Apakah Sudah Sampai Masa Aku Berhenti Menulis!?

Seperti menerima renjatan elektrik, tiba-tiba dunia penulisan blog suram. Kemanakah perginya penulis-penulis yang penuh dengan semangat berkobar-kobar untuk menegakkan kebenaran dan penuh dengan kritikan-kritikan yang membina!?

Seperti menerima panahan, seperti dijangkiti virus-virus. Apabila seseorang yang kebiasaan dalam kelompok sama membuat keputusan tentang berhenti menulis, maka rakan-rakan lain menerima impaknya. Begitukah?

Atau memang benar sudah masanya aku juga berhenti menulis!? Impaknya terlalu kuat sehingga menyaksikan beberapa kejatuhan seperti lebah kehilangan sengatnya (wahaha).

Jika benar katakan pada aku bahawa aku memang sepatutnya berhenti menulis dan aku akan pastikan semua itu bakal menjadi kenyataan.

Jika tidak, berikan aku semangat dan kata-kata perangsang untuk aku terus menulis dan apakah sebabnya? Berikan komen dimana penulisan aku diterima atau tidak!?

Atau aku perlu lakukan perubahan drastik pada bidang penulisan aku. Aku tahu blog aku ramai pembaca senyap, aku harap pembaca senyap pun dapat tinggalkan kritikan dan pandangan yang membina!

Kau suka membaca entri di blog ini? Terus menikmati dan menerima kemaskini artikel-artikel menarik dengan melanggan RSS ini!

Entri-entri lain yang menarik

77 Responses to “Apakah Sudah Sampai Masa Aku Berhenti Menulis!?”

  1. shaxx kata :

    saya tidak setuju! megat mesti terus menulis!

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    bukan apa, aku rasa seperti penulisan aku sudah tidak dapat diterima. paling tidak pun aku perlu mencari identiti baru.

    mungkin memerlukan perubahan drastik! aku masih sayangkan aktiviti menulis blog sebenarnya.

    [Balas Komen]

    shaxx Reply:

    tak perlu sgt ikut apa yg orang lain buat. spt komen2 kawan2 di bawah yg kata kita buat style kita sendiri…

    tapi apakan yg dimaksudkan penulisan megat sudah tidak dapat diterima? saya x lihat apa yg tak dapat diterima. oleh siapa?

    tapi kalau rasa nak tukar angin atau tukar identiti, tu okay jugak. yg penting jgnlah stop…. bagi saya setiap blogger (bukan yg copy & paste) adalah unik dan kalau satu stop, itu sudah dikira satu kehilangan….

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    terima kasih bro, aku faham apa yang kau maksudkan. aku amat menghargainya yang secara tak langsung menyemarakkan kembali mood untuk aku menulis.

    kadang-kadang ada ketika memang aku rasa keseorangan apabila blog aku tiada sambutan atau trafik yang makin jatuh, mungkin perasaan aku diganggu dari keadaan sekeliling aku.

    insya allah aku akan terus menulis ;)

    [Balas Komen]

    kita Reply:

    aku pun tidak setuju.olahan ayat ko memang baik punya….aku yg tidak seberapa pandai sastera pun nak teruskan perjuangan menulis..biar lah menulis untuk diri sendiri atau pun utk catatan bila kita tua :)

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    terima kasih bro! aku terharu dan tak sangka rakan-rakan dan pembaca dapat beri kembali semangat dan fokus aku tentang penulisan di blog ini.

    [Balas Komen]

  2. Bat kata :

    Teruskan menulis Megat. =)

    Jangan biarkan orang lain yg tentukan sama ada kita kena berhenti atau teruskan.

    *Aku salah sorang silent reader* huhu

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    terima kasih bat! tetapi bukankah kita memerlukan orang lain juga untuk menentukan penulisan kita diterima pakai atau tidak!?

    rasanya blog ini tidak mencapai matlamat asal aku sebagai penulis secara ‘general’. mungkin perlu mainkan peranan melalui teknik SEO huhu.

    [Balas Komen]

  3. chokilala kata :

    xkan sebab orang lain kita kena ikut? be unique. lagipun kita yang bayar duit untuk setup blog kita. kehkeh. teruskan berblogging, ok? ;)

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    setuju dan ada kebenarannya. tetapi aku mula menulis bukan kerana imbuhan tertentu dan aku tak rasa rugi jika aku berputus asa sekali pun.

    sebab utama adalah aku ingin berkongsi segalanya bersama pembaca dan rakan-rakan blog lain.

    cuma penulisan aku lebih kepada minda, emosi dan psikologi yang mana aku anggap sukar untuk capai suatu peringkat dalam meraih kunjungan pembaca.

