Assalamualaikum dan terima kasih kerana sudi bertandang ke blog picisan ini.

Bila Lelaki Menangis

Amaran! Entri ini agak emosi. Jika tidak mahu teremosi sama, jangan baca!

Menangis selalu dikaitkan dengan wanita. Wanita lebih mudah melepaskan emosi duka mereka dengan tangisan. Menangis juga adalah senjata bagi wanita. Tetapi bagaimana dengan lelaki?

Lelaki sukar untuk menangis kerana ego! Yakah? Dari pengalaman aku, lelaki akan menangis apabila,

  1. Ditimpa Masalah – lelaki akan menangis apabila ada sesuatu yang menimpa mereka secara bertubi-tubi dan terlampau. Mungkin situasinya bertemu dengan kebuntuan untuk meleraikan masalah yang agak besar!
  2. Sakit - lebih malang apabila sakit tersebut menyebabkan sehingga si lelaki tidak mampu untuk menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Sukar untuk mencari bekerja dan mencari nafkah untuk keluarga tersayang. Melihat air muka isteri dan anak-anak yang turut memikul beban tersebut akan menyebabkan si lelaki mengenang nasib dan menangis.
  3. Cinta - dalam hubungan antara lelaki dan wanita kebiasaannya wanita menjadi mangsa tangisan. Tetapi lelaki juga mampu untuk menangis jika cinta pengarang jantung tidak menjadi atau lebih sedap berbunyi cinta terkondem di tengah jalan (hu3). Perlu dilihat dari segala sudut dan sejauh mana perjalanan lebuhraya cinta tersebut terjalin. Gagal mengekalkan hubungan dan mendapatkan cinta tersebut maka tangisanlah jadi peneman. Tangislah dari melakukan perkara gila seperti yang kerap berlaku kini iaitu ‘bunuh diri’.
  4. Anak - pelik? Oh! Tidak, tidak perli sebenarnya. Sebagai lelaki yang punyai tanggungjawab sebagai ketua keluarga dan menjalankan amanah Allah, lelaki menangis apabila melihat anak-anak yang jatuh sakit. Ini kenyataan kerana kasih sayang seorang bapa tidak akan putus. Lelaki jenis ini berfikiran anak adalah segala-galanya dan mungkin juga fikir , “bukan senang nak buat anak dan menjaganya (hu3)”.

Cukuplah setakat perkongsian ini. Antara pengalaman yang amat berharga bagi seorang lelaki apabila ia pernah terjadi ke atas dirinya. Percayalah walau sekeras mana lelaki ketika bujangnya, apabila kamu sudah berumahtangga atau punyai tanggungjawab, kamu akan rasai kelainannya.

Bagaimana pengalaman kamu? Harap dapatlah kongsi pengalaman berharga kamu!

PS – Aku sebenarnya sedang melalui pengalaman yang paling sukar dalam sepanjang hidup aku. Aku buntu!. Maka terkeluarlah ayat seperti, “Baik mati dari cuba untuk minta bantuan” (hu3).

Catatan-catatan lain yang cun!

Terbit pada 6 January '10 oleh Megat, dalam kategori Motivasi.
1,215 pembaca telah singgah di catatan ini
Apa yang kamu cari? - , , , , , , , , , , , , , , , , .

40 Komen untuk “Bila Lelaki Menangis”

07.01.10 at 00:20
Posted by aman

hmm. gua masih bujang, tapi pernah tgk ramai member yang menangis kerana cinta, dan ibubapa yang menangis kerana anak.

p.s: student menangis apabila exam dah dekat? hoho~
Terkini dari aman di blog nya – Mozilla Firefox 3.6 Mencapai Fasa RC1 My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

tengok memang la banyak. alami sendiri atas pengalaman diri sendiri, maklumlah ko pernah bercinta ke man? (ha3)

[Jawab Balas]

aman beri maklum balas:

haha. takde pengalaman lagi wat masa nie. hehe~
Terkini dari aman di blog nya – Halaman Rasmi Mahkamah Di CuciOtak My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

ibrhim beri maklum balas:

semua orang mukmim menangis.Nabi saw pun menangis kerana takutkan Allah. Titisan air mata kerana takutkan Allah akan memadamkan api neraka. lelaki yang menangis dan bersunyi diri tengah malam kerana takutkan ALLAH swt dan mengenangkan dosa-dosa, pada hari kiamat kelak akan berada di bawah naungan aras dimana pada masa itu semua orang berada dalam keadaan kebingungan.

