Barang Terpakai, Kreativiti Anak Malaysia
Barang terpakai, gambaran awal pasti kamu memikirkan barang-barang terpakai yang kecil seperti tin minuman dan besi halus. Mungkin ia akan terjadi kepada mereka yang suka mengumpul barang terpakai yang bersaiz kecil, itu pun mengikut kreativiti masing-masing.
Kali ini aku nak kongsi pengalaman melihat barang terpakai yang berskala besar dan menjadi sesuatu yang boleh digunakan pakai sebaiknya. Apatah lagi pernah memberi hasil pulangan yang lumayan kepada pemiliknya, Pak Hussin.

Foto di atas menunjukkan kreativiti anak tempatan di Muar yang diberi nama Motokar. Baru betul disebut motokar sebab ia antara gabungan enjin motor Honda dan body yang dikecilkan skalanya dari rangka van Suzuki (ha3).

Teruja melihat kebijaksanaan Pak Hussin mencipta kenderaan bersaiz mini tersebut. Kisahnya bermula apabila aku dan Abang Ardzham buat temujanji dengan Pak Hussin untuk projek web untuk perniagaan Pak Hussin. Rancangan temujanji dibuat di lokasi Pak Hussin sendiri iaitu dirumah merangkap pejabatnya sendiri.
Setibanya di pintu masuk rumahnya, terlihat kenderaan tersebut lalu teruja untuk mengetahui selanjutnya. Maka terjadinya sedikit sesimenemuramah yang bertajuk, “Kreatifnya Pak Hussin” (ha3).

Teruja dengan kebolehan Pak Hussin dan ciptaannya, kami mengadakan sesi gambar kenangan, termasuk foto di atas yang menunjukkan Abang Ardzham yang turut interframe (ha3).
Bermula dari kreativiti Pak Hussin ini, banyak rahsia yang dapat Pak Hussin kongsi tentang sedikit sejarah beliau. Dan yang paling menarik ialah Pak Hussin berbini dua, dan yang paling aku suka lihat ialah kedua-dua isteri tinggal di bawah satu bumbung. Nak tau rahsianya? (he3).
Pak Hussin merupakan usahawan tulen yang berjaya dan telah menerima banyak anugerah peringkat kebangsaan. Beliau terkenal kerana kebolehan beliau mencipta produk, dari pembuatan hinggalah pemasaran. Temujanji dengan beliau melibatkan usaha untuk lebih kuatkan pemasaran produk beliau dalam arena pemasaran moden iaitu pemasaran internet.

30 Komen untuk “Barang Terpakai, Kreativiti Anak Malaysia”