Assalamualaikum dan terima kasih kerana sudi bertandang ke blog picisan ini.

Arkib oleh

Segamat, Kampung Halaman Yang Kurindui

Betul-betul berjalan ni (ha3). Baru sampai kampung halaman, Segamat. Sejak arwah nenek meninggal, rasanya dah 8 tahun tak jejakkan kaki ke sini. Teringat seorang blogger yang banyak membantu yang bekerja di daerah ini iaitu Abg Hydir. Apa khabar agaknya?

Diterbitkan pada 6 March '10 oleh Megat, dalam kategori Live Blog.
3 komen dan 47 pembaca telah singgah di catatan ini.

Mencari Sinar Di Temerloh, Pahang

Hari ni, sesudah subuh, aku dan rakan-rakan 3 kereta berkonvoi. Misi bantuan kali ini adalah untuk mencari sinar kehidupan pada masa akan datang. Henti seketika (gambar) di hentian sebelah Simpang Renggam. Terima kasih kepada rakan-rakan yang tak putus-putus membantu!

Diterbitkan pada 6 March '10 oleh Megat, dalam kategori Live Blog.
3 komen dan 104 pembaca telah singgah di catatan ini.

Kerja macam anjing!

Cukup seminggu kerja kat sini (gambar). Dalam keadaan sekarang aku tak kisah apa pun tapi janganlah hanya aku sebagai tukang kebun dilayan seperti anjing! Aku kerja sini pun sebab terdesak dengan hidup dan masih menanti peluang kerja yang lebih baik. Malas nak menjawap, lebih baik jadi orang tongong. Takkan aku nak tunjukkan kelayakan sebenar aku? [...]

Diterbitkan pada 5 March '10 oleh Megat, dalam kategori Live Blog.
9 komen dan 97 pembaca telah singgah di catatan ini.

Suka Jadi Duka

Tiada lain tempat untuk aku mengadu kecuali blog tersayang ini. Maaf! Rintihan melalui live blog. Aku tak peduli jika tiada atau kurang pembaca, tapi biarlah aku dapat melampiaskan yang terbuku. Baru aku nak merasa ketenangan, dingin pula yang datang. Hadir aku disini seperti satu perintah dan aku mengikut sahaja. Dijemput aku ke mari dan dijanjikan [...]

Diterbitkan pada 4 March '10 oleh Megat, dalam kategori Live Blog.
25 komen dan 105 pembaca telah singgah di catatan ini.

Khalwat Ustazah, Pendam Rasa

Apa dah jadi? Benarkah berita yang disebarkan? Jika benar kenapa diaibkan sebegitu rupa? Jika benar pun, lihat dari asas kejadian manusia itu sendiri. Lebih tinggi ilmunya, lebih tinggi dugaannya. Suaminya seorang ustaz yang punyai bini kedua. Mungkin berlaku ketidakadilan sehingga ustazah tersebut. Ingat! Biarkan isteri memendam rasa juga tidak digalakkan, lihat kembali tanggungjawab suami.

Diterbitkan pada 3 March '10 oleh Megat, dalam kategori Live Blog.
14 komen dan 289 pembaca telah singgah di catatan ini.

Streamyx, Bila Mahu Sampai?

Capaian jalur lebar celcom semakin teruk! Sukar untuk berada dalam lingkungan internet secara berterusan. Tidak stabil dan menyakitkan hati. Streamyx pula bermain tarik tali. Begitu teruk khidmat penyedia jaringan di negara kita, Malaysia?

Diterbitkan pada 2 March '10 oleh Megat, dalam kategori Live Blog.
4 komen dan 49 pembaca telah singgah di catatan ini.

Projek Bersih Sekolah

Tajuk memang gempak, macam aku pula tokei projek. Tapi sejak 2 hari lepas, aku memang ada terlibat dalam projek bersih sekolah. Akulah tukang kebun, akulah tukang cuci jamban, akulah tukang kutip rampah. Secara tak langsung kerja macam ni mencabar kesabaran dan kudrat walaupun ia tidak melibatkan banyak fikiran. Yalah sebelum ini aku banyak guna otak [...]

Diterbitkan pada 2 March '10 oleh Megat, dalam kategori Live Blog.
5 komen dan 72 pembaca telah singgah di catatan ini.

Seronok Main Dengan Dia

Main apa? (ha3). Pantas saje berfikiran terlalu terbuka. Sebenarnya kita akan berasa puas apabila apa yang diinginkan berhasil dan menjadi kenyataan. Begitu juga aku setelah nokia 5800xm telah di hack. Ramai yang bertanya di email dan twitter, bagaimana ingin lakukan perkara sama? Maaf tunggu capaian aku stabil, nak update blog pun susah (hu3). Untuk pengetahuan [...]

Diterbitkan pada 1 March '10 oleh Megat, dalam kategori Live Blog.
9 komen dan 92 pembaca telah singgah di catatan ini.

Majlis Sambutan Maulidur Rasul

Alhamdulillah selesai sudah sambutan majlis maulidur rasul surau Kampung Sri Tanjung. Berzanji, marhaban dan berselawat ke atas nabi junjungan kita, Nabi Muhammad SAW. Diakhiri dengan tazkirah sejarah semasa kelahiran nabi dan peristiwa yang berlaku ketika itu. Mudah-mudahan yang disampaikan dapat ubah penduduk Kampung Sri Tanjung ke arah yang lebih baik dan mendapat syafaat dan hidayah.

Diterbitkan pada 27 February '10 oleh Megat, dalam kategori Live Blog.
3 komen dan 31 pembaca telah singgah di catatan ini.

Rewang Sambutan Maulidur Rasul

Alhamdulillah selesai rewang untuk sambutan Maulidur Rasul peringkat kampung. Pasang khemah dan masak secara bergotong-royong. Seronok suasana kampung macam ni lah. Komuniti yang mantap dan kuat. Secara dan langsung menguatkan lagi silaturrahim. Surau ni betul-betul sebelah rumah mertua aku.

Diterbitkan pada 27 February '10 oleh Megat, dalam kategori Live Blog.
9 komen dan 29 pembaca telah singgah di catatan ini.