
Di dalam menjalinkan perhubungan persahabatan mahu pun ‘kekasih gelapku‘, sebarang kemungkinan akan berlaku terutama melibatkan hati. Apa yang aku maksudkan ialah permainan perasaan atau gangguan kecil hati seperti kecil hati atau sakit hati. Apa lah guna kita berkecil hati sesama sendiri sedangkan ia tidak menguntungkan, malah merugikan.
Dikesempatan ini aku memohon ampun dan seribu kemaafan dari kawan-kawan dan ‘kekasih gelapku‘ jika aku ada melakukan perkara yang membuatkan korang berkecil hati dan halalkan makan minum aku. Insya allah panjang umur aku, kita akan dapat bersua lagi (uiks kenapa tetiba sebak nie!?) kerana hidup ini hanya dipinjamkan kepada kita.
Jika anda memandu… berhati-hatilah dijalanraya dan nyawa bukan taruhan. Sementara ada orang yang menyayangi diri anda, jagalah hati mereka… kalau tidak anda tidak tahu dimanakah kedudukan anda dihati mereka. Salamilah dan ciumlah tangan dan pipi ibu bapa kita… sementara mereka masih ada (pernahkah anda lakukan walaupun sekali seumur hidup mereka!?)
Selamat Hari Raya Aidilfitri