Apa Pendapat Kau, Iklan Haram Di Nuffnang!?

Terkesima seketika apabila bertandang ke blog saudara Arjuna dan membaca entri terkini dari beliau.

Aku mungkin tak pernah lihat iklan tersebut memandangkan saiz kotak iklan yang terpampang di blog aku merupakan saiz besar (header) dan sederhana (content).

Imej yang dapat terpampang adalah dari iklan bersaiz k kolum tepi (sidebar).

Pasti kau tahu apa hukumnya secara sengaja membiarkan perkara seperti ini terjadi. Apa pendapat kau semua? Atau aku orang paling akhir yang mengetahui akan kewujudan iklan tersebut?

Bagaimana pula hasil pendapatan dari hasil pengiklanan iklan tersebut!?

Aku tak pasti sama ada kau semua setuju atau tidak tetapi ianya memang agak mengelirukan tatkala mencari sedikit pendapatan tambahan hasil dari penulisan di blog.

Jika ini berterusan mungkin akan berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini seperti Nuffnang akan kehilangan lebih ramai pengiklan di blog.

*kemaskini atas sebab-sebab tertentu.

Technorati Tags: , ,

Kau suka membaca entri di blog ini? Terus menikmati dan menerima kemaskini artikel-artikel menarik dengan melanggan RSS ini!

Entri-entri lain yang menarik

63 Responses to “Apa Pendapat Kau, Iklan Haram Di Nuffnang!?”

  1. negaraku.net kata :

    Apa Pendapat Kau, Iklan Haram Di Nuffnang!? | MEGAT…

    Aku rasa selama aku menayang iklan-iklan dari Nuffnang tidak pula ada iklan-iklan yang boleh membangkitkan sensitiviti kaum islam….

  2. afham kata :

    ak pernah terpikir mende nie daripada berlaku..
    sure ak buang duit nie jauh2.. :D

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    ternyata ianya sudah berlaku huhu.
    alahai suatu tarikan yang akhirnya memerangkap.

    kenalah cari cara lain pula klu nak buat duit dari blog.

    [Balas Komen]

  3. WilBright kata :

    Why would anyone make an issue out of this matter? How does an ad for Guinness “membangkitkan sensitiviti kaum Islam”? The ads are obviously not directed at the Muslim community. Paling-paling pun if you are not comfortable with portraying alcohol ads on your blog because it involves you promoting alcohol to your readers, you could politely suggest to Nuffnang that they come up with a filter for their Muslim users so you don’t get these type of ads or simply take down the ad. Or better yet, leave religion out of the matter and suggest to Nuffnang to provide a feature where you can disable certain ads that you may not want to associate with. I as a non-Muslim may not agree to drinking alcohol and may not want to promote it to my readers too.

    I don’t get why your post has to portray Nuffnang in a bad light and even going to the extent of being a bit threatening. It’s like Nuffnang is forcing you to promote alcohol.

    Be a bit cool headed my friend. Arjuna was much more tactful in his response to the matter.

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    i’m not intend to make this as issue but more likely want to sharing the opinion with other blogger.

    that why, there is question mark at the title above.

    if i’m wrong, i apologize as i’m not to take this matter any longer and for that i already changed the some facts that might be confused.

    thanks for the comment ;)

    [Balas Komen]

    NoktahHitam Reply:

    Megat has probably changed this post. Too bad I missed it.

    Anyway, in light of defending the muslim community, I shall reply you Wil.

    While race is touted the hottest issue in Malaysia, religion is a league higher. When it comes to being haram, it is unquestionable and definitive. Therefor it does not matter what non-muslim ‘thinks’, they just have to respect this, whether they like it or not.

    Nuffnang should have a filter mechanism for gambling, alco & sex.

    National TV and Astro doesnt have alco ads, ever ask why?

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    that’s it how i want to make explaination to them but somehow i have no idea to give more than that.

    sometime there no point to drag any issue if the messenges not deliver wisely.

    thanks NH for the futher explaination. very appreciate it.

    [Balas Komen]

    pakdi Reply:

    in islam, advertising any type of liquor is haram. the status is the same if you drink it.

    it is stated in authenthic hadith of prophet muhammad saw.

    [Balas Komen]

  4. emptyspace kata :

    gambar ape tu? aku tak nampak la.. maklumlah ofis aku ni dah blocking banyak url

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    uiks gambar iklan arak.

    [Balas Komen]

  5. mrkay kata :

    aku speechless.. tak tau nak ckp mcm mana ni sekarang.. aku tak penah dpt iklan mcm ni.. sbb kempen utk Happy-o-meter ada lagi beberapa minggu.. tapi aku rasa sepatutnya nuffnang beri pilihan pada pengiklan mcm yg dilakukan advertlets.. pilih sama ada nak iklan berunsur “dewasa” atau tidak.. tak boleh diam je.. kena hantar email pada nuffnang.. kalo tak dilayan, anta petition.. langkah terakhir, boikot nuffnang.. tp kite kene guna cara diplomasi dulu.. bincang elok2.. :)

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    ya diplomasi penting.
    susah sangat pun buang iklan tu huhu.

    [Balas Komen]

    mrkay Reply:

    buang tuh langkah akhir la mcm kata aku.. lepas semua rundingan tak berjaya, kite buang ramai2.. boikot tros..

    Entri terakhir mrkay yang dikemaskini : Malang Nasib ku…

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    kena ada diskusi dengan pihak nuffnang. mungkin perlu ada filter!

