Assalamualaikum dan terima kasih kerana sudi bertandang ke blog picisan ini.

Apa itu SEO, Apakah Peranan Dan Fungsinya?

Jika kamu terlibat dalam penulisan blog, kamu perlu tahu pengetahuan dalam asas untuk memaksimumkan kebolehan blog kamu. Ianya tidak cukup jika kamu tahu menulis dan punyai pengetahuan atau kemahiran tentang sesuatu tetapi tidak mengaplikasikan kebolehan sedalam mendalam.

Apatah lagi kamu berusaha untuk mendapatkan pendapatan pasif dari hasil penulisan kamu seperti pengiklanan yang semakin banyak terdapat di negara kita. Pada pandangan aku, ia akan menjadi sia-sia walaupun sekeras mana sekalipun kamu berusaha tanpa menggunakan teknik-teknik tertentu seperti SEO!

Masalah yang dihadapi oleh penulis blog

Masalah yang dihadapi oleh penulis blog

Imej di atas adalah satu contoh terbaru persoalan yang timbul mengenai kehairanan kenapakah tidak mendapat trafik seperti dikehendaki? Ok disini aku perlu perjelaskan semuanya bermula dari SEO yang secara tak langsung menarik lebih banyak trafik ke blog kamu.

Apa itu SEO (Search Engine Optimization)? Ia adalah satu fungsi yang secara subjektif mengoptimasikan sesebuah blog atau web di enjin-enjin carian. Ini secara tak langsung akan menyebabkan web atau blog berada pada senarai terawal atau sekurang-kurangnya pada halaman utama enjin carian. Ia juga dikenali sebagai SERP (Search Engine Result Page).

Penting disini untuk ketahui SEO mainkan peranan yang amat besar dalam pencarian trafik organik dan trafik yang datang dari fungsi-fungsi algoritma dari setiap enjin-enjin carian. Apa yang aku faham, blog kamu akan berjaya sekiranya kamu berjaya dapatkan sekurang-kurangnya 70% dari enjin carian! Kamu tidak boleh berharap pada kunjungan rakan-rakan  dan teknik yang kamu selalu guna seperti menghantar pautan ke twitter dan facebook semata-mata (he3 jangan marah).

Kamu perlu tahu jika kamu melakukan seperti cara mudah untuk membina blog dan mendapatkan trafik ke blog ini, ianya tidak cukup! Untuk sesi pengenalan seterusnya kamu perlu baca dan faham catatan tersebut. Sekurang-kurangnya kamu juga perlu tahu pengetahuan teknik asas blog dan cara untuk dapatkan trafik.

Mungkin bagi penulis baru agak sukar untuk memahami secara keseluruhan tetapi lama kelamaan kamu akan pakar (he3). Percayalah jika kamu tahu teknik sebenar kamu akan menyesal (kah3).

Aku akan teruskan catatan ini pada catatan akan datang, sementara itu aku ingin tahu berapa ramai yang ingin tahu apakah fungsi asas SEO tersebut atau mungkin ada pakar-pakar SEO tempatan yang boleh tinggalkan komen mengenai apa yang kamu tahu.

Harap sudi berkongsi pengetahuan sebelum aku teruskan pada sesi seterusnya ;)

PS – Diluar negara punyai pakar SEO nya sendiri. Dibayar untuk hanya melakukan fungsi SEO sahaja. Pereka Web kita kebanyakkannya lakukan semuanya (hu3). Seperti seorang kawan yang aku kenal pakar SEO dari India.

Catatan-catatan lain yang cun!

Terbit pada 3 November '09 oleh Megat, dalam kategori Ilmu.
387 pembaca telah singgah di catatan ini
Apa yang kamu cari? - , , , , , , , , , , , , , .

15 Komen untuk “Apa itu SEO, Apakah Peranan Dan Fungsinya?”

03.11.09 at 17:52
Posted by FaReDz

salam bro..agak menarik kalu kita dpt tau rahsia sebenar disebalik SEO nie..harap bro dpt jelaskan lebih terperinci supaya kita semua dpt manfaatkan SEO nie utk kebaikan bersama..tq bro.. :)

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

salam faredz,

insya allah, sentiasalah mengikuti perkembangannya. aku akan kemaskini lanjut pada catatan akan datang.

[Jawab Balas]

04.11.09 at 07:37
Posted by Kujie

Bukan mudah, tiada jalan pintas.