    [Balas Komen]

  4. Syam kata :

    Sila teruskan menulis Megat. Aku adalah antara pembaca setia kau. Sejak pertama kali aku tersadung di blog kau, sampai sekarang aku sentiasa ikuti penulisan kau.

    ps: Aku adalah penulis blog yg sudah berhenti itu
    pss: Tanpa megat.net, siapalah aku…

    [Balas Komen]

    Sweet Thinker Reply:

    hye syam. lupa nk kasik ko xs. hehe.

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    xs apa eh :p

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    terima kasih syam! aku begitu terharu. sekurang-kurangnya aku capai sesuatu selama aku berada dalam bidang ini iaitu jaringan rakan yang ramai dari seluruh pelusuk negara!

    ps: oh tidak sampai macam tu :p

    [Balas Komen]

  5. rohaizad kata :

    Aku peduli hape dengan apa yang jadi dengan orang lain yang sudah berhenti menulis. Sebagai blogger yang sebenar, aku sama sekali tidak akan membangkitkan soalan itu dalam kepala hotak aku.

    * Kalau ada orang datang bagitau aku “ko berhentilah menulis…” maka aku akan cakap.. “suka hati mak bapak aku laaa.. ini kerja aku, ini dunia aku, ini periuk nasik aku”. Tidak kiralah yang cakap itu Dr Mahathir ker, Niz Aziz ker .. saper-saper pun jua.

    * Perkara macam ini terlalu remeh untuk aku sematkan dalam minda aku. “Minda kena ada solution” , bukan macam tu ker?

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    aku faham apa yang kau sampaikan, sifu. memang aku tak perlu persoalkan kepada orang lain. aku ingin tahu sejauh mana pembaca menghayati apa yang aku tulis dan sejauh mana penulisan aku menjadi dihargai.

    dalam kata sebenar ialah kau ingin melihat sejauh mana blog kau dikenali dan berapa ramai peminatnya.

    kau juga tahu sejauh mana minda, emosi dan psikologi seseorang boleh dicapai untuk diimplemantasikan dalam sebuah kehidupan bukan!?

    [Balas Komen]

  6. nuaeman kata :

    Ini blog ko dan aku rasa segalanya terpulang pada ko.. kalau ko yang fikir sudah sampai masa untuk berhenti menulis.. apakah aku boleh menghalang..?? andai itu keputusan terbaik untuk kau..

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    insya allah. aku rasa aku sudah capai apa yang aku inginkan dari kau dan rakan-rakan semua. tetiba semangat aku langsung membara untuk menghasilkan penulisan yang lebih bermutu (mengikut acuan aku la).

    mungkin aku lebih perlukan pandangan atau cadangan dari rakan-rakan!

    [Balas Komen]

  7. Sweet Thinker kata :

    teruskan je tulis. tp jgn pakse diri utk tulis. tulis bila ade ide yg hendak di kongsi kongsi!

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    aku tidak merasa terpaksa menulis tapi mood aku menulis bergantung kepada pancapaian blog aku juga. cuma sejak kebelakangan ini kelihatan merundum sedikit.

    kesannya nampak apabila trafik aku tergugat sejak selepas hari raya huhu. kau faham bukan? mungkin perlukan perubahan ;)

    [Balas Komen]

  8. menteil kata :

    rileks ar bro..
    lepas aku tak bz sangat nanti, aku teman bro menulis ek..
    hehe.. meh kita memeriahkan dunia blog dengan rakus nanti..

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    terima kasih menteil. menteil sungguh ko ni wahaha. insya allah akan terus menulis dan bersama-sama memeriahkan dunia penulisan blog.

    sejak kebelakangan ini aku rasa penulisan punyai tanggungjawab lebih untuk sampaikan maklumat kepada pembaca.

    dari segi pencapaian selama menulis, aku rasa perlu fokus lebih untuk sampai satu peringkat penulis yang berkualiti.

    [Balas Komen]

  9. KNizam kata :

    x best la kalo ko berhenti menulis
    hehe bosan la aku nanti hehe :)

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    sampai sini aku rasa semangat aku terbakar kembali.
    aku cuma ingin ketahui jika kesuraman dunia penulisan blog ini benar-benar terjadi!

    jangan aku akan terus menulis setelah mendapat kata-kata semangat dari kau dan rakan-rakan dan juga pembaca setia blog ini.

    terima kasih zam.