[Jawab Balas]

07.01.10 at 01:11
Posted by mohdisa

apa yg dinyatakan semuanya betul bro, cuma tidak boleh menunjuk. bahaya, aku mengaku. diri aku juga selalu menangis, berlinang air mata selalu. tp apakan daya, lelaki harus menampakan ego. baru boleh jadi lelaki. betul tak bro?
Terkini dari mohdisa di blog nya – Jom Masuk U 2010 My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

sudah pasti! lelaki hanya menangis bila bersendirian dan dihadapan orang yang disayangi/dipercayai.

[Jawab Balas]

mohdisa beri maklum balas:

betul tu bro, aku juga pernah menangis dihadapan org tersayang. terutama mak aku. :)
Terkini dari mohdisa di blog nya – Penyertaan Contest Lekat & Menang Anjuran http://www.azizwan.com My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

07.01.10 at 02:48
Posted by Kitkat

Saya lelaki juga. Lain daripada sebab-sebab di atas, ku juga akan menangis jika menonton filem yang sedih. :)
Terkini dari Kitkat di blog nya – Why I hate Windows Vista My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

biasanya terjadi jika kita amat tersentuh dengan jalan cerita filem atau drama berkaitan dengan hidup kita.

[Jawab Balas]

07.01.10 at 04:34
Posted by Mr.Bintang

kalau lah kita ni cina atau india atau kafir.. mungkin dah lama kita ambil jalan mudah dengan cara mematikan diri kita.. hehehe..

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

setahu aku dalam agama mereka pun tidak menggalakkan perbuatan tersebut. itulah komplikasi antara realiti sikap manusia dengan pertentangan agama.

[Jawab Balas]

are_ngah beri maklum balas:

aku rasa aku tak kan buat cam tu…

[Jawab Balas]

07.01.10 at 12:04
Posted by CypherHackz

Kalau lelaki cakap dia tak pernah menangis, amik cop PENIPU dan cop dekat dahi dia dengan dakwat merah.
Terkini dari CypherHackz di blog nya – Pulangkanlah Walaupun Seutas Tali Leher My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

wah bahaya ni, siap kena cop segala (ha3). tampak kertas kuning berdakwat merah ok kot!?

[Jawab Balas]

07.01.10 at 13:18
Posted by pak long

salam…
fuhhh….kenyataan yang dibuat tu betul real la…
pengalaman akan menceritakan segalanya…
Terkini dari pak long di blog nya – Idola kecil versi sempoi… My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

salam pak long, tiada apa yang pelik cuma perkongsian pengalaman hidup sendiri.

yang menarik, mudah-mudahan menjadi panduan kepada orang lain. ada orang suka melihat pengalaman orang lain sama ada ada perkaitan dengan hidup mereka atau tidak ;)

[Jawab Balas]

07.01.10 at 17:45
Posted by paeh

aku? ada gak menangis dalam perkara2 yang tercatit di atas. ego lelaki aku tak tinggi. hahaha. lebih kepada emosi….
Terkini dari paeh di blog nya – kisah ayong qiela My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

tinggi atau tidak ego lelaki bukan penentu kebahagiaan apatah lagi apabila sudah berumahtangga.

lelaki yang mudah beremosi lebih sensitif dengan keadaan sekeliling!

