Akhirnya aku berjaya memiliki sebuah komputer riba yang masa yang sama tertunailah antara senarai ingin miliki aku yang pertama untuk azam tahun 2008. Malah aku dapat beli 2 buah komputer riba yang salah satunya bakal aku hadiahkan kepada bapa aku. Alhamdulillah.

Komputer riba yang baru aku miliki telah aku berikan nama panggilan manja iaitu Megpy (eheh). Megpy bakal menemani aku kemana sahaja berbekalkan beberapa akses yang aku boleh dapat melaluinya seperti khidmat dalam talian tanpa wayar (Wi-Fi).

Megpy telah dijana dengan dua sistem operasi, Windows XP Profesional (diturun taraf dari Windows Vista Home Premium) dan Ubuntu 8.04 (sumber terbuka). Aku memasang dual boot OS kerana aku rasa aku belum betul-betul boleh komited dengan Ubuntu dan ada beberapa perisian yang masih tiada ganti di Ubuntu.

Sejak aku kenali ubuntu, aku amat tertarik dan perasaan aku membuak-buak untuk mengenalinya lebih dekat (ketika itu masih versi 6.xx). Tapi masih terbatas kerana tiada platform untuk memasangnya. Kini aku telah memiliki platform nya dan lebih berani kerana adanya Sifu Syahid (terima kasih syahid!) yang membantu dan berkongsi maklumat-maklumat yang berkait dengan sistem operasi sumber terbuka tersebut.

Selepas ini bolehlah aku meneruskan projek-projek dalam talian yang tergendala dan dapat sentiasa kemaskini blog yang aku anggap seperti rumah aku!

Entri-entri lain yang menarik

Tags: , ,

This post has 22 comments.

  1. al-momok
    14 May 08 8:48 am

    dok megpy ko bli brp? xde lg ker murah² hehehe

  2. wah wah wah..
    tahniah2..

    mane gambo megpy nyer..??hehe..

  3. shila
    14 May 08 2:29 pm

    tahniahlah,en megat..dah tercapai lagi satu azam sebelum mencecah ke pertengahan 2008…saya pun teringin nak tengok gambar megpy,teman kesayangan en megat tu…he he

  4. fajar
    14 May 08 7:28 pm

    wah, megpy tu. tahun 2008 ini, banyak pula barang idaman yang ingin dibeli. cuma, duit saja yang perlu disedia.
    :)

  5. huhuhu..congrates dapat megpy…
    lappie reen dah barai… lom berganti..
    prefer using my desktop…

    mana gambo megpy? nak nenok..:D

  6. syam
    15 May 08 12:38 am

    pergh..psksi lsppy br tu. dasat2. aku punya la berazam nk pakai lappy VIAO. ntah bile nk dpt. cume skp pakai VAIO boss gue. keh keh keh….

  7. Megat
    16 May 08 2:55 am

    momok
    Megpy tau bukan mac book. nanti kita jumpa ;)

    syahid
    megpy ni pemalu wakaka.

    shila
    insya allah mungkin suatu hari nnt.

    fajar
    perlu ada kekuatan utk merancang sesuatu supaya menjadi kenyataan :D

    reen
    terima kasih. tunggu dptkan kamera baru dpt tgk megpy eheh.

    syam
    ohoho orang kaya je pakai VAIO tu. aku tak nak terlalu membazir. tujuan aku lebih kepada koding dan blog. sbb tu aku guna OS ubuntu.

  8. chot
    17 May 08 5:44 am

    Alhamdulillah…rezeki tempat kerja baru.

  9. Sama seperti saya… Saya mengenali Ubuntu sewaktu form 5 dan distribusi Breezy Badger 5.10 adalah versi ubuntu yang pertama saya gunakan… Pada waktu itu saya masih tidak nampak kepentingan dan cra menggunakannya juga saya rasa terlalu sukar… tetapi Alhamdullillah akhirnya saya sedar akan kepentingan dan kelebihan sumber terbuka… dan saya mula memahami cara bekerja pada platform Ubuntu ni… Perasaan ingin terus belajar semakin membuak-buak…

  10. suzana
    17 May 08 1:52 pm

    salam..sory xde kena mengena dgn laptop.brhujan dgn air aircon dlm bus, ingat lgi x..baru dpt jenguk2 blog ni..

  11. Megat
    17 May 08 2:03 pm

    chot
    alhamdulillah. akan datang kamera SLR pula eheh

    beyta
    alhamdulillah. semakin lama semakin ramai yg sedar akan kepentingan penggunaan sumber terbuka ini. blh tunjuk ajar!?

    sue
    sentiasa segar di dalam ingatan.

  12. titan
    18 May 08 8:05 am

    waa.dasat tu. Laptop baru..

  13. Megat
    18 May 08 2:53 pm

    titan
    alhamdulillah murah rezeki

  14. hehe.. aku dah fikir Mac Pro tadi.. =) tahniah atas laptop baru.. lebih ni menulis blog akan jaid lebih mobile ye tak?

  15. Megat
    20 May 08 12:17 am

    mael
    memula camtu tp aku batalkan niat psl dpt 2 buah (1 utk bapa aku). terima kasih. insya allah aku akan sentiasa update blog ;)

  16. asuhara
    20 May 08 12:30 am

    wah! ingat saya jek yg letak nama kat komputer riba saya…ehehhehe en.megat ponnnn! komputer power plak tuuu…

    apapun, tahniah, dah boleh pangkah 1 nombor pada senarai azam tu…

    selamat BERJUANG dgn megpy!

  17. Megat
    20 May 08 12:52 am

    asuhara
    benda yang saya sayang biasanya saya akan bagi nama khas. terima kasih. insya allah

  18. [...] Megpy & Ubuntu [...]

  19. [...] sekarang Megpy sudah punyai teman untuk diusung kesana kemari. Dapat bersama-sama kemana sahaja selagi Megpy [...]

  20. [...] berkaitan untuk memudahkan aktiviti menulis aku. Gambar yang ditunjukkan adalah antaranya iaitu komputer riba yang aku namakan Megpy, celcom broadband Voddy dan sistem operasi [...]

  21. ikoko
    17 Jun 08 8:10 am

    sejak akhir-akhir ni, ubuntu buat aku selalu buntu..

    hang je …

    mungkin 10G yang aku peruntukkan untuk perisian terbuka ubuntu tidak cukup…

    herm..

    haha.. tetiba rasa nak uninstall ubuntu.. bley tak? :P

  22. Megat
    17 Jun 08 8:19 am

    azlina - apa lagi install jer. sy rasa lina boleh lakukan memandangkan lina selalu explore mengenainya. ianya lebih mudah dan selamat. sy sendiri sudah menggunakan secara permanent

LEAVE A RESPONSE