Azam 2008/1429H

Semua orang yang mempunyai matlamat untuk berjaya mempunyai azam. Azam merupakan pendorong untuk mencapai sesuatu yang bakal berlaku mengikut kemampuan dan kebolehan seseorang.

Oleh itu disini aku ingin berkongsi mengenai keazaman aku pada tahun baru 2008/1429H. Antaranya ialah :

Meningkatkan keupayaan dalam kerjaya. Aku rancang pada tahun ini, aku lebih berkeupayaan untuk merubah kerjaya aku yang lebih stabil dan terancang. Dengan itu aku perlu berhijrah ke tempat kerja baru dengan mengambil kira jawatan yang aku akan pohon.

Tingkatkan prestasi bisnes offline. Untuk tahun baru ini, aku cuba mendapatkan projek-projek offline yang mana dapat aku memaksimumkan pendapatan. Disamping itu aku cuba untuk meningkatkan kualiti projek-projek yang bakal aku perolehi.

Tingkatkan ilmu dalam bisnes online. Aku masih baru dalam menceburi bidang online. Jadi, aku perlu lebih banyak ilmu tentang pemasaran dan keberangkalian memperolehi punca pendapatan darinya. Langkah pertama, aku akan menghadiri beberapa kursus yang dianjurkan oleh pihak tertentu yang lebih berpengalaman.

Capai kebahagian. Perkara yang paling penting dalam hidup aku setelah berlaku beberapa trajedi yang tak diundang. Aku akan membina masa bahagia yang berkualiti bersama keluarga.

Harapan aku untuk mencapai apa yang aku inginkan menjadi kenyataan pada tahun ini dengan mendisiplinkan diri aku disamping mebina jati diri.

Kau suka membaca entri di blog ini? Terus menikmati dan menerima kemaskini artikel-artikel menarik dengan melanggan RSS ini!

Entri-entri lain yang menarik

  • Tiada entri yang menarik

15 Responses to “Azam 2008/1429H”

  1. Azhar Ahmad kata :

    Ya yang akhir sekali tu, paling bagus…..

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    Insya allah. Selagi dalam hati ada cinta eheh

    [Balas Komen]

  2. Fahmishah kata :

    semoga berjaya Megat

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    Insya allah terima kasih Shah.

    [Balas Komen]

  3. acai kata :

    azam yg bleh buatkan org seperti aku angkat topi kat kau bro,hehe..:)

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    Insya allah. Doa kalian dan kata semangat kalian yang membuatkan aku lebih bersemangat. Thanks

    [Balas Komen]

  4. mazudi kata :

    Tiga yang atas tu adalah punca untuk azam yang keempat tu. Bila dah dapat yg tiga tu, kebahagiaan akan tercapai. Tapi dalam proses nak dapatkan yang tiga tu, bagus kalau menten yang keempat tu.

    Huisshh.. cam bagus jer plak aku nih. Keep on bro, semoga berjaya.

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    Thanks En Mazudi!

    Itu yang aku maksudkan pada entri Tahun Baru. Aku cuba lakukan yang terbaik!

    [Balas Komen]

  5. shila kata :

    Saya mendoakan agar megat mempunyai kekuatan untuk melaksanakan kesemua azam murni ini. Well..easier said than done,dude…but somehow i’m really believed that u manage tu achieve it…Doa..tawakal dan usaha adalah resepi penting untuk berjaya.Wasatiyah sahaja dalam perlaksanaannya..tapi azam Megat yang saya paling suka..azam yang terakhir tu…keep it up!

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    Thanks Shila! It is worth if we are follow the right plan.

    [Balas Komen]

  6. dk kata :

    hehehe..
    ko mcm org family dh..
    heheh good..
    berapa beby?

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    Yer ker!? Ko rasa macam mana!?

    [Balas Komen]

  7. mr.eims kata :

    heheh..bagus2..semoga ko dapat mencapai sume azam ko tu.. :)

    ishk2..sdiynya blog ako dah xde utk ako tulis azam 2008 ako..woo~woo~

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    Eims! Lama tak dengar citer. Wah skang dh ada domain sendiri eh!? Congrat!

    Well, thanks for the wish ;)

    [Balas Komen]

  8. mr.eims kata :

    domain dah lama ada..ako j yg xdak..heheh..ni insyaAllah nak ada adakan diri balik r kot..hehe..

    [Balas Komen]

Tinggalkan Komen.