Bengang!
Entri sampah ni aku karangkan untuk meluahkan isi hati aku yang sedang bengang. Lihat betul-betul ya kawan-kawan, bengang bukan bangang! (ha3). Ini adalah berpunca dari beberapa kemaskini yang aku lakukan melalui telefon genggam yang tidak menjadi sejak 2 hari lepas.
Ini bermakna rakaman gambar yang dilakukan secara langsung dan beberapa patah perkataan yang dikarang dengan penuh ketertiban dan keSEOan tidak dipaparkan di blog ini sama sekali. Apatah lagi baki kredit akaun aku telah ditolak sebelum itu. Harap kamu faham perasaan aku (chewah).
Untuk itu harap maaf atas kesengalan sesuatu perkhidmatan percuma yang berjaya membuatkan penggunanya bengang!

31 Komen untuk “Bengang!”