Antara Percaturan Hidup Dan Masa Depan Yang Diimpikan
Lama aku meletakkan jari aku di papan kekunci Megpy aku ni tetapi tiada idea yang menarik untuk aku kongsikan selain dari sakit. Sedangkan aku ada tanggungjawab dalam blog ini untuk menulis artikel yang berbentuk nasihat dan psikologi manusia terutama yang melibatkan 2 organ utama badan kita iaitu otak dan hati.
Aku cuba lari dari menceritakan kisah peribadi dan aku tahu ada kalangan dari pembaca tidak suka membaca entri-entri yang melibatkan emosi. Tetapi kenyataan yang perlu aku dan kau terima apabila blog ini bersifat menyeluruh tentang kehidupan aku.
Disinilah aku kenal dunia realiti. Disini aku kenal dunia internet. Disini juga aku menjadi lebih dewasa dan membentuk masa depan yang aku impikan.
Inilah antara percaturan hidup yang perlu aku tempuhi dan hidup ini tidak semestinya berlaku sepenuhnya seperti yang kau dan aku inginkan. Tetapi aku dan kau perlu tahu ia bukan alasan untuk kau capai apa yang diimpikan.
Cuma ketika ini apabila aku meletakkan jari jemari aku di papan kekunci, tiada lain yang aku dapat fikirkan tatkala menahan kesakitan yang amat sangat. Fikiran aku buntu!
Walaubagaimana pun aku tetap mengemaskini blog peribadi aku ini dan blog-blog lain terutama yang melibatkan blog duit. Aku sedar aku perlu mencari jalan penyelesaian untuk selamatkan kedudukan aku sebagai khalifah di muka bumi ini.
Aku masih sedang berusaha untuk mencari jalan dan berusaha untuk memulihkan sakit misteri yang menimpa diri aku dan ianya bertambah kronik. Kini ianya bertambah rancak sehingga aku perlu bertindak iaitu berpindah dari rumah yang aku sedang diami.
Kepada pembaca setia blog ini dan rakan-rakan blog, aku ucapkan terima kasih dan aku terlalu menghargai apa yang kau sumbangkan. Kau boleh rujuk pada entri yang lepas.
Terima kasih yang tak terhingga juga kepada saudara Am yang memanjangkan entri tersebut di blognya.
PS ——————————————————–
- Dalam keadaan menahan sakit, panjang juga aku tulis huhu.
- Aku letak harapan yang tinggi untuk pulih supaya aku lebih bertenaga dan memudahkan aku terus melibatkan diri di arena internet ini.
- Maaf jika aku tidak dapat kemaskini blog ini secara kerap kerana menyelesaikan beberapa tugas demi Minda Solution Dot Com yang masih dalam pembinaan.
November 10th, 2008 at 9:55 am
wat rilex udah beb…jgn pikir sangat pasal nak update blog..ko ada idea nak tulis..ko tulis…ko xde idea…xyah tulis beb…ni bukan nyer berita harian ko nak tulis tetiap hari…hehe
[Balas Komen]
Megat Reply:
November 10th, 2008 at 10:24 am
ya aku tahu tu. cuma kekadang rasa macam tak lengkap rutin aku. mungkin sebab dah jadi tarbiah (kebiasaan) agaknya.
[Balas Komen]
November 10th, 2008 at 10:34 am
Antara Percaturan Hidup Dan Masa Depan Yang Diimpikan | MEGAT…
Aku cuba lari dari menceritakan kisah peribadi dan aku tahu ada kalangan dari pembaca tidak suka membaca entri-entri yang melibatkan emosi. Tetapi kenyataan yang perlu aku dan kau terima apabila blog ini bersifat menyeluruh tentang kehidupan aku….
November 10th, 2008 at 10:58 am
Antara Percaturan Hidup Dan Masa Depan Yang Diimpikan | MEGAT…
Aku cuba lari dari menceritakan kisah peribadi dan aku tahu ada kalangan dari pembaca tidak suka membaca entri-entri yang melibatkan emosi. Tetapi kenyataan yang perlu aku dan kau terima apabila blog ini bersifat menyeluruh tentang kehidupan aku….
November 10th, 2008 at 11:09 am
aii..biar beui ko nih. Makin serius je megat..
[Balas Komen]
Megat Reply:
November 10th, 2008 at 1:03 pm
ntahlah aku susah nak gambarkan. klu dulu aku tak ambil pusing pasal benda-benda mistik ni, tetapi skang ni aku terpaksa memandangkan ianya tidak pulih dari segi perubatan moden.
[Balas Komen]
November 10th, 2008 at 11:22 am
Hidup memang cenggitu bro.
Air sungai pun kekadang ada banjir sampai limpah tebing, kekadang surut sampai kering kontang.
Idea pun macam tu la jugak. Tambah tambah dalam keadaan fizikal yang macam kau sekarang.
Anyway, respek dengan komitmen dan disiplin diri yang ada pada kau.
[Balas Komen]
Megat Reply:
November 10th, 2008 at 1:06 pm
ya, aku sedar bro. mungkin ada sesetengah perkara yang kita terlepas pandang jika kita terlalu memandang kedepan dan mengejar matlamat.
dalam menuju ke satu arah, sebenarnya ada pelbagai rintangan. dan apa yang kita fikirkan tidak semestinya dapat dilaksana hanya dgn satu cara. kena cuba cara alternatif, janji sampai apa yang dihajatkan.
komitmen dan disiplin adalah perkara paling penting dalam apa jua bidang kita ceburi, aku berpegang padanya. disamping memohon pertolongan dari-NYA untuk mempermudahkan dalam kelancarannya.
[Balas Komen]
November 10th, 2008 at 12:48 pm
Jangan paksa diri sangat Bro.. tapi macam tulaa bila sesuatu dah jadi sebahagian dari hidup macam susah jee rasa nak tinggal.. rasa kalau beberapa hari tak update blog tu.. macam tak sempurna jee..
[Balas Komen]
Megat Reply:
November 10th, 2008 at 1:08 pm
tau takpe man. dalam keadaan macam ini pun aku masih terfikirkan blog aku huhu. aku tak dapat gambarkan jika aku di wad dlm jangka masa lama dan tidak dpt online lama eheh.
[Balas Komen]
Mr Am Reply:
November 10th, 2008 at 2:10 pm
Semoga ko cepat sht bro.. boleh kita sama-sama blogging dgn senang hati..
[Balas Komen]
Megat Reply:
November 10th, 2008 at 2:29 pm
insya allah am. aku sedang berusaha.
[Balas Komen]
November 10th, 2008 at 5:19 pm
terus mengikut perkembangan megat….
[Balas Komen]
Megat Reply:
November 11th, 2008 at 12:39 am
terharu aku, terima kasih shaxx! insya allah berkat doa ko dan rakan-rakan yg lain, aku bakal sembuh nnt.
[Balas Komen]