Pengaruh Blog

21 Apr

Nampak gaya penulis blog semakin mendapat tempat oleh masyarakat kita terutama kepada kerajaan negara kita sendiri. Buktinya semakin banyak artikel yang dikeluarkan mengenai blog dan topik-topik berkenaannya. Semalam aku terbaca di akhbar berita harian yang menulis mengenai blog dibawah tajuk artikel “Penangan Blog“.

Ledakan pertumbuhan dan pengaruh hasil kandungan internet, terutama blog diiktiraf di peringkat global dua tahun lalu. Tahun ini, blog dan blogger menerima pengiktirafan di negara ini apabila kuasa dan pengaruhnya mula diakui.

Mereka sudah nampak bahawa penulis blog bukan menulis artikel sampah semata-mata malah menjadi medium untuk penulis menyampaikan mesej-mesej tertentu secara terbuka. Melalui blog penulis bukan hanya mampu menulis perihal politik sahaja malah berkenaan idea serta ilmu tertentu yang berkait rapat dengan penulis blog. Ini secara tak langsung memberi pendedahan dan pengalaman kepada ramai pembaca yang sentiasa dahagakan maklumat baru dan terkini.

Kehangatan pengaruh blog dikaitkan dengan kempen pilihan raya umum ke-12 lalu apabila blog yang dikategorikan sebagai media baru digunakan secara berkesan sama ada oleh individu mahu pun parti politik.

Memang di akui penulisan blog semakin menjadi popular selepas pilihan raya umum ke 12. Malah ada individu yang berpolitik sudah berjinak-jinak dengan dunia penulisan blog. Kesedaran mereka ke atas tindakbalas terhadap dunia blog yang penuh dengan isu-isu yang bisa merubah kehidupan individu dan kerajaan.

Malangnya, apa yang ditulis dipercayai sebagai suatu kebenaran. Dalam teori komunikasi, apabila sesuatu pembohongan diulang-ulang, maka pembohongan itu dianggap benar. Dalam blog, proses yang sama juga berlaku.

Penulis blog bebas untuk menulis tentang apa sahaja yang mereka mahukan. Tetapi hendaklah mengikut tata susila dan ketertiban dimana tidak terlalu melampau sehingga melibatkan sensitiviti kaum, agama dan perkara lain.

Jadikan penulisan di blog sebagai media perantaraan untuk menyampaikan sesuatu yang berguna dan berilmu. Jangan jadikan medium pertempuran mengenai sensitiviti antara manusia!

Entri-entri lain yang menarik

Tags:

This post has 18 comments.

  1. emptyspace
    21 Apr 08 2:02 pm

    bila kita sudah dapat perhatian maka selepas ini hindarkan dari berkata fitnah di dalam blog kerana ia bakal menyusahkan blogger itu sendiri.

  2. mazudi
    21 Apr 08 6:18 pm

    Aku harap penulisan blog aku takder beri apa apa kesan mental pada sapa sapa. Aku hanya blogger yang kecil.

  3. acai
    22 Apr 08 2:26 am

    slm bro, mmg setuju banget..skrang ni dah ramia memiliki blog sendiri..:) blog kecil cam aku ni mmg tak membantu memperkembangkan minda masyarakat, smoga blog2 yg lebih berilmiah akan lebih byk..:)

    btw, yg masuk akhbar tu ko kenal tak? aku slalu masuk blog dia,hehe..

  4. Megat
    22 Apr 08 2:41 am

    ariff
    benar. selepas ini kena lah lebih berhati-hati, jangan jadi penulis terlampau dah la eheh

    mazudi
    sama la aku pun eheh. apatah lagi berkenaan politik. aku hanya suara kecil yang ada tanggungjawab kepada rakyat juga ;)

    acai
    sebenarnya blog macam ko lah yang beri dorongan kepada pambaca. pertanian dan ternakan. tak percaya ko tengok seo ko :p

    kenal juga.

  5. chot
    22 Apr 08 4:17 am

    dgn berblog kita dpt mencurahkan apa yg terbuku di hati..sekurang2 nya dpt la kelegaan sikit..

  6. Megat
    22 Apr 08 7:40 am

    chot
    betul tu bro. tidak terlalu skima dan tidak terlalu santai tapi penuh dgn pengajaran :D

  7. emme
    22 Apr 08 1:56 pm

    Ya! blog adalah “senjata” zaman ini, kenapa la “kerajaan” yang memerintah lembab sangat nak sedar perkara ni?

    merugikan diri sendiri, kesian :)

  8. tahun ni .. tahun bloggers (at least in malaysia) .. sampai ada rancangan tv mengenai blog dan juga a permanet spot in a local newspaper.

  9. KNizam
    22 Apr 08 2:42 pm

    kadang2 mcm akan rasa rimas plak sebab everybody starts to talk about blog. hehe :)

  10. Megat
    23 Apr 08 9:06 am

    emme
    masa tu mereka dok ingat blog ni senjata pembangkang uhuhu

    azwan
    ya betul. menulis lah selagi anda ada idea untuk dikongsi sebagai maklumat berguna kepada orang kita ;)

    knizam
    betul cik nizam. sama macam dok lepak kedai kopi kat kampung kan!? tapi itulah hakikat yang kita terpaksa terima. masing-masing akan cuba berkata topik yang sama tapi dengan cara pengolahan mereka sendiri.

  11. afham
    23 Apr 08 9:24 am

    blog menjadi kebiasaan buat mude mudi..
    info di hujung cari…

  12. Megat
    23 Apr 08 10:01 am

    afham
    betul tu. budaya dunia moden ;)

  13. [...] terlalu banyak kat internet, serta kemunculan blog blog baru yang beratus ratus dalam sehari dengan pengaruh blog nya yang tersendiri, peluang untuk seseorang pembaca datang balik ke blog kita juga menjadi semakin [...]

  14. nk blaja blog leh lawat blog sy

  15. syam
    25 Apr 08 10:33 am

    bagi aku, blog itu adalah kanvas dan penulis boleh diibaratkan sebagai pelukisnya. Pelukis yg berbakat sudah tentu dapat melukis sebuah lukisan yang cantik dan bernilai. Penulis blog yang bijak dapat menghasilkan tulisan yang penuh dengan ilmu2 berguna untuk pembaca-pembacanya

  16. Megat
    26 Apr 08 3:06 am

    blogmenjerit
    blog yang cantik serta kemas! bagus teruskan usaha anda.

    syam
    benar seperti kita hidup di muka bumi ini juga. muka bumi ini adalah pentas dan kita sendiri adalah pelakonnya. jadi, kitalah yang mencorakkan kehidupan kita sendiri.

  17. benda ketiga yg ko quote…aku rasa penulis artikel 2 buta blog atau bias…
    antara sbb orang percaya fakta kat blog ialah sbb fungsi “comment”….berbeza ngn fakta kt brita harian atau utusan mahupun tv3 yang pembaca atau penonton xleh bg respon terhadap apa yg disampaikan…blog, kalau ko tulis pasal fitnah yg mmg memalukan sape nk percaya dan sudah tentu ramai org kutuk dalam komen…dalam akhbar, kalo penulis akbar fitnah pun nak komen kt sape??
    anyway, akhbar arus perdana mmg sucks dan bias!

  18. Megat
    27 Apr 08 6:15 am

    melayubuntu
    benar! masyarakat kita bijak membuat kesimpulan ke atas isu-isu berkenaan.

LEAVE A RESPONSE