Archive for May 2008

Kasihan melihat kejadian sebegini berlaku ke atas orang kita. Taktik terbaru sindiket dadah ini terlalu bahaya dan licik sehingga menyebabkan orang lain yang tidak berdosa malah tidak tahu apa-apa tentangnya teraniaya!

Bangsat! Perkataan yang layak untuk mereka mempergunakan kesusahan orang lain atas kepentingan diri sendiri. Berita-berita yang disiarkan satu demi satu seolah-olah memberitahu bahawa perkara ini menjadi semakin serius dan parah. Lebih malang apabila mereka yang teraniaya terlibat dalam kes antarabangsa!

Orang kita pula satu perangai juga, mudah terpedaya dan dipengaruhi dengan janji-janji manis. Dah terkena pada batang hidung sendiri, baru nak gelabah. Kes terbaru melibatkan seorang wanita yang sudah bersuami dan cacat tulang belakangnya.

Apa yang telah berlaku? Aku tak nak ungkai topologi-topologii kejadian aniaya seperti ini disini tetapi apa yang aku titik beratkan adalah dimana mentaliti orang kita masih terikat dengan janji-janji manis dan kemewahan. Pantang dijanjikan dengan hadiah mewah, terus buat keputusan untuk menerimanya.

Anda perlu ingat dalam dunia moden sekarang ini, dunia dipenuhi orang-orang yang terdesak dengan hidup mereka. Mereka sanggup lakukan apa sahaja demi kepentingan mereka sendiri. Jangan kata di peringkat antarabangsa malah di peringkat kebangsaan pun sama. Macam-macam wayang dan taktik mereka gunakan untuk mendapatkan sesuatu untuk mereka sendiri.

Puncanya!? Bodoh sombong! Itulah isu yang sebenarnya yang aku hendak sampaikan disini apabila mereka terlibat dengan kes sebegini. Tak perlu kita salahkan sindiket tersebut sahaja tetapi tanya diri sendiri dimana tahap kesedaran dan penerimaan tentang sesuatu perkara.

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya

Padahal perumpamaan seperti ini telah menjadi budaya kita sejak dari generasi ke generasi. Tetapi atas sikap tamak sendiri maka anda terjerumus dalam hal-hal parah seperti ini.

“Mak, nak ayam goreng tu” pinta anak kepada ibunya.

“Kepala hotak kau, ko ingat aku cop duit ker!?” herdik ibu kepada anak tersebut.

Situasi di atas berlaku di salah sebuah pusat beli belah di Masai. Ketika ini aku sedang melayan wifi di satu sudut. Kebetulan ada restoran makanan segera berhadapan dengan medan selera tempat aku duduk. Melihat perkara tersebut berlaku depan alangkah aku terasa jengkel.

Mungkin perkara seperti tidak berlaku kepada semua orang tetapi ianya memberi kesan yang amat dalam kepada si anak tersebut. Dimana letaknya psikologi sebagai ibu bapa kepada anak-anak seperti ini!? Tidakkah mereka terfikir masa depan anak-anak mereka!? Atau yang peling jelas tiada perasaankah mereka!?

Gejala seperti ini adalah antara kesan psikologi yang anak-anak bakal terima sehingga dewasa. Ia akan menjadi titik-titik hitam yang bersarang dalam hati mereka menjadikan anak-anak ini membesar dalam keadaan yang diluar jangkaan. Untuk kesan jangka panjang jika ia berlaku berulang kali maka mereka membesar sebagai seorang yang tidak sihat minda dan hatinya.

“Sabar sayang, nanti mak ada duit banyak kita pergi eh!?”

Alangkah eloknya jika ibu kepada anak tersebut berkata demikian atau tutur bicara yang lebih sopan yang lain. Ini adalah penting untuk psikologi anak-anak untuk jangkamasa panjang.

Manusia di zaman sekarang, semakin lama semakin berada dalam keadaan tertekan sehinggakan perkara seperti ini semakin di pandang remeh. Oleh kerana itu, tercipta manusia yang tiada kualiti di masa akan datang! Manusia yang penuh dengan sifat dendam, yang penuh dengan hasad dengki, yang penuh dengan sikap tamak dan sebagainya.

Lu fikirlah sendiri (bak kata juara raja lawak 2, Nabil). Ingatlah dalam proses pembesaran seseorang manusia tiada proses ulangan. Usia manusia semakin meningkat setiap hari dan sepatutnya mereka patut belajar perkara yang lebih berfaedah dan dijana dengan baik psikologinya.

Jadilah manusia yang berotak dan punyai akal, bukan hanya punyai otak tapi tidak menggunakannya.