    [Balas Komen]

    zariel Reply:

    kalo ko stop… yg newbie macam aku nk kemana untuk buat rujukan? terkontang kanting tanpa arah tuju :) teruskan bro.. klau bkn utk org lain, menulis utk diri sendiri..

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    terima kasih zariel, terima kasih. aku faham apa yang kau maksudkan. insya allah aku sudah mendapat kembali apa yang hilang dan aku akan terus mencari peluang dan memperkemaskan penulisan aku, insya allah.

    [Balas Komen]

  10. ezad kata :

    Teruskanlah bang, ezad kenal blog pun melalui abg, jadi perlunya meneruskan penulisan, cuma kena ada perubahan kot dlm penulisan..tgok semua blogger mcm bosan jek, xtau la kalu masing2 pnya masalah..I will solve it, make it & use to it.

    ps: “Minda Is Solution” ;)

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    terima kasih ezad, nampaknya rakan-rakan semua sudah beri pendapat masing-masing yang menjurus kepada meneruskan penulisan dan begitu juga kau.

    sebelum aku menulis entri ini, aku dapati mood aku hilang dan ia berlaku sejak 2 minggu kebelakangan ini. bila menulis aku rasa seperti menulis entri sampah.

    tapi sekarang ni, aku rasa mood aku berubah! biarlah sambutannya macam mana sekalipun, aku ada tanggungjawab untuk sampai artikel berbentuk kritikan dan nasihat.

    minda, emosi dan psikologi terus mainkan peranannya!

    [Balas Komen]

  11. rohaizad kata :

    Bangun.. bangun.. fokus.. fokus… ingat kembali apa yang telah dirancangkan.

    [Balas Komen]

    ezad Reply:

    Baiklah sifu.. :)

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    ya! fokus dan teruskan perjuangan yang dirancang. dunia penulisan bog kita masih kecil marginnya. yang sedia ada pun sudah semakin kurang.

    aku harap kita dapat mengekalkan dan terus memeriahkan dunia ini. terima kasih izad dan rakan-rakan semua!

    [Balas Komen]

  12. KampungBoy kata :

    Aq rs kalau ko seronok xkan jadik bnda nie….kalau kita mnat dan seronok, penat dan jemu pun boleh hilang. cadangan aqla…ko boleh jenamakan semula blog ko nie, Chewahhhh berikan nafas baru. Daripaad segi design ker…..ala aq rs ko lebih tahu pe yang ko nak kan mega. Mgkin ini yang boleh beri ko satu semangat ker tuk blogging terus menerus

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    terima kasih bro! aku dah dapat balik semangat yang hilang dari kau dan rakan-rakan lain. aku harap aku akan terus menulis dan merencanakan sesuatu yang lebih baik.

    aku bukan apa, terasa dengan perubahan angin yang bergitu mendadak sejak kebelakangan ini.

    kini aku tahu, ia tidak semudah itu dan aku tahu ianya masih diperlukan.

    [Balas Komen]

  13. rohaizad dot com » Perlukah motivasi dalam berblogging? kata :

    [...] member kita Megat telah meluahkan masalah yang sama. Apa yang aku boleh katakan mengenai apa yang dicatatkannya “perasaan [...]

  14. Kujie kata :

    Teruskan saja…hidup kita mcm inilah….esok lusa tak mungkin sama semalam yg berlalu.

    Maaf mmg tak sempat bertandang selalu, tetamu tak putus2 sejak 2 minggu sudah.

    Esok lusa emak mertua pula yg datang setelah emak kak jie balik hari ini…buat pertama kali mak mertua akan sambut raya bukan di kampung…dah kak jie gembira kerana dia memilih rumah kak jie..hehehe

    cumanya kena lah control ayu sikit..udah ade mak mertua kat rumah , kan…

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    terima kasih kak jie atas dorongan dan kata semangat!

    mungkin masing-masing dengan hal-hal masing-masing. nampaknya kak jie memang sedang sibuk dengan kehadiran tetamu dan mertua kak jie.

    mungkin saya ada masalah dengan diri saya sendiri.

    [Balas Komen]

  15. Kujie kata :

    rasanya keadaan yg di panggil ” writer’s block “ini hanya sementara…

    Writer’s block is a phenomenon involving temporary loss of ability to begin or continue writing, usually due to lack of inspiration or creativity.

