Archive for November 2007

Salam jumaat, kelmarin 11 pagi aku terima panggilan dari Senai Airport mengenai kerja yang aku mohon melalui Jobstreet. Panggilan tersebut memberitahu mengenai temujanji temuduga. Setelah berbincang mengenai tarikh dan masa yang sesuai, temuduga akan berlangsung pada hari ini (30 Nov) di Senai Airport, Senai, Johor pada jam 3 petang. Dan jawatan yang ditawarkan adalah ICT System Analys And Support.

Sebenarnya jawatan tersebut tidak jauh bezanya dengan jawatan yang aku jawat sekarang. Ia melibatkan semua kepentingan dalam IT. Dari capaian internet hingga kepada pengguna, nampak macam senang tapi ia tetap memberikan cabaran dan pengalaman yang tersendiri. Ini termasuklah WAN/LAN, firewall/router, proxy, backbone, switch, web base & database (vb.net, php, asp.net dll), server management dan banyak lagi.

Apa yang pasti aku dapat keluar dari tekanan sebelum ini dan mengharapkan penghijrahan aku ini mendapat sinar baru dalam sebahagian hidup aku disamping dimurahkan rezeki dan suasana baru. Aku mohon kawan-kawan mendoakan aku untuk tempuhi temuduga dan sekaligus dapat aku capai impian aku… insya allah.

Perasan iklan di Advertlets, mengenai filem baru arahan Stephen Chow yang terkenal dengan lakonan nya bersahaja dan komedi. CJ7 itulah judul filem fantasi yang akan di arah sendiri oleh Stephen Chow. Filem kali bercorakkan filem fantasi yang merupakan bidang baru yang Stephen.

Seperti filem-filem yang diarahkannya sendiri sebelum ini, beliau selalu memainkan watak orang susah, yang selalu dibuli dan watak orang dalam kesusahan. Kali ini beliau melakonkan watak seorang ayah yang miskin tetapi sangat menyayangi anaknya.

Tak sabar rasanya menunggu kewujudan filem yang diarahkan oleh salah seorang aktor yang aku sukai. Harapan aku semoga filem ini menjadi salah satu filem yang bakal tersimpan dalam filem-filem kegemaran aku.

I have found that if you love life, life will love you back
Arthur Rubenstein

Renungkan seketika bagaimana kita telah melalui kehidupan kita sebelum ini, adakah kita benar-benar menghargai kehidupan kita!? Atau sekadar membiarkan masa berjalan begitu sahaja!? Memang benar, apabila kita menghormati apa yang kita lakukan dan menghargainya disertai dengan keikhlasan terhadap sesuatu kerja yang lakukan, ia akan mendapat balasan baik tanpa kita sedari. Jangan pandang kebelakang lagi, teruskan hidup kita dengan keikhlasan meski pun terhadap sesuatu yang kita sendiri tidak gemar. Buangkan perasaan buruk jauh-jauh… insya allah.

Jika kita sesama manusia sendiri dapat berkasih-kasihan tanpa mengira kepercayaan, agama, bangsa dan kaum, ia juga mendatangkan kebaikan yang ternilai. Agama kita sendiri menyuruh umatnya berbaik-baik sesama manusia.

Selamat Ulang Tahun

Selamat hari ulangtahun kepada ayahanda tercinta Othman Mohd dan adinda tersayang Fauziah (Gee). Semoga dimurahkan rezeki di hari mendatang dan dipanjangkan umur.

Kalau anda diberi pilihan dalam kerjaya antara yang anda minat atau tawaran gaji yang tinggi, mana satu anda pilih!? Adakah anda terpaksa berkorban kerjaya yang anda minat semata-mata untuk memilih gaji yang lebih baik!? Sedikit info untuk membantu anda membuat pilihan.

Kerjaya yang diminati

  • kontrak
  • gaji cukup makan
  • tekanan yang tinggi

Kerjaya yang tawaran gaji tinggi

  • tetap
  • gaji yang tinggi
  • tekanan kurang
  • banyak benefit

Yang menjadi persoalan bila anda telah bekerja lama dalam bidang yang diminati tapi hanya diberi taraf sebagai pekerja kontrak (sampai gamaknya). Perngorbanan ini diambil kira dari kelebihan yang anda dapat dan status anda sebagai ketua keluarga yang punyai tanggungan.

Dan yang menjadi masalahnya anda terlalu menyayangi kerjaya pertama. Cuma mungkin terlalu banyak saingan sehinggakan anda lambat menerima kenaikan pangkat atau tawaran untuk mencapai jawatan yang lebih tinggi.

Kalau anda dalam situasi yang sama, apa pilihan anda setelah diambil secara global!?

Alhamdulillah, sakit aku semakin sembuh. Aku bukan saja boleh berjalan malah sudah boleh berdiri. Dan mulai hari ini aku sudah boleh menulis di blog ini dengan lebih selesa. Terima kasih kepada semua kawan-kawan yang ambil berat tentang aku.

Syukur kepada Allah kerana masih memberi aku nyawa untuk aku terus menikmati hidup ini. Tatkala aku menghadapi masa-masa sukar aku kerana tidak dapat berdiri untuk bergerak kesana kemari walhal dalam rumah sekalipun, aku kebosanan selama seminggu dirumah.

Seorang sahabat hadir menghiburkan aku, kami berbual-bual mengenai kesihatan aku dan beberapa topik bisnes offline. Sebelum sahabatku pulang…

Tentu kau kebosanan dirumah. Nah kau baca buku ini” kata sahabat aku sambil menghulurkan senaskah buku yang agak tebal.

Terima kasih mat” balasku.

Tajuk buku berkenaan ‘Ayat-Ayat Cinta’ dan novelisnya Habiburrahman El-Shirazy. Aku seperti pernah mendengar tajuk novel berkenaan dan mereka kata novel tersebut memang seronok dibaca.

Tanpa membuang masa aku terus membaca novel berkenaan dan ternyata ianya amat berbeza dengan novel-novel cinta yang lain. Aku tak tahu nak kategorikan kategori novel ini, seperti novel keagamaan, novel cinta pun ya, motivasi pun ya. Hingga hari ini, aku baru menghabiskan separuh dari keseluruhan novel. Ternyata ia membawa aku ke dunianya yang begitu kelihatan nyata. Dan penulis dapat membawa aku menyelami ke dalam kehiudpan di dalam novel tersebut.

Aku tak nak komen panjang-panjang tentang novel berkenaan selain kawan-kawan membacanya sendiri. Yang aku nak tekankan disini bacalah novel berkenaan, insya allah anda akan lebih menghargai dan menikmati hidup anda sekarang. Aku cuba menghayati novel ini dengan lebih terbuka.