Archive for March 2008

Sejak kebelakangan ini, sukan ini begitu popular dan semakin melonjak namanya di persada sukan ekstrem negara. Sukan ini juga telah diadaptasikan ke dalam filem oleh beberapa pengarah terkenal. Filem pertama Impak Maksima arahan Ahmad Idham. Dan kini diangkat naik pula oleh Shamsul Yusof dalam filem akan datang iaitu Evolusi : KL Drift.

Aku sendiri mengagumi sukan ini dan aku sendiri punyai sejarah peribadi tentang sukan drift ini. Ya lah ketika itu sukan ini masih belum meluas dan belum begitu popular di negara kita. Dengan berbekalkan kereta pinjam (kawan punya) dan semangat berkobar-kobar untuk mengenali sukan ini lebih dekat. Aku belajar beberapa skill drifting bermula dari bulatan, bulatan 8 dan S corner. Hasil usaha berlatih dan petunjuk dari rakan-rakan yang lebih dulu bermain sukan ini, aku berjaya melakukan beberapa skill tersebut. Yang pastinya ia bukan mudah dan tidak juga susah.

Aku cuma perlu serapkan kemahiran memandu dengan beberapa skill dan tindakbalas logik ketika melakukan drift. Seperti menulis di blog juga. Aku dan kereta perlu bersatu untuk dapatkan mood pemanduan dan saiz kereta.

Malangnya ada beberapa kejadian yang tidak diingini berlaku menjadikan aku seperti fobia untuk meneruskan sukan ekstrem ini. Tapi alhamdulillah ia tidak meninggalkan kesan yang kekal. Hanya retak tulang rusuk yang ke 6 - 7. Tapi sebenarnya aku tidak pernah serik. Cuma berehat dan tidak aktif seperti dulu. Apa yang aku nak kongsikan ialah sukan drift ini adalah satu-satunya sukan ekstrem yang aku minati!

Kini minat yang terpendam ini terbakar kembali. Seperti memanggil-manggil untuk bergiat aktif kembali. Kalau dulu aku menggunakan kereta pinjam, tapi sekarang aku sedang berusaha untuk mendapatkan kereta drift sendiri.

Yang lebih memeranjatkan aku, anak aku yang baru berusia 5 tahun (Danish Iskandar) tahun pun sudah pun menunjukkan minat seperti aku. Aku akan beri galakan selagi ia tiadk bercampur dengan budaya kotor. Untuk pengetahuan korang anak aku nie selalu ikut aku tengok drift dan sprint test.

Technorati Tags: , , , ,

Penulis ialah makhluk yang hidup dan mempunyai rupa fizikal dan cukup sifatnya. Ia dicipta begitu sempurna yang dilengkapi dengan pelbagai fungsi yang baik. Punyai otak untuk berfikiran rasional dan akal serta bisa menyimpan pelbagai maklumat. Punyai hati yang membolehkan perasaan yang pelbagai timbul seperti kasih dan sayang, benci, marah, suka, sedih dan macam-macam lagi. Dan anggota seperti tangan untuk menulis dan mencurahkan pelbagai idea yang terhasil dari otak dan seiring pula dengan perasaan yang terhasil dari hati.

Blog bukan makhluk hidup. Ianya dicipta oleh makhluk seperti penulis. Dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan yang dikenali sebagai bahasa web (web languanges) dan dilengkapi denganĀ  stor data (database). Blog tidak akan hidup sendiri kerana ia tidak diberi nyawa, tidak dikurniakan hati dan tiada anggota badan.

Benar, blog tidak akan hidup jika tidak diberi jiwa oleh pemiliknya iaitu penulis blog! Gabungan antara akal, hati dan jiwa yang dimiliki penulis bisa membuatkan blog hidup. Penulis dan blog menjadi satu! Satu jiwa. Satu akal. Satu hati. Satu personaliti.

Penulis yang sebeginilah yang benar-benar menjadikan blog salah satu rutin dan budaya hidup. Penulisan mereka lebih kepada perihal peribadi atau apa yang mereka minati. Dan yang paling penting mereka tahu apa yang nak diluahkan serta apa yang mereka ingin kongsi. Tulisan mereka punyai jiwa dan hidup! Penulis sebeginilah yang mendapat tempat dihati pelawat blog mereka dan mereka mendapat tempat dihati peminat.

Penulis dan blog satu jiwa! Mereka menjadikan blog satu kehidupan. Mereka menggarap kisah kehidupan mereka di dalam blog. Mereka punyai bakat. Mereka ikhlas dan seringkali mendedahkan perihal peribadi di dalam blog. Mereka sering meluahkan apa yang mereka rasa di dalam blog. Sedih, marah, kecewa, putus cinta, geram. Tak kurang juga yang berkongsi pengalaman dan pendapat, idea dan ilmu. Mereka tak peduli apa yang orang lain anggap tentang budaya hidup mereka. Janji mereka tahu apa yang mereka lakukan dan punyai alasan mereka sendiri.

Dan aku mungkin belum sampai ke tahap seperti mereka. Tapi aku sudah merasai apa yang mereka rasa. Jika aku tidak dapat menulis aku gelisah. Seperti tidak sempurna hidup aku. Kerana disinilah ia bermula. Disini aku meluahkan kisah gembira, sedih, marah dan kecewa. Disini juga aku berkongsi pengalaman, ilmu dan pendapat. Disini juga aku punyai rakan-rakan yang sehati dan sejiwa.

Technorati Tags: , ,

Setelah merempuhi pelbagai onak duri kehidupan, alhamdulillah telah banyak beroleh kematangan dan pengalaman yang tiada nilai ganti. Dan berlandaskan itu aku kini cuba merubah rutin harian dan perancangan hidup akan datang. Aku inginkan kehidupan baru!