    - sumber wikipedia

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    maklumat bagus ni kak jie hehe. terima kasih. mungkin ia ada sangkut paut dengan perkara tersebut huhu.

    mungkin juga ianya terjadi setelah menerima beberapa impak dari luar talian.

    [Balas Komen]

  16. Maryam kata :

    sindrom yang datang dan pergi :D

    teruslah menulis.

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    terima kasih maryam. tetapi kenapa awak juga nak berhenti menulis!?

    [Balas Komen]

    Maryam Reply:

    saya tak cakap berhenti.. saya cuma akan tutup blog. tak pasti bila saja lagi..

    [Balas Komen]

  17. cikgu jawe kata :

    bro!. jgn berenti dulu. biar le org lain berenti blog. tp bkn awak. errr.. psssttt.. aku pun rasanya mcm nk resign le bro.. mcm dh tak best le blog nih.. kwn2 ramai dh sejuk. hihi

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    aik kau pun rasa macam tu!? kau lebih hebat mengolah cerita dari aku, mungkin lebih kepada penceritaan kisah hidup peribadi tetapi cukup intonasi pengolahan ceritanya.

    aku juga perasan apa yang kau rasai, dunia blog semakin sejuk. aku tak tahu dari mana impak tersebut tetapi cukup membimbangkan.

    tapi setelah mendapat kata-kata perangsang dari kau dan rakan-rakan semua, aku dapat kembali semangat aku yang hilang.

    [Balas Komen]

  18. |1f34|-|1r3 kata :

    alamak megat…wat rilex udah..kisah idup ko tak abes lg cerita…dah nak berenti blog ke? hehe…jangan la camtuh…kang aku naik johor pi cari ko kang…patah tumbuh hilang berganti beb…ko jangan risau…tp kalau boleh jangan patah atau hilang….biar tumbuh melata dan dapat banyak2 lg takper…

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    maaf yam. mungkin aku sedikit terganggu. aku akan terus menulis tetapi perlukan masa untuk aku bangkit kembali. mungkin dengan perubahan dtastik atau masih kekal.

    terima kasih yam kerana ambil berat. aku sebenarnya ada misi yang masih belum selesai seperti misi bertemu dengan blogger seluruh malaysia ;)

    [Balas Komen]

  19. eSempoi.com kata :

    aku pun dapat rase dunia blog m’sia suram sikit…tak tau nape. Aku ingat aku sorang je rasa. Maybe sebab aku dah lame tak bloging, pembaca pun dah bosan tengok aku sekejab ade sekejab takde.

    tah-tah pengaruh blogstarz punyer pasal…hahaha

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    itulah yang aku rasakan. agak suram. aku tak takut dengan pengaruh blogstarz tu. mengecap kekayaan mudah atas kedobohan orang lain bukan cara yang paling berbaloi. itu antara strategi baru mereka yang telah lama berkecimpung dalam dunia tersebut.

    insya allah aku akan terus menulis. terasa sayang pula hendak tinggalkan bidang penulisan ini.

    [Balas Komen]

  20. zool kata :

    Bro..Takkan nak stop kot..
    Teruskan je..
    Selagi mampu menaip di papan keyboard..
    Biarkan yang lain ..
    Perjuangan mesti diteruskan

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    terima kasih bro! aku dapatkan semangat dari kau dan rakan-rakan lain meresap dalam diri aku.

    insya allah aku akan terus menulis dan menghasil kritikan dan nasihat yang berguna bersama rakan-rakan semua.

    [Balas Komen]

  21. ubey kata :

    salam bro. usah difikirkan akan traffic dan pagerank yang bukan2. cukuplah sekadar ikhlas berblogging. takut ni akan jadi stereotaip blogger2. priority kepada traffic dan pagerank, tapi isi sampah. blog saudara amat bagus terutama dalam segi penulisan. ada idea, just keep on writing. cheers. ^^

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    salam ubey. terima kasih bro! aku terharu dengan apa yang disampaikan. aku faham apa yang disampaikan dan aku memang tidak mengharapkan trafik dan seo bagai. tapi aku utamakan kepuasan. apabila coretan aku kurang mendapat komen maka aku rasa tiada sambutan atau kurang menarik untuk dikongsi.

    tapi hari ini terbukti penulisan aku masih diterima dan insya allah aku akan terus menulis. terima kasih sekali lagi bro!

