Arkib oleh
Hanya semalaman di Hospital Muar, sudah berangkat pulang. Nampak gaya doktor pun dah habis ikhtiar. Setelah beberapa ujian, doktor memastikan ianya bukan kanser, alhamdulillah. Namun beberapa sample diambil dan masih menunggu hasil ujian. Namun beberapa ujian akan menyusul kemudian berdasarkan beberapa temujanji. Terima kasih kepada yang datang melawat dan atas doa yang tidak putus-putus.
Diterbitkan pada 17 March '10 oleh Megat, dalam kategori Live Blog.
5 komen dan 17 pembaca telah singgah di catatan ini.
Berdebar-debar pula nak masuk bilik bedah nanti. Aku rasa kemaskini sampai sini dulu, nak masuk bilik bedah, takut barang hilang.
Diterbitkan pada 16 March '10 oleh Megat, dalam kategori Live Blog.
9 komen dan 36 pembaca telah singgah di catatan ini.
Setelah beberapa ujian dijalankan. Makan ubat itu dan ini termasuk antibiotik paling kuat, Unasyn, akhirnya di tahan wad untuk pembedahan besar. Sebarang kemaskini, aku cuba kemaskini kemudian. Rakan-rakan dan pembaca, doakan keselamatan aku dan kejayaan pembedahan ini.
Diterbitkan pada 16 March '10 oleh Megat, dalam kategori Live Blog.
7 komen dan 35 pembaca telah singgah di catatan ini.
Hampir sejam menunggu. Tunggu dalam kesakitan dengan penuh kesabaran. Aku masih berada di Poliklinik Maharani Muar, sakit. Duduk kat sini dapat lihat ramai orang kita sakit. Muncul persoalan dikepala, "Orang kita ramai yang sakit ke?". Penyakit yang popular di Malaysia seperti sakit jantung, darah tinggi, kencing manis, buah pinggang, penyakit 3 serangkai dan macam-macam lagi. [...]
Diterbitkan pada 16 March '10 oleh Megat, dalam kategori Live Blog.
3 komen dan 24 pembaca telah singgah di catatan ini.
Adoi besar punya nombor. Malam tadi tak dapat tidur kerana kesakitan amat sangat. Kecut dan senak urat perut tahan sakit. Hasilnya aku berada di poliklinik maharani. Mulanya aku terus ke kecemasan tapi disuruhnya aku ke pesakit luar. Adeh terpaksa melayan sakit lagi. Kawan-kawan dan pembaca blog yang dikasihi dan disayangi, doakan kesihatan aku. Doa adalah [...]
Diterbitkan pada 16 March '10 oleh Megat, dalam kategori Live Blog.
4 komen dan 29 pembaca telah singgah di catatan ini.
Cuci tandas pun tukang kebun kena buat? Habis apa fungsi makcik cleaner? Aku senyap, aku dipergunakan. Kerja aku, tiada siapa nak tolong! Dah la jamban kat sini tak sampai 10 minit dah hancing, lepas tu hajat yang dilepaskan bersepah-sepah, main lap pulak tu. Maka penuhlah tisu-tisu yang bakal menyumbatkan saluran. Kutip? Maaf la. Aku buat [...]
Diterbitkan pada 15 March '10 oleh Megat, dalam kategori Live Blog.
6 komen dan 46 pembaca telah singgah di catatan ini.
Tajuk tak mesra SEO langsung. Nasib la, fokus dah lari. Tidak menulis macam dulu lagi. Kini, blog ini kerap dikemaskini melalui telefon bimbit. Tangan memang gatal nak menulis tapi capaian internet dari laptop tak mengizinkan. Secara tak langsung, kekuatan blog ini jatuh tergolek juga. Insya allah, aku akan kembali!
Diterbitkan pada 14 March '10 oleh Megat, dalam kategori Live Blog.
14 komen dan 41 pembaca telah singgah di catatan ini.
Apa nak buat, zaman berubah! Teknologi mengatasi segalanya. Anak-anak dan sepupunya (gambar) duduk mengadap play station je. Padahal keliling rumah terbentang halaman yang luas! Teringat zaman aku, lastik burung, terjun tiruk kat sungai, dirikan pondok atas pokok, kahwin-kahwin (ha3) dan macam-macam aktiviti luar rumah yang menggalakkan aktiviti sosial yang sihat. Sukar nak atasi kerana [...]
Diterbitkan pada 13 March '10 oleh Megat, dalam kategori Live Blog.
6 komen dan 79 pembaca telah singgah di catatan ini.