Hari ini cuaca cerah, tidak menampakkkan tanda-tanda berlaku kejadian yang tidak diingini. Tapi ada betulnya pepatah kata orang-orang tua “langit tak selalu cerah”!

Begitu yang berlaku kepada aku, alhamdulillah tiada kejadian yang tidak diingini ketika kau memandu ke tempat kerja. Setibanya di pejabat aku terus menuju ke meja aku dan ketika itulah aku dapat rasakan semakin lama semakin mengembang. Tiba-tiba aku gelap mata ….

Sedar. Aku sudah berada di lobi pejabat dan terus dibawa ke hospital. Terus ke unit kecemasan memandangkan ia adalah kes pengsan.

Setelah di ambil darah (banyak tu!?), ambil kiraaan degupan jantung dan memasukkan air ke dalam badan aku, doktor mengesahkan yang aku terlalu stress dan kepenatan (hypertention).

Dari rentetan kejadian seperti yang ditulis di atas dan sebelum ini atas tajuk entri kerja, tekanan dan semakin keliru, aku perlu buat keputusan muktamad.

Aku tahu mungkin ramai pelawat atau pembaca tidak suka membaca perihal peribadi sebegini. Tapi disinilah tempat aku meluahkan segala yang terbuku dan mendapat sokongan dan kata-kata semangat dari kalian.

Entri-entri lain yang menarik

This post has 12 comments.

  1. farah
    23 Apr 08 12:57 pm

    salam,
    tension sampai pengsan???
    stakat ni saya tak pengsan lg,
    biarpun hnaya tdo bbrp jam tiap malam..
    mak saya selalu pesan,studylah…
    jgn pengsan sudah…
    hehe…
    get well soon…

  2. hafifi
    23 Apr 08 1:09 pm

    aku pun stress gak kebelakangan ni tapi xpernah la pengsan..aku ingat nak g wat stress test kat hukm awl bulan 5 ni..

    kadang2 perlu gak hal peribadi ditulis dlm blog cm jgn kerap sgt..:)

  3. dear megat,
    taking good care of urself..coz there will nobody else know how do u feel-mentally and physically..
    take good food..good rest.. and good sleep..
    not as in the quantity… but in quality…

    be strong.. stay calm.. sleep tight

  4. aTiQah
    23 Apr 08 3:24 pm

    Rehat cukup-cukup ya =)

  5. Megat
    24 Apr 08 4:02 am

    farah
    mungkin input terlalu banyak dan environment yang lagi menekankan. thanks!

    hafifi
    insya allah sehingga stress bertambah reda. aku akan menulis dengan lebih bermakna. thanks!

    reen
    terima kasih, saya amat menghargainya. betul hanya kita yang mengetahui mengenai diri kita sendiri.

    atiqah
    terima kasih ;)

  6. shila
    24 Apr 08 6:06 am

    En Megat..awak kena cuba jugak utk control stress tu sebaik mungkin. Pls take a good care of urself..maklumlah selain stress,punca lain pun menyumbang jugak.Pemakanan,kesihatan dalaman,rehat yg cukup & etc..Kenal pasti ur grassroot problem,then try to overcome dan capai solusi yg sesuai.Cubalah,En Megat…awak harus mula selesaikan masalah dr skrg..i just dont bear to hear any bad news again…take care!

  7. Megat
    24 Apr 08 6:17 am

    shila
    saya sedang berkeras untuk selesaikan perkara ini cik shila. it was very uncomfortable in this state. terima kasih kerana ambil berat. insya allah semua akan selesai.

  8. zool
    24 Apr 08 9:33 am

    OO.. Banyakkan berehat dan bersenam megat ooo.. Memang kadang2 keje ni bawak tekanan.. Tekanan darah aku pun kengkadang tinggi tapi selalu banyak berehat.. Okay nak balik

  9. mazudi
    24 Apr 08 4:01 pm

    hey… bukankah baru ni dah cuti dan rehat?
    Masih lagi ada saki baki stress tu agaknya. Tapi kalau dah sampai terpengsan ni, agak kritikal ni bro.

    Ada something yang belum release lagi dari tubuh badan kau tu. Take good care of urself.

  10. Megat
    26 Apr 08 2:45 am

    zool
    ada benar kata kau. aku sedang cuba usahakannya. kerana keje aku sekarang aku tak boleh ikut cara aku tapi kena totally ikut cara derang.

    mazudi
    aku tak pasti. tapi aku memang merasakan keje yang lakukan skang betul-betul buat aku stress. insya allah aku cari jalan utk kembali seperti sebelumnya. thanks!

  11. al-momok
    27 Apr 08 4:18 pm

    u need to control it.. not them to control u… tu yg salah control jd kurus tuh :))

  12. Megat
    28 Apr 08 9:23 am

    momok
    aku rasa aku faham maksud ko mok. thanks!

LEAVE A RESPONSE