Masyarakat kita sudah dapat menerima impak arus kemodenan yang semakin pantas dan canggih dalam dunia tanpa sempadan. Ini termasuk bidang baru yang semakin mendapat sambutan iaitu penulisan di blog. Maka timbul banyak persoalan dimana penulis baru ingin menulis tapi tiada bahan untuk menulis di saat berhadapan dengan komputer.

Saya tidak tahu macam mana nak cari bahan untuk jadikan entri?

Saya ingin tahu. Bagaimana mejadikan entri saya menarik!?

Persoalan begini sering timbul termasuk yang bertanya kepada aku di dalam email walaupun setelah aku ada menulis tentang penulisan beberapa kali sebelum ini. Tapi anda (penulis baru) jangan risau, aku akan cuba bantu supaya anda tidak terkontang kanting. Galakan harus diberikan kepada mereka jika kita ingin melihat penulisan di blog menjadi satu budaya!

Sebenarnya setiap topik penulisan perlukan bahan untuk dijadikan entri baru di dalam blog. Bahan-bahan inilah yang akan memberikan idea kepada penulisan anda. Tapi jangan menjadikan ia bertambah sukar kerana memaksa diri untuk keluarkan idea dan terus menulis dalam masa yang sama. Aku rasa apabila kejadian seperti ini berlaku maka semua penulis tidak akan punyai idea. Bergantung kepada keupayaan masing-masing, aku tujukan artikel ini khusus untuk penulis baru yang kurang keupayaan untuk mendapatkan bahan secara langsung.

Sebagai seorang penulis yang mementingkan hasil penulisan dan sambutan kepada penulisan. Anda perlu mencari bahan, mungkin yang bersangkut paut hasil dari pencarian maklumat anda sendiri atau huraian kepada isu-isu tertentu. Macam-macam cara yang anda boleh lakukan dalam pencarian bahan menulis, contoh paling hampir adalah dengan isu-isu semasa dan kata kunci (keyword) tertentu yang anda ingin sentuh.

Selepas anda mendapat bahan untuk menulis, langkah seterusnya anda mencatit isi-isi penting yang berkaitan dengan bahan tersebut. Garapkan atau olahkan bahan dan isi-isi maklumat tersebut dalam format yang lebih tersusun. Biasanya anda tanya sendiri kepada diri anda soalan-soalan yang berkaitan dengan bahan tersebut.

Akhirnya setelah anda selesai dengan sedikit kajian tentang bahan yang anda pilih, barulah anda boleh menulis dengan lancar dan penulisan anda bermakna!

Entri-entri lain yang menarik

This post has 34 comments.

  1. syam
    29 Apr 08 6:48 am

    mencari bahan bagi aku amat mudah. cuma bagaimana untuk mengolah bahan tersebut untuk di ceritakan sebagai satu cerita yang menarik adalah menjadi permasalahannya. sesetengah penulis, menulis ibarat ingin dipersembahkan kepada orang yang bodoh. ini bermakna mereka akn mengupas sesuatu topik dgn sgt dlm. tetapi biasanya akan menjadikan topik itu terlalu berat. sesetengah penulis, lebih suka menulis cerita dlm bentuk yg ringan.

    apa2 pn, ianya bergantung kpd penulis itu sendiri utk menggarap bolgnya. sepatutnya setiap penulis blog harus ada identity nya yg tersendiri.

  2. Megat
    29 Apr 08 7:07 am

    syam
    benar. setiap penulis perlu ada personaliti menulisnya sendiri. secara tak langsung mendedahkan identiti penulis itu sendiri.

  3. adi
    29 Apr 08 7:41 am

    dapat bahan untuk blog dalam bilik ‘Termenung ‘

    kah kah kah kah

  4. dah jadi blogger’s guru ko skrg ek..bagus2..
    kasi meriah sket…ekeke

  5. Megat
    29 Apr 08 8:21 am

    adi
    salah satu cara juga tu eheh.

    syahid
    uiks takde lah sampai macam tu sekali. hanya berkongsi ilmu belum layan dipanggil gurus :p

  6. musafir
    29 Apr 08 8:31 am

    kalau aku, time takder idea. aku jawab tag je. janji ada post. ha ha ha.

  7. Megat
    29 Apr 08 8:44 am

    musafir
    janji kemaskini eh!?

  8. musafir
    29 Apr 08 8:51 am

    a ah.thanx sudi melawat musafirmenulis ya.

  9. acai
    29 Apr 08 10:33 am

    slm bro megat, waa, bagus2 bagi tip kepada org yg memerlukan..:) aku suka betul baca bahasa ko brol, teratur dan sopan je..mesti ko nice orgnye,hehe..:) aku biasanya tulis cam bahasa pasar aku cakap,hehe…:)

  10. shila
    29 Apr 08 2:06 pm

    Erm..mmg inilah jugak dilema saya dalam meneruskan kerja-kerja kemaskini blog.Sbb seriously,otak saya dah tepu dengan isu-isu politik dan kenegaraan.Nak buat macamana kan? Dah kerja saya macam ni. ..Anyway,good tips..Thanx,en megat.. :)

  11. Salam, apa khabar kau sekarang .. bertambah baik?

    anyway, bagi aku … kalau takde bahan/idea, buat aje post pendek dan buat kerap. kalau terlalu berfikir sgt pun, tak dapat jugak …. just keep the flow going, lama-lama .. ada lah bahannya.

  12. fiza
    29 Apr 08 5:27 pm

    salam…mai jengok sini plak…

  13. Megat
    30 Apr 08 1:09 am

    acai
    slm acai. bahasa melambangkan bangsa eheh.

    shila
    kadang-kadang perlu untuk jadi seorang yang multitask. mana lah tahu mungkin kita tak kekal dengan apa yang kita ada skang ni. :D

    azwanhadzree
    tetiba aku ada bahan utk entri akan datang apabila terjumpa orang macam ko ahaks.

    fiza
    salam fiza. insyaallah saya akan kesana!

