Semakin kita mengejar arus kemodenan, semakin kita leka menjaga kesihatan diri. Kita selalu dihimpit oleh waktu yang sentiasa mencemburui kita malah menjaga status sebagai seorang pekerja yang berdedikasi. Mungkin anda sememangnya tahu berapa pentingnya menjaga kesihatan. Jika anda tidak sihat bagaimana anda hendak menikmati hasil dari kekayaan anda!?
Dilihat statistik pada zaman ini, banyak penyakit-penyakit kronik menyerang kita. Kadang-kadang ada penyakit yang jarang kita dengar pun wujud.
Sepatutnya setiap makanan yang kita ambil harus diseimbangkan dengan melakukan senaman-senaman yang boleh membakar kalori atau lemak di dalam badan kita. Disini aku hendak bersama-sama rakan-rakan lain untuk sama-sama ambil tahu serba sedikit informasi mengenai cara pengambilan makanan untuk menjaga kesihatan secara semulajadi.
Sebenarnya cara pengambilan makanan juga boleh menjaga kesihatan kita. Dengan syarat kita mesti disiplinkan diri kita sendiri dan mempunyai semangat kawal diri yang tinggi.
Berdasarkan gambarajah berbentuk piramid disebelah, disini aku ingin berkongsi serba sedikit informasi sukatan makanan yang kita perlu ambil untuk menjaga kesihatan secara semulajadi.
Gula. Tidak boleh lebih dari 1/2 nisbah sukatan. Paling bagus ia datang dari sumber asli seperti madu dan sirap nepal. Jika diambil berlebihan akan menyebabkan datangnya penyakit seperti diabetes dan sakit jantung.
Lemak. Tidak lebih dari 1 nisbah sukatan. Terhasil dari makanan yang berminyak dan mempunyai kolestrol yang tinggi. Sumber daripada kekacang, sayur-syuran dan ikan. Sumber yang datang dari ikan bagus untuk kita kerana ia kaya dengan Omega 3 yang berkhasiat.
Protein. 2 nisbah sukatan dan terhasil dari pengambilan makanan seperti ayam, ikan, daging, tauhu, tempe dan lain-lain. Sebenarnya kita perlu ambil sedikit daging untuk membantu membiakkan dan memulihkan sel-sel kulit mati. Ia juga penting untuk mengeluarkan hormon enzim dan antibodi untuk imunisasi badan kita.
Sayur-sayuran dan buah-buahan. Sekurang-kurangnya 5 nisbah sukatan. 2 hidangan buah-buahan. Ambill makanan yang kaya dengan serat dan fiber yang mengandungi vitamin, mineral dan sedikit essential dact acids.
Karbohidrat. Tidak lebih 7 nisbah sukatan yang datang dari sumber seperti nasi, kekacang, kentang, keledek, lobak merah, pisang, gandum dan banyak lagi. Makanan yang diambil dari ketegori ini membantu untuk memberikan tenaga dan vitamin. Untuk mengurangkan berat badan, ia boleh diambil dalam nisbah sukatan 3 - 4.

Sebenarnya masyarakat moden kurang menjaga cara pemakanan yang sihat dan dari sumber yang tidak kaya dengan nutrien seperti makanan segera, berminyak dan mekanan ringan. Jadi marilah kita ambil langkah-langkah untuk menjaga kesihatan kita dengan cara pengambilan makanan mengikut piramid makanan di atas.