Panjang pula tajuk pada kali ini (eheh), tapi sekurang-kurangnya aku nak kau tahu apa yang aku maksudkan. Izinkan aku memperkenalkan secara asas apa yang dimaksudkan dengan perkhidmatan yang semakin popular iaitu twitter.
Twitter adalah sejenis perkhidmatan jaringan sosial yang percuma dan juga perkhidmatan blog mikro yang disediakan untuk kemudahan kau menghantar berita terkini dari kau. Kau berinteraksi secara terus dengan pengguna-pengguna lain yang mengikut kau (follower) dan pengguna-pengguna yang kau ikut (following) setelah kau mendaftar untuk menggunakannya. Dan setiap kemaskini dari kau akan dihantar ke laman milik kau dan kemaskini dari kau akan dapat diterima oleh pengguna-pengguna lain yang berpaut pada laman kau. Mudah bukan!?
Dan yang paling menarik, kemaskini kau boleh dilakukan melalui sms tetapi teks yang kau hantar hanya boleh sehingga 140 aksara sahaja. Ianya percuma dan hanya dicaj oleh perkhidmatan operator talian yang kau gunakan sahaja.
Berminat? Daftar disini dan jangan lupa untuk dapatkan kemaskini dan berhubung dengan aku!

Dalam keadaan aku sekarang, banyak masa aku habiskan di rumah. Pasti mengundang kebosanan dan banyak memikirkan perkara-perkara yang menimpa diri aku sejak kebelakangan ini.