[Jawab Balas]

07.01.10 at 17:49
Posted by ejam

memang menangis seorang lelaki itu bila sudah tidak tertahan lagi dgn apa yg dinyatakan di atas, aku sendiri pernah juga berhadapan dgn perkara2 yg mampu membuatkan aku menangis.
aku jenis pemendam jadi amatlah lambat untuk aku menangis sehingga tahap tepu tu dh sampai barulah aku menangis…leganya hanya Allah yg tahu…lepas segala tekanan dan bebanan selepas menangis walaupun masalah belum selesai..

jauhkanlah dari berfikir apa yg syaitan bisikkan tu, pernah juga fikir mengarut camtu, tapi bila fikir2 semula alangkah gilanya aku kalau bertindak demikian…

hilangkan tekanan dgn tgk kartun…citer komedi dan apa2 juga sumber ketawa…
Terkini dari ejam di blog nya – Rancangan dan Cadangan. My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

bahaya juga kalau memendam perasaan sehingga tepu pula tu. ibarat orang yang sentiasa menahan buang air kecil lelama boleh terkena batu karang.

sebenarnya aku juga macam tu. tahan punya tahan lama-lama pasti tersembur jua.

apa yang aku alami hari ini lebih dari kemampuan untuk menyelesaikan masalah itu sendiri.

[Jawab Balas]

07.01.10 at 17:54
Posted by Fahmishah

Walau setinggi mana ego lelaki itu, lelaki itu akan menangis juga. Lelaki mungkin menangis ketika sendirian.
Terkini dari Fahmishah di blog nya – Kalimah Suci Tertinggi Islam My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

teresak-esak dan melepaskan segala yang terbungkam! lega dan akan membiarkan apa yang dilepaskan pegi. bakal mewujudkan suasana baru.

tangisan lelaki terlalu sukar untuk dihembur tetapi amat melegakan. seperti sakit selepas di hunus pisau, dibius dan akhirnya sembuh.

[Jawab Balas]

07.01.10 at 17:56
Posted by x-po

aku menangis kerana insan yg bernama perempuan yg curang. atau dlm bahasa kasarnya, betina murahan. aku mmg bengang.
Terkini dari x-po di blog nya – PLEASE JANGAN BUAT MACAM HARTA SENDIRI My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

difikirkan balik tiada guna menangis kerana insan yang tak berguna (seperti yg digambarkan). mungkin tangisan itu terjadi kerana penyesalan mengenali orang seperti itu.

perasaan seperti perngorbanan, curahan kasih sayang, pembaziran waktu temph perkenalan menjadi ukuran. pasti bengang!

[Jawab Balas]

08.01.10 at 00:48
Posted by farahaznil

huhuhuh..kesimpulan dpt dibuat..kebanyakan lelaki akan mengangis bila putus cinta!hehe
Terkini dari farahaznil di blog nya – Teringat air tangan ibu Farahaznil….. My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

mungkin ada lelaki menangis kerana cinta. tetapi fikirkan sebenarnya lelaki menangis kerana kesan dari cinta tersebut.

[Jawab Balas]

08.01.10 at 01:30
Posted by k-rol

assalamualaikum..semua manusia didunia ini pasti pernah menangis samada lelaki atau peremouan..tetapi dalam banyak2 menangis…menangis kerana takutkan allah adalah menangis yang dipandang,,,allah begitu sayang pada hambanya yang menangis kerana takutkan azab darinya…azab allah begitu pedih dan syurga allah begitu indah..untuk itu kita kena banyak menangis mohon ampun padanya dan minta taufik dan hidayah untuk diri sendiri…..

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

wa’alaikum salam, ya setuju, menangis kerana keinsafan.

