Assalamualaikum dan terima kasih kerana sudi bertandang ke blog picisan ini.

Bersuci, Memastikan Diri Bersih Sebelum Menunaikan Ibadah

Insya allah perkongsian maklumat dan ilmu dalam islam dapat hebahkan pada hari mulia ini. Sedia maklum sebelum ini disini pernah berkongis mengenai perkara-perkara asas wajib tahu sebelum sembahyang atau solat.

Sebelum kita terus dapat mengabadikan diri kehadrat Allah SWT dengan lebih baik dan mendapat barakah, adalah lebih baik kita mengetahui atau memperhebatkan lagi ilmu dalam bersuci. Ini penting kerana ia adalah perkara utama sebelum melakukan perkara-perkara lain seperti solat dan ibadah-ibadah lain.

Pengertian bersuci dari segi bahasa ialah suci dan bersih. Dari syara’ pula ialah suci dan bersih dari najis dan hadas. Seperti maklum kita perlu tahu hukum bersuci adalah WAJIB!

Firman Allah SWT maksudnya,

Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan yang suka menyucikan diri

(Al-Baqarah : 222)

Bersuci ialah satu perbuatan yang kita lakukan untuk membersihkan dan menghilangkan najis dan hadas pada diri dan tempat tinggal kita supaya dapat melakukan ibadah-ibadah dengan lebih sempurna keadaannya.

Perkara-perkara yang sebabkan kita perlu bersuci adalah seperti,

  1. Hadas Kecil – Dalam keadaan seperti ini kita dilarang sama sekali untuk menyentuh al-quran dan bersembahyang. Untuk itu kita perlu mengambil wuduk untuk menghilangkan hadas kecil.
  2. Hadas Besar – Berjimak, haid dan nifas adalah antara yang tergolong dalam kategori ini. Mereka yang tergolong dalam kategori ini dilarang untuk bersembahyang, puasa, menunaikan haji, iktikaf di masjid apatah lagi jika ingin sentuh al-quran. Mandi junub adalah cara untuk sucikan diri.
  3. Istinjak – Sebab yang ketiga ini tidaklah seberat sebab kedua dan ketiga tetapi ia perlu untuk pastikan diri berada dalam keadaan yang bersih sebelum berwuduk dan mandi junub. Istinjak berlaku apabila keluar najis dari 2 saluran iaitu kencing atau buang air besar.

Seterusnya akan kita bincangkan dan berkongsi alat yang boleh buatkan kita bersuci. Semoga perkongsian ini dapat lebih membuatkan kita ketahui akan kedudukan sesuatu perkara.

Catatan-catatan lain yang cun!

Terbit pada 11 December '09 oleh Megat, dalam kategori Islam.
296 pembaca telah singgah di catatan ini
Apa yang kamu cari? - , , , , , , , , , , .

10 Komen untuk “Bersuci, Memastikan Diri Bersih Sebelum Menunaikan Ibadah”

11.12.09 at 17:38
Posted by ijamz

alhamdulilah…terima kasih dengan perkongsian nya tu… betul tu walau di mana kita, siapa kita.. cuma satu sahaja tujuan kita…. iaitu kearah akhirat yang cemerlang….
tapi bukan mudah.. perlula kita melalui tanggungjawan di muka bumi allah ini… kekadang kita dah rasa mcm dah cukup je amalan tapi kadang kita terlupa banyak hal lain..

mcm bersuci jugak..pernah aku mendengar satu cerita yg ada seorang hamba allah yg sungguh taat dan patuh pada ajaran allah…tapi kesilapan nya sangat kecil..kerana dia tidak berdehem apabila selesai membuang air kecil..

dan titisan air kencing mengenai celana nya…maka tidak sah la sembahyang nya kerana tidak terlebih dahulu bersuci…

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

terima kasih kerana berkongsi info yang berguna. mudah-mudahan dapat menjadi rujukan kepada pembaca.

sebab itu catatan seperti ini wujud. perbetulkan yang mana yang mungkin tidak diberi keutamaan. jangan kerana kesilapan kecil akan menyebabkan seluruh ibadah kita tidak sempurna. lebih buruk, tidak diterima Allah.

[Jawab Balas]

11.12.09 at 20:05
Posted by myadlan

salam bro. wah. entri yang islamik. way to go. cadangan, citer la pasal permasalahan bersuci gak. banyak orang ada mcm2 masalah, ustaz megat!

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

salam adlan, permasalahan yang timbul adalah merupakan persoalan yang timbul kat kepala aku juga. maka dengan itu cuba kongsikan disini.

erk!? ustaz? (ha3) tak layak langsung :p

[Jawab Balas]

11.12.09 at 22:58
Posted by Kreuger

alhamdulillah.. bila dah berkahwin ni,
perkara kesucian memang diambil berat
oleh yang tersayang. hehehe.. bukan le
maksud sebelum ni tak bersih… tapi
kekadang perkara macam berdeham tuh membuatkan
kita sendiri ragu-ragu dengan kesucian pakaian
kita.

thanks en megat~

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

wajib diberi keutamaan, dah kahwin lagi la selalu berhadas besar (kah3).

insya allah was-was itu dapat dihilangkan jika kita benar-benar memahami apa itu bersuci ;)

[Jawab Balas]

12.12.09 at 01:35
Posted by KNizam

aku punya tips kalau rasa nak marah, pergi amik wuduk, sucikan diri daripada anasir amarah shaitan. hehe :) memang berkesan woooooo. kalau x reda marah lagi sila baca al-fatihah sekali

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

setuju! bersuci juga dapat menghilangkan amarah. yang tersirat, kita suci dari kekotoran lahiriah dan jiwa.

apatah lagi berwuduk itu tergolong dalam perkara bersuci ;)

[Jawab Balas]

12.12.09 at 09:46
Posted by Kujie

lepas membuang air kecil, disunatkan berdehem dua atau tiga kali supaya air kencing dipastikan keluar kesemuanya – kena bagitahu jelas-jelas dgn anak2 kita

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

terima kasih kak, semoga info ini juga dapat menjelaskan bagaimana memastikan kesucian diri.

[Jawab Balas]








CommentLuv Enabled