    [Balas Komen]

  22. fadil kata :

    Saya setuju kalau abg megat berhenti menulis blog.. wahahaaha.. gurau saje.. 100percent tak setuju. saya memang pembaca blog abg tapi tak pernah bagi komen. First time bagi comment sbb abg nak give up untuk menulis blog. Anyway abg kan makan garam dulu baru saya makan. Mana boleh seh abang kan lebih matang dan berpengalaman gitu compare ngan saya. Jadikan blog sbg medan utk produce idea, cerita, pengalaman, isu or whatsoever yg relevan. Kalau rase tak sampai idea makan kismis dulu.. hehehehe.. just joking. Lastly, teruskan perjuangan blog tanpa sempadan allrite? :-)

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    terima kasih fadil. aku hargai apa yang kau telah katakan dan secara tak langsung ia memberikan aku idea baru dan semangat untuk aku terus menulis (macam penulis novel lak hehe).

    mana kau tahu aku makan garam dulu, mak aku kata aku makan madu dulu wahaha. insya allah aku akan terus menulis dalam bidang yang sama tetapi mungkin dalam acuan yang baru.

    [Balas Komen]

  23. NoktahHitam kata :

    Oh tidak bro. Kalau kau lupus di muka bumi blog ini, masakan aku mencari pengganti? Aeropama sudah tiada, siapa mangsa seterusnya aku pon tidak tahu. Yang pasti anda boleh perlahankan rentak blog anda. Anda mungkin ada sebab tertentu untuk menulis, tetapi percayalah, kegiaanan untuk menulis semula pasti ada.

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    alhamdulillah, suka aku apabila kenal orang macam kau dan rakan-rakan lain. hari ini baru aku tahu kekuatan komuniti blog di negara kita.

    aku bertambah semangat dan serta merta berubah pendirian aku apabila ketahuan begini betapa ramai rakan-rakan dan pembaca yang ambil tahu akan sesuatu yang berlaku ke atas seorang rakan yang lain.

    insya allah kita sama-sama perjuangkan dunia penulisan yang mana lebih kepada dorongan dan nasihat serta renungan kepada pembaca.

    terima kasih bro!

    [Balas Komen]

  24. Petrol Price Down, Petrol Rebate? Malaysia | Noktah Hitam kata :

    [...] (soon-to-be), I’m sorry for your lost. If you need database help, let me know. pss: Megat, don’t quit. Your fight to change Malaysian’s way of thinking is nowhere to close to the end. In fact [...]

  25. emme kata :

    Salam,

    Selagi bernafas teruslah menulis bro…

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    salam emme,

    terima kasih, insya allah saya akan terus menulis selagi nyawa dikandung badan. doakan kesihatan saya!

    [Balas Komen]

  26. Khai kata :

    menulis ikut cara kita bro.. buat apa nak ikut apa orang nak.. susah nak puaskan hati semua orang.. so puaskan hati kami yg dah sedia puas dengan kamu…

    teruskan menulis.. dunia blogging negara makin suram.. slow.. entah kenapa…

    psstt: aku pon silent reader ko gak.. hehe..

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    terima kasih khai, aku mmg tak sangka apabila mendapat komentar yang sebegini sambutan yang tak putus-putus beri aku dorongan dan semangat. terkesima aku apabila begitu ramai yang membaca penulisan aku.

    takpe lupakan pasal kesuraman dunia blog kini, malah aku lebih bersemangat dengan adanya penulis seperti kamu yang memberi perangsang untuk aku terus menulis.

    [Balas Komen]

  27. chuckiesd kata :

    bro yng berhenti laa bro…blogger mcm ko ni laa diperlukan di dunia blogging ni..aku baru sahaja bertukar kepada domain..jgn putuskan semangat aku bro…megat.net adalah salah satu port yang selalu aku lepak…byk info kat sini…

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    allahu akbar, sesungguhnya allah itu maha besar! aku tak sangka sambutannya seperti ini.

    terima kasih chuck! (apa nama ko eh?) aku akan terus menghasilkan entri yang lebih baik atau mungkin mengalami perubahan sedikit untuk kepuasan pembaca. aku mulai bertambah semangat atas galakan orang seperti kau dan rakan-rakan lain.

    [Balas Komen]

  28. abdfatah kata :

    aiyoooo mau berhenti kaaa…???