Alhamdulillah hidup aku bertambah tenang dan aku sentiasa belajar untuk mengawal stress atau tekanan. Semuanya terasa damai dan aku telah bentuk dunia baru aku sendiri. Siapa lagi yang hendak ubah diri anda kecuali anda sendiri yang bertindak!

Sejak aku memiliki Megpy yang dijana oleh sistem operasi berlandaskan linux Ubuntu 8.04 (hardy heron), dunia dalam talian aku menjadi mudah dan sentiasa di kemaskinikan dengan berita baru dan terkini. Cuma sekarang ini aku masih mengharapkan talian tanpa wayar di pejabat mahupun di tempat awam seperti di restoran-restoran. Mungkin bulan depan aku akan dapatkan khidmat celcom broadband!

Dalam kesempatan yang ada aku cuba mencipta tema blog aku dengan hasil kreativiti sendiri yang  diberi nama Akubuntu Ver 1.0 (baru belajar sebenarnya uhuhu). Sebenarnya tema baru ini banyak dipengaruhi oleh OS yang aku guna sekarang ini. Apa pendapat korang!!?? Aku mengharapkan komen yang membina untuk peningkatan tarag pengetahuan aku dalam pembinaan tema wordpress ini.

Alhamdulillah sekarang ini pun banyak projek-projek luar talian (offline) yang datang kepada aku. Dan aku sentiasa mengharapkan rezeki aku dimurahkan dan diberkati-NYA.

Terima kasih kepada rakan-rakan yang membantu!

Nampaknya isu pulau batu putih menjadi isu hangat ketika ini. Walaupun keputusannya pemilikan sudah diputuskan oleh mahkamah antarabangsa, orang kita masih persoalkan tentangnya. Antara isu yang menjadi pertikaian mereka adalah tentang perjanjian pertama yang dilakukan pada zaman kesultanan melayu.

Perjanjian tersebut mengatakan pemerintah ketika itu yang membenarkan Singapura  menjaga Pulau Batu Putih. Kesilapan dari pemerintah ketika itu, mungkin pada ketika itu tidak terfikir boleh sampai ke tahap isu negara yang terjadi ketika ini.

Pada aku, isu ini tak perlu dipertikaikan lagi kerana surat perjanjian yang berlaku pada zaman kesultanan melayu ketika itu menjadi barang bukti utama. Secara tak langsung Singapura mendapat kedudukan selesa untuk terus memiliki kuasa penuh ke atas pulau tersebut.

Moral dari sini adalah pentingnya sesuatu keputusan dibuat dengan berfikir panjang dan mengaitkan isu-isu berbangkit.

p/s : tahniah kepada Cikgu Linda kerana telah memiliki blog berbayar anda! Semoga dunia blog di Malaysia bertambah meriah dan rakan-rakan dapat berkongsi maklumat berguna disana.

Dalam keadaan negara kita bergolak dengan suasana politik yang agak mencemaskan dan permainan politik yang semakin tidak keruan, aku sering tergambarkan perkara yang tidak melambangkan budaya yang sopan  selama ini diwarisi dari generasi terdahulu.

Apa yang perlu dipersoalkan adalah sejauh mana kita sanggup melakukan sesuatu untuk negara! Banyak yang mempersoalkan tentang sesuatu isu yang bagi aku tidak sepatutnya timbul. Negara kita ada rukun iaitu Rukun Negara. Segala perkara yang perlu dititikberatkan sudah termaktub dalam rukun tersebut. Cuma kita perlu rungkaikan untuk perlaksanaan dan meneruskan pewarisan kepada generasi akan datang. Atau anda sudah lupa akan Rukun Negara kita!?

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

KELUHURAN PERLEMBAGAAN

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Aku rasa rukun negara kita seperti yang aku tulisa diatas telah merangkap asas kepada kestabilan negara.  Aku tak perlu huraikan dibawah setiap rukun tersebut, anda lebih bijak untuk terjemahkannya.

Aku bukan nak huraikan permasalahan dalam politik negara semata-mata, tapi ia berkaitan dengan perangai orang kita dan percayalah atas kealpaan mereka pasti akan ada perkara buruk berlaku. Apa tidak cukupkah keselesaan yang anda miliki sekarang!? Atau anda megharapkan keselesaan anda perlu ditambah dengan melakukan beberapa perkara yang di luar jangkaan!?

Maaf aku agak sensitif sekarang ini. Bukan berkenaan politik tapi apabila telinga aku terdengar orang mempermainkan isu agama dan kerajaan negara kita!