Assalamualaikum dan terima kasih kerana sudi bertandang ke blog picisan ini.

Arkib oleh

Pemergianku diiringi tangisan

Seperti memahami apa yang aku rasa, hari yang sentiasa cerah, tiba-tiba hujan. Banyak memori, banyak kenangan pahit dan manis. Insya allah aku pegi membawa sejuta harapan!

Diterbitkan pada 18 February '10 oleh Megat, dalam kategori Live Blog.
4 komen dan 1 pembaca telah singgah di catatan ini.

Bachelor party?

Ceh, parti bujang konon. Tak tahu semua dah bapa budak (ha3). Sebenarnya ia lebih kepada perjumpaan malam akhir di Kota Tinggi. Esok pagi aku akan berpindah ke Muar. Projek bertangguh bakal dibangunkan kembali. Terima kasih kawan!

Diterbitkan pada 18 February '10 oleh Megat, dalam kategori Live Blog.
2 komen dan 1 pembaca telah singgah di catatan ini.

Urus tukar sekolah anak

Pagi ini sibuk uruskan pertukaran sekolah anak dari Sekolah Kebangsaan Taman Kota Jaya Kota Tinggi ke Sekolah Kebangsaan Bakri Batu 5, Muar. Alhamdulillah urusan berjalan lancar dan cepat. Lepas ni urusan di PPD Muar dan sekolah sana. Esok hari terakhir di Kota Tinggi.

Diterbitkan pada 17 February '10 oleh Megat, dalam kategori Live Blog.
7 komen dan 1 pembaca telah singgah di catatan ini.

Sumbangan Dari Warga Seminar Smart Blogging!

Dikejutkan dengan panggilan telefon dari SIFU Rohaizad yang bertanyakan alamat rumah. Tetapi untuk makluman, aku sudah 2 minggu (6 Februari 2010) keluar dari rumah yang aku sewa sejak setahun lepas. Atas tujuan melawat kata En Rohaizad, aku tidak sia-siakan keinginan tersebut memandangkan aku sendiri telah lama merancang untuk bertemu mereka setelah sekian lama tidak berbuat [...]

Diterbitkan pada 17 February '10 oleh Megat, dalam kategori Diari.
35 komen dan 507 pembaca telah singgah di catatan ini.

Marrybrown, jom makan sama Mawi!

Boleh tak bikin tajuk camtu? Kena saman tak? Hehehe. Akhirnya dpt juga anak sulong aku merasa makan sedap. Boleh kata setiap bulan minta makan ayam goreng. Kini tercapai setelah setahun lebih. Alhamdulillah. Adiknya tak dapat rasa lagi sebab dah kat kampung, tapi ada hadiah untuk harijadinya pada 7 februari lalu.

Diterbitkan pada 16 February '10 oleh Megat, dalam kategori Live Blog.
7 komen dan 1 pembaca telah singgah di catatan ini.

Kunjungan dari sahabat Johor Bahru

Terima kasih atas kunjungan sahabat dari Johor Bahru datang melawat dan tanya khabar (Rohaizad, Zairizad dan Reza). Sangat terharu atas kunjungan tersebut dan sumbangan dari geng seminar blogging. Paling seronok dapat bertukar cerita dan perancangan di masa akan datang.

Diterbitkan pada 15 February '10 oleh Megat, dalam kategori Live Blog.
7 komen dan 1 pembaca telah singgah di catatan ini.

Damai, tenang dan sejuk

Alhamdulillah sudah seminggu aku berhibernasi disini, rumah orang tua aku di Bandar Penawar. Damai, tenang dan sejuk dikelilingi pepohon hijau dan udara segar. Terapi jiwa dan tekanan paling mujarab.

Diterbitkan pada 15 February '10 oleh Megat, dalam kategori Live Blog.
6 komen dan 1 pembaca telah singgah di catatan ini.

Dunia baru, live blog!

Apakah berbaloi punyai live blog? Persoalan seperti inilah yang selalu bermain difikiran. Bagi aku, bergantung kepada tujuan pemiliknya. Aku harap aku dapat jadikan medan baru untuk sampaikan maklumat lebih pantas! Jadi? Selamat datang ke dunia live blog aku!

Diterbitkan pada 14 February '10 oleh Megat, dalam kategori Live Blog.
18 komen dan 1 pembaca telah singgah di catatan ini.

Silat Melayu Asli, Belajarlah Dan Warisinya

Silat, salah satu jenis seni mempertahankan diri yang dikenali di rantau asia. Ianya sinonim dengan masyarakat melayu serantau seperti di Malaysia, Indonesia, Brunei dan beberapa negara sekitarnya. Kali ini aku ingin suarakan tentang kewujudan silat di kalangan orang kita, Melayu. Dilihat pada zaman ini, jenis-jenis silat terlalu banyak sehingga punyai pecahan tertentu di antara pengamalnya [...]

Diterbitkan pada 3 February '10 oleh Megat, dalam kategori Motivasi.
31 komen dan 631 pembaca telah singgah di catatan ini.

Februari, Mungkinkah Berubah?

Februari 2010 sudah menjelma. Ini bermaksud sudah masuk bulan kedua di tahun baru. Dalam sebulan yang lalu banyak perkara berlaku sama ada suka dan duka. Sekurang-kurangnya aku telah melakukan sesuatu yang dapat mengatur kembali kehidupan aku pada masa akan datang. Bermula dengan entri tangisan aku, isteri dan anak-anak secara tak langsung telah mengungkai duka yang [...]

Diterbitkan pada 1 February '10 oleh Megat, dalam kategori Diari.
25 komen dan 179 pembaca telah singgah di catatan ini.