  14. asuhara
    30 Apr 08 1:13 am

    saya menyokong kata2 azwanhadree tu…
    jangan terlalu memaksa, sampaikan blog ini menjadi benda teratas senarai kepentingan rutin harian, pada saya persembahan secara santai akan buat pembacanya juga berasa santai….

    satu lagi, membina identiti itu, biarlah perlahan-lahan. Lama-lama menulis nanti akan terjumpalah identiti penulisan anda yang anda terbiasa dan sebati… itu yang saya belajar dari sensei2 blog saya!

    p/s: terima kasih en. megat!

  15. Megat
    30 Apr 08 2:23 am

    asuhara
    benar & setuju. menulis dengan lebih santai. mungkin topik di atas lebih menuju kepada mereka yang agak serius menulis dan mencari bahan yang dapat dikongsi bersama.

    p/s : terima dengan hati terbuka :D

  16. chot
    30 Apr 08 2:48 am

    aku kalau xde bahan cerita…aku hanya letak fhoto yg aku hasilkan utk di jadikan bahan cerita…hehe

  17. Megat
    30 Apr 08 3:26 am

    chot
    itulah kelebihan bermain dengan kamera. secara tak langsung gambar itu sendiri membawa seribu makna eheh.

  18. zool
    30 Apr 08 4:47 am

    si chot takpe lah .. kamera profesional…
    menulis ni kena jujur baru best.. kalau banyak sangat plagiat tak seronok.

  19. Megat
    30 Apr 08 6:41 am

    zool
    suka dengan perkataan plagiat tu. benar. kalau ramai sangat plagiat memang tak seronok. rasa macam ramai yang tertipu kan!?

  20. azam
    30 Apr 08 8:18 am

    Yup setuju dengan tuan, namun kengkadang sebagai pemblog yang baru bertatih mungkin masih mencari imej yang sesuai untuk penulisan mereka sesuai dengan diri dan kebolehan diri

  21. Megat
    30 Apr 08 10:13 am

    azam
    benar. ambil masa dan peluang untuk mengasah bakat dan skill individu itu sendiri. jangan terlalu ikut kata orang lain. jadilah diri sendiri ;)

  22. menteil
    30 Apr 08 12:30 pm

    aku penulis baru perlu jadikan ini sebagai tips..
    thanks…

    aku selalu dapat idea bila berada di luar..
    jadi supaya tanak luper aku simpan note dalam handset..
    hehe..

  23. To be frank… aku tak punya bakat menulis, blogku irit dengan kata2. Dan aku merasa isi tulisanku tak bagus, jadi ku-isi saja blogku dengan foto2. Semoga setelah baca tips dari tuan megat, aku jadi cakap menulis… :)

  24. Kat Beras Terpilih pun boleh cari bahan.

  25. ejon
    30 Apr 08 10:10 pm

    tiada bahan tulis blog?

    tipsnya:

    title: bz
    content: bz tak dpt nak update

    itu la tip yg paling bernas.. ahah

  26. en me
    30 Apr 08 11:36 pm

    blog hanyalah wadah untuk kita insaf dgn kelemahan n kekurangan diri me yg ini..

  27. lori
    01 May 08 11:52 am

    kebanyakkan idea nak menulis aku datang mase tengah bekerja.jadi tak sempat nak note apa2..

    menulis untuk mempersembahkan kepada pembaca?
    tulis sahaja apa yang datang dari hati…jujur dan ikhlas ( walaupun ia hasil dari copy paste)

  28. kriesz
    02 May 08 6:26 am

    salam..wat kunjungan balas kt tuan rumah..sorie lambat..kaki rosak lak..:D

  29. hafifi
    02 May 08 7:09 am

    artikel yang menarik bro..sgt berguna untuk orang baru cam aku ni..

  30. sumber nak dapatkan entri tu banyak..depenla pada si penulis tu dgn satu kata kunci yg aku slalu pegang..nak seribu daya taknak seribu dalih :)

  31. zool
    05 May 08 4:28 am

    syamsulariff salah satu contohnya.. dia penuh dengan idea.. siap jadi penulis upahan kat beberapa blog.. Hebat2…

  32. Megat
    05 May 08 6:40 am

    menteil
    salah satu cara yang menarik juga tu ;)

    silent reverie
    itu adalah permulaan. mungkin setelah banyak research, akan datang punyai bakat yang diasah secara semulajadi.

    hasbullah
    yap sudah pasti. biasakan diri dengan menulis tentang review dan pendapat.

    ejon
    hari-hari ke update camtu ejon!? eheh

    en me
    benar! aku setuju. apabila kita singkap kembali arkib (entri lepas), kita melihat sejauh mana persembahan kita.

    lori
    itu yang sebaiknya. jiwa & blog bersatu!

    kriesz
    salam juga.

    hafifi
    bersama-sama kita kongsi apa yang kita tahu. harapan semoga makin bertambah orang kita memblog.

    syamsul
    betul, aku setuju. sumber banyak, mungkin yang menjadi penulisan terbatas apabila penulis tidak tahu mengolahkan penulisannya.

    zool
    aku pun perasaan. dia memang penulis hebat!

  33. zool - ish kau nie..gua bukan penulis upahan..huhu..gua buat sukarela je :)

  34. kita
    06 May 08 1:18 am

    btul kata megat..kadang-kadang kli kita terlalu memaksa diri untuk mencari idea ia akan membuatkan kita tertekan..so just relax

LEAVE A RESPONSE