[Jawab Balas]

are_ngah beri maklum balas:

wa”alaikumusalam…. aku nak kongsi sikit dekat hampa,masa kini orang tak menangis kerana keinsafan… mereka menangis mana ada di depan mereka contohnya putus cinta buat kali pertama dan sekian2… sebab mereka ini tak nampak apa patut mereka tangisi…

[Jawab Balas]

08.01.10 at 04:55
Posted by samanosuke_04

hehe, bagi aku… lelaki2 yg biasa menangis nie bergelar ‘ayah’… haha. Waktu remaja nie, biasanya jiwa masih lagi keras, nak tunjuk macho.. tapi bila dah beranak dan berfamily, sifat kebapaan tue muncul, disebalik garang tue ada kasih sayang, disebalik muka ketat tue, ada tangisan dalam hati..
Terkini dari samanosuke_04 di blog nya – Bangun dengan Senyuman~~ My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

seninya cara lelaki tersentuh kan (ha3)

[Jawab Balas]

08.01.10 at 19:38
Posted by abrar

nampak garang tetapi hatinya mudah tersentuh. itulah aku.. emosi yang kurang stabil salah satu faktor punca mudah sensitive lantas berderailah air mata. kes ni selalu berlaku apabila ada orang mula memandang rendah kepada keupayaan kita. tidak cukup denga itu, dipukul mati dengan kata-kata penghinaan yang rasanya bagi binatang pun tidak layak. maaf teremosi kali ini.
Terkini dari abrar di blog nya – paradoks 6 My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

masing-masing punya kriteria dan sebab mengapa mereka menangis, begitu juga dengan kita.

mudah atau susah tersentuh, bergantung kepada cara kita mengawal. mungkin juga terjadi sejak dari kecil, keadaan sekeliling umpamanya.

[Jawab Balas]

08.01.10 at 19:58
Posted by dilot

oo..begitu rupenya….tapi kalau yg aku rasa…lelaki menangis bila dah bergelar suami atau ayah..bila tanggungjawab makin banyak…
Terkini dari dilot di blog nya – detektif nak bongkar rahsia FAHRIN AHMAD My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

setuju, tanggungjawab makin banyak dan sebagai ketua keluarga yang perlu buat keputusan atas segala persoalan.

[Jawab Balas]

09.01.10 at 00:38
Posted by arrizz

aku tgk cite korea pon touching nak nangis..hehe..nek kan plak dtimpa masalah bagai..apapon bro, jgn ptus asa..mgkin aku x alami bnde ne sume g, tp at least apa yg ko tulis nie jdi pringatan buat aku..thanx..
Terkini dari arrizz di blog nya – Isu penggunaan nama Allah: Usah dipanjangkan lagi isu ini! My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

mudah-mudahan atas pengalaman aku, ia menjadi iktibar kepada orang lain.

terima kasih kerana sudi bertandang ke blog picisan ini ;)

[Jawab Balas]

12.04.10 at 08:05
Posted by dragg

saya pernah menangis ketika mengenang dosa atau beban yang paling berat dalam hidup saya.. cuma, lelaki selalu gengsi apabila dia terlihat menjatuhkan air matanya di hadapan orang terutama wanita..

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

lelaki yang menangis mengenang dosa dan beban hidup adalah manusia yang faham akan kebesaran ALLAH ta’ala. malah lebih mudah mendekatkan diri dengan-NYA.

aku rasa ramai lelaki bertindak sedemikian iaitu tidak menangis didepan wanita. lelaki tetap ada egonya yang tersendiri. kecuali beban yang ditanggung terlalu HEBAT!

[Jawab Balas]

05.05.10 at 13:02
Posted by Saidatul Balqiss

…lelaki menangis kerana inginkan dirinya dihargai, dicintai…. setelah mereka sudah puas berusaha bersungguh2 sepenuhnya… tapi akhirnya gagal…

percayalah, lelaki ada egonya yang tersendiri.. dia bangga kerana ada yang masih menyayanginya..

tetapi jangan terpengaruh dengan ayat ini, kerana pelbagai lelaki yang berperangai gelagat dan acuan hidupnya… manusia semua sama saja… ada hati dan perasaan.. ada sayang dan benci… ada rindu dan dendam… cuma caranya berbeza sikit….

**kadang2, saya juga turut tertekan dgn ayat binaan saya sendiri..kui3..

[Jawab Balas]








CommentLuv Enabled