Jadi pada sesiapa yang ingin mendapatkan trarik, gerak perlahan-lahan tetapi senyap2 ( mcm kak jie le ni – nak ckp banyak tak pandai, dok diam2…kenali blog sendiri dan buat apa yg otai2 sarankan )

Jangan sesekali menulis dengan shorform !!! Tiada siapa yang akan search gunakan sortform.

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

setuju kak, tidak mudah untuk berjaya. berusaha gigih hari demi hari, pasti akan dapat apa yang ingin dicapai.

shortform – dilarang sama sekali (kah3).

[Jawab Balas]

03.12.09 at 12:10
Posted by Karenah Dunia Blog | Nur Istimewa

[...] bukan sekadar pandai membuat template blog yang menarik, pandai menulis cerita-cerita panas dan pandai bermain keyword atau SEO. Tetapi ‘Gaya Bahasa‘ dan ‘Kreativiti Ayat‘ juga memberikan peranan yang [...]

14.12.09 at 18:41
Posted by mrkay

dari dulu aku asyik fikir apa itu SEO dan apa teknik SEO yang betul. tapi ironinya aku tak penah ambil kisah perkembangan style blog. contoh seperti tag. aku banyak fokus pada benda-benda yg remeh. haha. Sekarang aku rasa aku dah mula faham sikit demi sikit mcm mana nak naikkan SEO. tapi kalau kau dapat sharekan pengetahuan, lagi baik sbb kau berguru dengan pakar SEO. mungkin cara aku salah :D

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

itu yang menjadi masalahnya, mudah untuk berguru tapi tidak mudah untuk menjadi guru.

aku sedang cuba fikir apa langkah sebaiknya untuk perjelaskan kepada umum. untuk lakukan onsite SEO tidak susah, yang susah nak buat offsite SEO (hu3).

cuma 1 yang aku pasti, SEO amat penting dalam blog BI tapi mungkin tidak di blog BM. namun blog BM perlu ada SEO jika mahu mantap!

selebihnya kuasa catatan!

[Jawab Balas]

14.12.09 at 19:28
Posted by Akuro San

Apa yang saya faham, SEO nih memerlukan kebijaksanaan kita untuk menggunakan keyword yang bersesuaian dengan apa yang kita hendak sampaikan dalam posting kita.

saya ada 1 persoalan yang berlegar-legar dikepala saya. Bagaimana kita nak elakkan blog kita di’cop’ sebagai SPAM dalam ‘search engine’? saya masih kurang faham mengenai hal ini~

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

setuju tentang kebijaksanaan dalam memilih keyword. tetapi sebelum itu perlu mantapkan lagi teknikal disebalik SEO itu juga.

pasal SPAM di search engine saya kurang pasti. tapi ia melibatkan kesilapan kita melakukan flood komen atau khianat dari orang lain.

[Jawab Balas]

Peluang Perniagaan beri maklum balas:

Setuju. Memanupulasi keyword adalah salah satu kaedah dalam SEO, tapi kita perlu tahu asasnya. Bila dah tahu asas senanglah.

Tentang SPAM nie tak susah tulis je artikel yang berkualitu. Insya’allah. Dan kita perlu tahu teknik SEO yang dilarang.

[Jawab Balas]

Akuro San beri maklum balas:

ermm~ kalau boleh dijelaskan lagi mengenai teknik seo yang dilarang tu… sebab kita asyik sibuk nak tahu seo, tapi tak pernah nak amik tahu pantang larang dia~

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

insya allah kita sama-sama belajar tentang pantang larangnya. kalau dah maklumat boleh dikongsi sesama ;)

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

nampak mudah bukan? tapi kesilapan kecil mungkin sebabkan SPAM. bila nak kena SPAM susah pula nak pulihkan terpaksa buat baru pula (hu3).

[Jawab Balas]

[...] panjang betul membebel, cukuplah setakat ini dahulu. Kamu perlu rujuk untuk mengetahui apa itu SEO dan fungsinya dan memerhatikan carta aliran bagaimana SEO melakukan kerjanya. innity_pub = [...]

25.05.10 at 22:40
Posted by fndrocka

oK dah baca pasal SEO. tapi masih tak faham dari segi praktikaliti.

sekarang..apa saya nak buat untuk SEO tu..??haaaaa..nak buat apa ni…
Terkini dari fndrocka di blog nya – Taktik menewaskan Abdul Rahman dengan sebelah tangan atau sebelah mata(Pro Evolution Soccer) My ComLuv Profile

[Jawab Balas]








CommentLuv Enabled