Assalamualaikum dan terima kasih kerana sudi bertandang ke blog picisan ini.

Blog, Boleh Pengaruhi Kehidupan Manusia!?

Sedikit kisah pandang belakang. Bukan aku suruh kamu pandang belakang tapi mengimbas kembali kisah lama. Bukan kisah duka atau kisah sedih yang menenggelaman hidup kamu tetapi kisah yang boleh memberikan inspirasi dan menaikkan lagi semangat dan motivasi diri.

Semakin lama semakin seronok apabila kamu telah ketahui akan kebolehan blog dalam menjadikan kamu seseorang yang dikenali. Kamu mungkin tidak popular di dunia realiti kamu tapi kamu lebih terkenal di dunia maya yang kamu cipta terutama dunia penulisan blog. Buktinya!? Ia terjadi pada diri aku sendiri.

Aku telah mula menulis secara serius pada setahun lebih yang lalu. Pada mulanya aku tidak nampak penulisan aku akan memberi impak kepada pembaca kerana aku sendiri dapat rasanya tulisan aku kurang menyengat! Tetapi aku tidak mudah putus asa. Setiap hari aku akan mencari maklumat bagaimana aku hendak menjadi penulis yang baik dan menghasilkan penulisan yang dapat diterima umum khusunya budaya pembacaan orang kita, Malaysia.

Ya, aku sendiri akui. Blog memang mempengaruhi kehidupan seseorang terutama dari segi penerimaan minda, emosi, motivasi dan psikologi. Mungkin disebabkan dari kajian yang dilakukan terutama ketika kamu sedang mencari kenalan baru seperti melompat-lompat dari sesebuah blog yang lain.

Aku sendiri dapat rasakan betapa banyak impak yang aku terima sehingga merubah kehidupan aku sendiri secara tak langsung. Mungkin aku sedar atau tidak tapi ia sememangnya berlaku. Mungkin ia juga disebabkan oleh penerimaan atau persediaan aku menerima perubahan yang positif!

Itu baru impak dari dunia maya, belum lagi aku cerita impak di dunia nyata kesan dari aku menjadi seorang penulis! Sememangnya ia memberi kesan dari sudut positif dan negatif. Banyak kali berlaku, bermula dengan perhubungan sebagai kawan atau menjadi pendengar setia sehingga diajak ke bilik tidur! Tepuk dada tanya iman.

Aku tak tahu bagaimana ia bermula tetapi ianya terjadi. Aku percaya kamu juga punyai pengalaman kamu sendiri, sudi dikongsi bersama?

Catatan-catatan lain yang cun!

Terbit pada 4 November '09 oleh Megat, dalam kategori Isu Semasa.
77 pembaca telah singgah di catatan ini
Apa yang kamu cari? - , , , , , , , , .

8 Komen untuk “Blog, Boleh Pengaruhi Kehidupan Manusia!?”

04.11.09 at 20:06
Posted by TMUkmkd

disebabkan blog aku lebih kepada catatan dan nota sendiri, mungkin tiada apa yang memberi impak ^_^

[Jawab Balas]

Kreuger beri maklum balas:

tak jugak. same seperti blog aku. mensti mencari apakah ciri-ciri yang hendak kamu ketengahkan. wujudkan pendekatan yang lain dari yang lain.

cuba jadikan blog personel.. tapi punya identiti yang berlainan dari penulis lain.

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

wah man, dah boleh jadi assistant aku ni (he3).

terima kasih bantu aku memotivasikan pengomen-pengomen disini ;)

[Jawab Balas]

Kreuger beri maklum balas:

berkongsi yang mane patut. apa salahnye kan.
lagipon agak tercelaru kalau semua orang nak citer pasal SEO, blog optimizer… citer pasal komputer sedangkan aku cume citer pasal kesah peribadi. lebih senang nak curahkan idea kat blog orang lain daripada blog sendiri sebabnya itu stategi.

bak kate omputeh… give n take. tapi ni dari segi positive site. tidak lah pulak mengharapkan balasan. tapi secara jujur dan tak langsung… kalau blog top komentor kite tu tadek komen.. mungkin kita akan jadi orang pertama untuk merawat kekecewaan sebab tiada sambutan.

same jer. semua orang pon ade perasaan. banyak le cabang untuk berkomen kalau nak citer. kalau buat blog nak citer pasal komen pon boleh. hahaha just kosentrait pasal fungsi komen dan SEO.

xceli selama ni yang aku prektikkan adalah sebegitu. cume sejak kebelakangan ni fikiran selalu sangat bercelaru. jadi nak komen panjang lebar pon terbantut. haha~

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

baguslah man, aku faham apa yang ko maksudkan.

cara ko ni sememangnya nampak perbezaan nyata dari pengomen lain, sudah pasti mendapat perhatian (he3).

tapi memang ada sesetengah yang agak sukar untuk memulakan sesuatu tapi mudah untuk menyambung atau menyampuk sesuatu.

harap-harap lepas nikah nanti kecelaruan ko bertambah baik (he3).

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

mungkin dari sudut pandangan ko rasa macam tu. sebenarnya kita tak dapat menjangka dari sudut pandangan pembaca.

tapi perlu diperkukuhkan asasnya dan rajin buat sikit kajian. insya allah masing-masing pasti ada bakat tertentu.

[Jawab Balas]

04.11.09 at 21:37
Posted by TMUkmkd

hehe.. bagus idea tu.. mungkin akan di ketengahkan. ^_^

[Jawab Balas]

15.12.09 at 12:57
Posted by Peluang Perniagaan

betul. aku sokong. memang mempengaruhi kehidupan manusia.

[Jawab Balas]








CommentLuv Enabled

Related Posts with Thumbnails