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    kenapa tak suka eh? hehe

    [Balas Komen]

  29. EiNS kata :

    Jgnlah brenti bro…truskan lagi menulis…

    jadi x best la plak nanti rmai blogger2 bagus berhenti menulis…makin suram jadi blogosphere malaysia…sblom2 ni meriah je aku rasa..

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    insya allah tidak, aku bertambah semangat apabila kau dan rakan-rakan secara tak langsung memberikan semangat dan dorongan untuk aku terus menulis. aku sayangkan dunia penulisan blog ini yang telah beri aku banyak pengajaran dan pengalaman.

    untungnya apabila mengenali orang seperti kau dan rakan-rakan lain yang berjuang dalam matlamat masing-masing. terima kasih bro!

    [Balas Komen]

  30. Afzai Afandi kata :

    ko teruskan menulis Megat….
    macam pernah aku katakan dulu…berblog ibarat larian marathon bukannnya larian pecut..siapa yang lama bertahan..dialah pemenang :)

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    terima kasih bro! kebenarannya telah terjawab. mungkin ada perkara yang tiba-tiba menghalang aku yang menjadikan ianya tidak seperti aku.

    insya allah, aku akan terus menulis dan mungkin aku perlukan rehat!

    [Balas Komen]

  31. nadinezuharra kata :

    Menulis kene ada ‘jiwa’.Ramai orang di luar sana yang mencari sesuatu untuk menemani ‘jiwa’ mereka..sbb itu blog saudara tetap ada pengikutnya.Samada mereka senyap,mereka ribut,mereka membalas setiap karya saudara,atau sebaliknya,yang pasti,dengan menulis,jiwa kita tidak akan keseorangan lagi..
    Menulis ni subjektif,kadang2 tangan tak mampu bergerak,mata tak mampu melihat,telinga tak boleh mendengar, tapi hati seseorang itu tetap mahu mencatat sesuatu kerana ia sudah lumrah kejadian manusia.Teruskanlah menulis..kerana ia adalah ‘kita’.

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    ya saya setuju tentang pandangan saudari, dan ianya telah bermain difikiran saya selama ini. blog dan saya satu jiwa, saya juga pernah menulis tentangnya.

    tapi saudari pasti tahu andai kata jiwa tersebut mati. sudah tentu blog juga mati. tetapi saya yakin ia bisa hidup kembali jika ada ‘ubat’nya.

    mungkin jiwa saya perlu berehat. maka dengan itu blog ini juga perlu berehat. saya rasa saudari faham maksud saya.

    terima kasih atas dorongan dan kata semangat dari saudari, saya amat menhargainya.

    [Balas Komen]

  32. Bukankah Nuffnang Sepatutnya Lebih Profesional!? | MEGAT kata :

    [...] kasih kepada rakan-rakan yang tak putus-putus beri dorongan dan kata semangat untuk aku terus [...]

  33. azwan kata :

    terpulang. sebab itu hak kau Megat. mungkin kau perlu berehat sekejap … cuba menikmati ‘real live’ pulak, sebab kalau berblog ini, kekadang tu, terlalu byk masa dihabiskan didepan komputer, membaca rss reader dan juga mencari bahan rujukan utk post seterusnya.

    tapi jgnlah berehat lama-lama, spread out your posting, nanti rindu pulak bila tak dapat email dari megat.net :)

    ha..ha..

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    insya allah, terima kasih wan. terima kasih atas dorongan dan petunjuk. aku akan terus menulis tetapi aku perlu berehat seketika untuk mengkaji ttg perubahan yang bakal aku titipkan disini.

    [Balas Komen]

  34. WaWa kata :

    siapa? siapa “penulis-penulis yang penuh dengan semangat berkobar-kobar untuk menegakkan kebenaran dan penuh dengan kritikan-kritikan yang membina” itu?

    ya, ya. teruskan menulis. :)

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    ada, tapi tak perlulah dinyatakan disini. ia mungkin tak sesuai untuk dikongsi kat sini. ini melibatkan minda dan hati seseorang juga.

    terima kasih, insya allah saya akan terus menulis!

    [Balas Komen]

  35. pcuserz kata :

    kalau ko malas nk menulis ko post je gambar,
    buat photo blog pulak
    :)
    “picture tells a thousand words!”

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    aku tak pernah rasa malas nak menulis, cuma ia kelihatan hambar dari segi sambutannya. maka terhasillah perasaan yang pelbagai.

    namun aku tak nafikan kehebatan sekeping foto yang bisa menggambarkan seribu erti! terima kasih ;)

    [Balas Komen]

Tinggalkan Komen.