Masyarakat kita sudah dapat menerima impak arus kemodenan yang semakin pantas dan canggih dalam dunia tanpa sempadan. Ini termasuk bidang baru yang semakin mendapat sambutan iaitu penulisan di blog. Maka timbul banyak persoalan dimana penulis baru ingin menulis tapi tiada bahan untuk menulis di saat berhadapan dengan komputer.
Saya tidak tahu macam mana nak cari bahan untuk jadikan entri?
Saya ingin tahu. Bagaimana mejadikan entri saya menarik!?
Persoalan begini sering timbul termasuk yang bertanya kepada aku di dalam email walaupun setelah aku ada menulis tentang penulisan beberapa kali sebelum ini. Tapi anda (penulis baru) jangan risau, aku akan cuba bantu supaya anda tidak terkontang kanting. Galakan harus diberikan kepada mereka jika kita ingin melihat penulisan di blog menjadi satu budaya!
Sebenarnya setiap topik penulisan perlukan bahan untuk dijadikan entri baru di dalam blog. Bahan-bahan inilah yang akan memberikan idea kepada penulisan anda. Tapi jangan menjadikan ia bertambah sukar kerana memaksa diri untuk keluarkan idea dan terus menulis dalam masa yang sama. Aku rasa apabila kejadian seperti ini berlaku maka semua penulis tidak akan punyai idea. Bergantung kepada keupayaan masing-masing, aku tujukan artikel ini khusus untuk penulis baru yang kurang keupayaan untuk mendapatkan bahan secara langsung.
Sebagai seorang penulis yang mementingkan hasil penulisan dan sambutan kepada penulisan. Anda perlu mencari bahan, mungkin yang bersangkut paut hasil dari pencarian maklumat anda sendiri atau huraian kepada isu-isu tertentu. Macam-macam cara yang anda boleh lakukan dalam pencarian bahan menulis, contoh paling hampir adalah dengan isu-isu semasa dan kata kunci (keyword) tertentu yang anda ingin sentuh.
Selepas anda mendapat bahan untuk menulis, langkah seterusnya anda mencatit isi-isi penting yang berkaitan dengan bahan tersebut. Garapkan atau olahkan bahan dan isi-isi maklumat tersebut dalam format yang lebih tersusun. Biasanya anda tanya sendiri kepada diri anda soalan-soalan yang berkaitan dengan bahan tersebut.
Akhirnya setelah anda selesai dengan sedikit kajian tentang bahan yang anda pilih, barulah anda boleh menulis dengan lancar dan penulisan anda bermakna!
