Blog, Sejauh Mana Orang Kita Menerimanya!?
Blog menjadi semakin popular sejak kebelakangan ini. Setiap hari ada saja kemunculan blog-blog baru yang dibangunkan oleh orang individu dan mereka yang ingin manjana pendapatan melaluinya.
Mengikut statistik sebelum ini menunjukkan di Malaysia lebih 10 juta pengguna yang telah menggunakan perkhidmatan internet. Dan dari jumlah tersebut blog di Malaysia telah wujud lebih kurang 500 ribu pengguna.
Mengikut statistik tersebut sebenarnya margin pengguna yang menjadikan kelebihan internet sebagai faktor utama menulis di blog masih rendah. Dan setiap individu punyai sebab tersendiri mengapa mereka menggunakan perkhidmatan internet.
Sejauh mana penerimaan mereka terhadap blog!?
Secara kasar melihat dari perkembangan pertumbuhan blog di Malaysia nampak seperti semakin rancak tetapi pada dassarnya ianya masih jauh untuk mencapai tahap pengguna tegar. Kemungkinan disini boleh dianggap seperti orang kita masih jauh ketinggalan dalam kebaikan penggunaan blog.
Pengguna yang menggunakan khidmat blog sebagai tapak untuk menjana pendapatan pula (khususnya pemasaran tempatan) sebenarnya masih dalam margin yang kecil. Dan mereka terpaksa bekerja keras untuk mendapatkan keuntungan maksima dalam kurang dari 10% pengguna internet Malaysia.
Disini juga kita perlu dilihat penerimaan masyarakat kita terhadap artikel di blog dan juga blog perniagaan. Apa sebenarnya budaya masyarakat dalam penerimaan blog!?
Dari pengalaman aku mereka lebih suka kepada artikel yang santai dan artikel yang dapat menarik perhatian mereka seperti artikel lucah lucu, artikel cerpen, artikel mini novel, artikel isu semasa dan gambar-gambar bogel yang dapat menarik perhatian mereka.
Blog perniagaan yang sedia ada sebenarnya dah cukup bagus untuk pasaran tempatan tetapi disebabkan kesedaran masyarakat kita yang masih rendah maka ianya dipandang agak sepi.
Itu pun mereka gunakan kemudahan di pejabat. Mungkin mereka perlu tukar tabiat atau trend yang lebih kepada perkara yang boleh membuang masa. Mereka sepatutnya perlu didedahkan dengan perkara-perkara yang lebih memberi faedah disamping dapat manjana pendapatan sampingan walau pun sedikit.
PS : selalu aku tengok kakak-kakak kat pejabat lebih suka melayan email berantai.
PPS : aku masih memikirkan nasib mereka yang mencari peluang pendapatan di internet sebab pengguna internet tegar di Malaysia ada pasang surutnya.
August 12th, 2008 at 8:25 am
hek hek hek.. email berantai ? mungkin kita kena ajar cara nak guna software agregator kut.. cam google reader ke apa ke.. heheheh.
[Balas Komen]
August 12th, 2008 at 8:53 am
Rasanya ini berlaku sebab generasi kita adalah generasi pelopor, tak ramai yang tegar. Tunggu sehingga generasi pelajar sekarang menjadi pengguna utama internet, pada masa tu peratus penggunaan internet dan aplikasi internet rasanya akan jadi keperluan.
Kakak kakak kat opis tu adalah pengguna minoriti yang cuma menggunakan internet sbagai satu kegiatan santai.
[Balas Komen]
August 12th, 2008 at 9:16 am
http://hardyw3b.wordpress.com/rss-tutorial/
[Balas Komen]
August 12th, 2008 at 11:48 am
adi - ya. mereka perlu tahu tentang perkara tersebut.
mazudi - harapan aku seperti yang kau katakan. mungkin untungnya kita ialah generasi pelopor.
adi - thanks!
[Balas Komen]
August 12th, 2008 at 6:08 pm
ayat kena pangkah tu byk carian. hehehe
[Balas Komen]
August 12th, 2008 at 6:18 pm
taukey - ye ke!? sori blanko dh habis ekeke
[Balas Komen]
August 12th, 2008 at 7:20 pm
ya..ayat kena pangkah itulah keyword untuk entry kali ini..buawhahaha..megat2…anda sudah sehat?
aku merupakan seorang surfer yang cukup dibenci oleh TM..download sahaja setiap hari..satu hari 2 movie…sampai aku dah tak tau nak download apa
[Balas Komen]
August 12th, 2008 at 7:43 pm
xmindfreakx - hoho. aku rasa makin teruk spt perlukan lakukan sesuatu dgn segera! 1 hr 1 movie!? lajula juga eheh
[Balas Komen]
August 12th, 2008 at 10:55 pm
Mengikut ramalan aku, blog pasti akan diterima ramai selepas ni. Blog akan menjadi satu budaya. Pasti.
