Itu yang kekadang ejaan dan grammar hancur. Haha..janji SEO jalan..

[Jawab Balas]

03.12.09 at 14:29
Posted by sumijelly

hehehe..sumi pun nak komen..tp tu la komen sume rmcm nak sama jer..
tp apap2 pun sumi sependapat dgn sumer sekali….
kalu ada yg menegur saya rela menerima..
chewah!

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

adus merendah diri segala (adeh dah ikut loghat indo pula kah3).

yang penting komuniti blog kita yang kecil marginnya dapat terus bertapak dan sama-sama bertanggungjawab melahirkan generasi yang lebih baik ;)

[Jawab Balas]

04.12.09 at 02:47
Posted by ikoko

uhuh.. sebenarnya, dapat tau pasal team nuffnang ni semua, baru dua tiga hari ni..

:) apa pun, jangan rakus mencari duit, sebab untuk dapat income, tak semudah yang kita sangka.. :) dan apa yang kita buat, semuanya mesti ada cara yang paling baik. :)

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

terima kasih ina berkongsi pendapat.

ina juga selaku otai dalam dunia blog yang secara tak langsung membantu ramai blogger pada awal penerbitan blog.

termasuk saya ;)

[Jawab Balas]

05.12.09 at 10:33
Posted by mesticun

Pasal blogger ke.ingat pasal power rangar yang nak datang di malaysia ni.mudahnya tertipu.

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

power rangers tidak datang tapi dah ada kat tanah malaysia ni. cuma berselindung disebalik blogger (kah3).

tajuk yang menarik minat pembaca yang dilakukan secara sopan bukan cara lucah ;)

[Jawab Balas]

05.12.09 at 16:17
Posted by kak ina kl

salam dari akak…ehmmm akak mula-mula tepek nn sampai enam bulan ashik 0.25 sen ajer..tapi skrg ni dptlah sikit..yang puas hati sebab dapat mcm-mcm..
tentang klik mengklik tu kan..akak serba salah..dia org dtg suruh klik..camno..

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

salam kak ina dari kl (siap lokasi he3).

insya allah selepas tempoh orientasi tersebut jika trafik ke blog stabil, akan dapat pelbagai macam penyertaan dan pendapatan pasif tersebut makin meningkat.

promosi blog perlu berterusan kerana yang sentiasa dicari adalah pelawat baru (unique visitor). pengiklan suka blog yang punyai pelawat unik yang tinggi.

abaikan mereka yang suruh klik klik kerana ianya sia-sia. yang perlu dilakukan ialah promosi blog akak.

dalam blog saya ada ceritakan sedikit ilmu macam mana nak promosikan blog, kalau rajin akak selak-selak lah eh (he3).

terima kasih kerana sudi bertandang dan berkongsi pengalaman, saya amat menghargainya ;)

[Jawab Balas]

09.12.09 at 01:44
Posted by nuaeman

kesatria baja hitam ke perkasa hitam.. heheh.. aku punyalah alam nak dpt hasil nuffnang.. ada pulak team camni yek.

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

tak kisah baja atau perkasa, janji hitam (kah3). itu yang tak sedap dengar kan? siap main team-team pulak (hu3)

[Jawab Balas]








CommentLuv Enabled