Ya bukan senang untuk merempuh realiti kehidupan yang semakin lama semakin mencabar. Ianya memerlukan kebijaksanaan dan pengalaman untuk merealisasikan kehidupan supaya benar-benar dapat buat keputusan yang terbaik.

Pengalaman lalu banyak memberi pengajaran. Kadang-kadang kita fikir sesuatu keputusan itu adalah yang terbaik untuk kita tapi ada keputusan yang lebih terbaik yang perlu kita pilih! Fikirkan, pro dan kontranya pilihan yang dibuat supaya tidak akan menyesal dikemudian hari. Ingat keputusan yang bakal anda pilih tidak semestinya dalam kumpulan pilihan terbaik!

Sudah sampai masanya aku perlu lebih komited kepada sebuah kehidupan yang lebih berkualiti. Antara perkara yang perlu aku beri komitmen adalah :

Terancang dan teratur. Merancang kehidupan aku dengan lebih baik dari sebelum ini supaya lebih kemas dan teratur mengikut kemampuan dan kebolehan. Dengan ini aku akan mempunyai lebih masa yang berkualiti dan menjadi seorang manusia yang lebih bertanggungjawab. Dan paling utama aku perlu lebih bersyukur dengan nikmat kurniaan Allah supaya hidup ini lebih diredhai dan lebih dirahmati… insya allah.

Kestabilan ekonomi. Merancang perbelanjaan keluarga dengan lebih tepat dan dirancang dengan lebih baik. Perlu mancari lebih banyak sumber dan pengaliran masuk pendapatan yang secara tak langsung menjadikan ekonomi lebih stabil dan selesa.

Sebelum semuanya menjadi realiti. Aku perlu lebih cekal dan tabah menghadapi realiti kehidupan yang memerlukan kita memikirkan dari pelbagai sudut untuk mencari peluang baru dan terus meningkatkan taraf hidup dan ekonomi dengan jayanya.

Sokongan keluarga dan rakan-rakan amat diperlukan untuk menjadi tulang belakang kepada setiap kejayaan. Bentuk kendiri kita dan amalkan sikap positif… insya allah.

Maulidur Rasul

Salam maulidur rasul. Perbanyakkan selawat ke atas junjungan rasulullah. Tingkatkan keimanan.

 

Ah rindu sangat rasanya. Semakin lama semakin ketandusan entri baru di blog aku. Aku memang tidak mahu ianya berterusan seperti ini. Tapi aku akui disebabkan komitmen pada tugas baru, aku terpaksa.

Derita rasa tak dapat mengemaskini blog setiap hari. Seperti kehilangan senarai rutin harian pula. Yalah bukan senang nak menaikkan nama di dalam penulisan blog. Ditakuti pelawat setia lari pula.

Lama aku meletakkan jari-jari aku di atas papan kekunci tapi tiba-tiba tiada idea. Inilah akibatnya jika terlalu lama tidak menulis.

Untuk realisasikan impian aku dalam dunia blog, aku akan capai beberapa perkara supaya aku tidak ketinggalan dan dapat sentiasa kemaskini dengan entri-entri yang lebih segar dan berilmu. Antara dalam perancangan aku ialah seperti memiliki komputer riba dan capaian internet tanpa wayar.

Di kesempatan ini aku ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang sering bertanya khabar dan memberi kata semangat untuk aku buat bekalan menempuh suasana baru. Aku cuba sedaya upaya melengkapkan kembali salah satu rutin harian aku iaitu menulis di blog.

Selesai aku menjalankan tanggunjawab aku sebagai pengundi, terus aku menjenguk blog. Aku terlalu rindu untuk menulis di blog kesayangan aku ini. Agak lama aku tidak mengemaskini blog ini. Habislah jatuhlah ranking blog aku (uhuhu). Maafkan aku! Aku bukan sengaja untuk sepi tanpa berita, akan tetapi ada perkara yang lebih perlu diberi perhatian.

Terima kasih kepada rakan-rakan blog yang masih mengunjungi blog aku dan bertanya khabar melalui YM, email dan telefon. Tanpa korang siapalah aku! Aku belum berniat untuk menjadi seorang penulis profesional tapi hanya melayan kehendak aku.

Kenapa menyepi!? Untuk pengetahuan rakan-rakan yang dikasihi, aku sebenarnya sudah ditawarkan bekerja di salah sebuah syarikat komputer iaitu ACER.

Alhamdulillah. Berkat dari doa kalian juga! Aku terlalu sibuk dan masih mencari identiti aku sebagai seorang yang dipertanggungjawabkan dalam bidang kejuruteraan di tempat baru. Tugas aku kali ini memang memerlukan komitmen yang tinggi untuk prestasi syarikat. Jawatan yang ditawarkan sama seperti jawatan yang aku pegang sebelum ini di tempat lama tapi disini (tempat baru) menawarkan banyak tawaran menarik terutama mengenai gaji, kerja lebih masa, claim makan, 5 hari kerja seminggu dan bonus sehingga 6 bulan! Dan yang paling menarik aku adalah staff tunggal melayu (yang lain semua cina) disini!

Maafkan aku jika rakan-rakan menantikan entri-entri baru dari aku. Sebenarnya aku ada simpan niat untuk menulis novel tapi prosesnya terlalu rumit sehingga aku memikirkan untuk menulis e-novel (mungkin!?). Apa pendapat korang!?

Terima kasih kepada semua rakan-rakan kerana masih memberi sokongan kepada aku! Insya allah aku cuba kemaskini blog aku sekerap mungkin.

Technorati Tags: , , , ,