Suka artikel lucah ye? Opss….lucu ye? =)
[Balas Komen]
August 12th, 2008 at 11:02 pm
hairul - harapan aku begitulah. sebab kita mengharap generasi baru yg bakal menerjah dunia ini!
[Balas Komen]
August 12th, 2008 at 11:07 pm
Kebanyakan orang luar sana bila cerita pasal blog je citer fitnah memfitnah..
Tak open la diorang nie..
Tapi masing2 punya pemikiran dan cara..Pklah sendiri
[Balas Komen]
August 12th, 2008 at 11:20 pm
tapi aku sudah nampak sedikit trend yg bagus dlm blogging. para pelajar sekolah menengah sudah mula termendarat ke blog aku. pasni aku kena rancang strategi bagaimana nak soh diorang melekat baca blog aku.
ps: aku ternampak situasi mereka termendarat baca blog aku masa aku pergi ke internet cafe untuk beli mouse untuk laptop baru aku. satu target yang baik ni. pasni wat entri keremajaan sedikit. cinta adalah yang terbaik…
[Balas Komen]
August 12th, 2008 at 11:23 pm
aku pun suka gak layan email berantai nih . Saje nak tengok sampai mana rantai tu. hihi..
[Balas Komen]
August 12th, 2008 at 11:42 pm
zool - sebab itu perlunya blog yang menulis tentang psikologi atau moral dalam kehidupan. mereka perlu didorong untuk ke arah itu.
syam - ohoho macam mimpi pula. setiap apa yang aku terfikir, kau pun terfikir!? apa pun kita kena fleksibel. seronok bermain dengan minda dan emosi ni. kena pulak bersamngkut dengan psikologi sebagai seorang manusia.
titan - email berantai xde harga eheh. rantai emas ramai la berebut!
[Balas Komen]
August 13th, 2008 at 7:13 pm
ramai yang masih belum terima kehadiran blogger ni..kita ni bukannyaperosak bangsa…hoho:-)
[Balas Komen]
August 13th, 2008 at 7:39 pm
aku lihat dari segi internet bisnes, ramai yang takut untuk mencuba. maybank2u pun, bukan semua orang berani buat. especiallythe one above 40s
[Balas Komen]
August 13th, 2008 at 10:40 pm
mohd hafifi - persepsi spt itu yg perlu diubah!
azwanhadzree - bermakna msh ramai yg msh ragu-ragu terhadap bisnes internet kan!?
[Balas Komen]
August 14th, 2008 at 1:30 am
salam beb.. sowi lama xmsk ko nye page.. aku agak bz la lately.. ni pun br balik from resort2 utk tourism nye projek…
making money from blog ni agak baru tp penerimaan org melayu ni agak kurang.. pd aku ia sebab mind & attitude bangsa ni sendiri. mereka suka tgk benda yg ada duit dpn mata..
so if u said ur generation pelopor.. maka don’t ever spoil the market.. coz ramai yg masih tggu n lihat perkembangan blog nih..
[Balas Komen]
August 14th, 2008 at 5:39 am
momok - ohoho semakin lebat projek offline ko! syabas mok!
setuju! sbg pelopor barisan terawal pelopor dunia ini kita kena pastikan kebaikan dan keselamatan nya terjaga.
[Balas Komen]
August 14th, 2008 at 11:52 am
boleh arr.. cr makan beb. idup ni kena usaha sendiri walaupn kekadang tu kne bergantung pd org tp tetap kena cr jln sendiri..
[Balas Komen]
Megat Reply:
August 16th, 2008 at 8:40 pm
nak melakukan sesuatu utk kepentingan diri ialah terpulang pada usaha seseorang tetapi aset utk melakukan sesuatu itu kadang-kadang memerlukan pergantungan pada orang lain walaupun perlu diupah.
apa pun selamat menempuh kejayaan! he3.
[Balas Komen]
August 14th, 2008 at 6:33 pm
Megat, utk orang-orang lama saje. budak-budak muda sekrang sudah inernet savvy
[Balas Komen]
Megat Reply:
August 16th, 2008 at 8:43 pm
entri ini lebih kepada meminta pandangan dari pembaca sebenarnya. setelah ada beberapa komen di ruang komen ini barulah aku sedar akan apa yang terjadi.
orang lama kurang pendedahan mengenainya ketika muda dan orang muda sekarang sebaliknya.
[Balas Komen]
August 16th, 2008 at 5:46 pm
rantai emas? huh. kalau aku ada pun, bukan aku leh pakai. kene gak bagi pempuan pakai..huahua..
[Balas Komen]
Megat Reply:
August 16th, 2008 at 8:44 pm
tau takpe. maksudnya kena bagi kepada bakal orang umah atau orang umah. he3.
[Balas Komen]