    [Balas Komen]

  6. Nazri :// Mysight - What I See is What You Get » Blog Archive » iklan arak di web dan halal haram kerja multimedia kata :

    [...] tiba tiba wujud isu ‘arak di web’ rujuk blog post ini. aku hinggap kat blog tu melalui megat, rakan twitter. selepas membaca kedua-dua post tersebut, terus aku login account nuffnang aku untuk [...]

  7. Adry kata :

    Uiks.. terkejut aku… ada ker iklan macam ni?? huhuhu

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    gambar tu buktinya.
    mungkin perlukan trafik yg tinggi utk dptkan iklan tu.

    [Balas Komen]

  8. rasso kata :

    Hari tu kawan aku ada dihantar oleh pihak Nuffnang; Lazimnya mereka akan request permission kat publisher blog tu… just reply jer tak nak publish iklan yang berkaitan arak… pihak nuffnang akan terima.

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    ooo macam tu. bagus juga aku adakan entri ni, klu tak masing-masing tak akan tahu.
    klu macam tu ok la kot.

    [Balas Komen]

  9. joe kata :

    aku pon terpikir gak kalau iklan haram ni jadi Global CPC ads. Sebab dalam iluvislam pn ade letak nuffnang ads jugak. Mungkin nuffnang patut sediakan filter

    Entri terakhir joe yang dikemaskini : My Lecturer 0wn3d me

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    yalah klu kat iluvislam mahu terkejut para pembaca huhu.
    harap ada solusi berkenaan iklan tersebut.

    [Balas Komen]

  10. |1f34|-|1r3 kata :

    hmmm..tuh la…xsilap aku diorang akan request dulu kalau ada iklan2 sensitif camnii..xpernah lak aku jumpa iklan arak kat nuffnang ni..huhuhuhuhu~~

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    aku hanya keliru saja sebab aku tak pernah tengok.
    tapi bila ada entri macam ni, skang baru aku tahu.

    lagi pun klu lihat pada gambar tu, ia berlaku pada iklan bersaiz kecil eheh.

    [Balas Komen]

    syuxx Reply:

    a’aah, betul tu.
    nuffnang memang email dulu sebelum advertise alcoholic based ads.
    diorang takkan suka hati saja dalam perkara2 sensitive macam ni.

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    alhamdulillah at least aku tahu sesuatu tentangnya dan secara tak langsung entri ini menyedarkan ramai pihak. mungkin ada antara mereka yang tidak tahu.

    terima kasih bro.

    [Balas Komen]

  11. topo kata :

    kt blog aku pnah ade ads ni… buffered earning…. dia rotate ads… tp report pada nuffnang… direct email pada timothy.. pastu dia terus buang ads tu .. dengan earning2 skali dia buang… sempat ada 1 hari je ads tu…

    sepatutnya dia ada bg confirmation email… kalao tak nak ads ni.. reply emal dia.. aku ada nampak beberapa blog tunjukkan email yg diorg dapat.. tp ade gak yg xdapat….

    ko ade status gliteratti x?? try la submit post ni kat innit…. tengok apa respon diorang..

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    setakat ni aku pun tak pernah terima iklan macam tu.
    tapi kalau boleh dielakkan lah.

    aku baru tgk trafik kat nuffnang, tinggi dan diluar jangkaan!

    yup aku berstatus gliteratti. nnt aku cuba submit kt sana, nak tahu juga pendapat nuffnanger.

    [Balas Komen]

  12. Fariz kata :

    Assalamulaikum..

    Saya Fariz dari Nuffnang,

    Di sini saya ingin menerangkan proses bagaimana nuffnang HANYA memaparkan iklan alkohol HANYA SETELAH mendapat kebenaran pemilik blog dan pemilik-pemilik blog ini adalah bukan beragama Islam.

    Kami faham isu sensitiviti alkohol, maka nuffnang melakukan tapisan yang ketat sebelum menyiarkan iklan alcohol.

    Iklan alcohol adalah selective untuk blog-blog tertentu sahaja. Iklan alkohol tidak berbentuk network wide.

    Proses Pertama, Nuffnang TIDAK akan memilih blog yang profile pemiliknya berdaftar sebagai muslim (ini dilakukan pada http://www.nuffnang.com.my/blogger/change-profile > Religion)

    Proses Keduanya, kami pihak nuffnang akan menghantar notification emails (sebelum iklan dipaparkan) kepada pemilik blog yang isinya menyatakan Iklan alkohol akan dipaparkan, dan tempoh waktu ia akan dipaparkan. Pemilik blog yang tidak bersetuju untuk memaparkan iklan alkohol boleh membalas email menyatakan ketidak setujuannya.

    Proses ketiganya, Blog yang terpilih dan bersetuju memaparkan iklan alkohol, Earningnya akan menunjukkan breakdown iklan tersebut, jumlah klik dan analitiknya.

    Tiada iklan alkohol dari nuffnang yang akan datang secara TIBA-TIBA untuk mana2 blog. Blog tersebut dipilih, dihantar notification email, dan bersetuju.

    Saya harap untuk telah menjelaskan kesulitan.

    Jika ade kesulitan lanjut boleh lah menghubungi kami pihak nuffnang.

    Terima kasih, Selamat berpuasa semua!

    :)

    Fariz@nuffnang.com

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    wa’alaikumsalam fariz,

    alhamdulillah ternyata Nuffnang punyai cara tersendiri untuk menerima pelanggan dari sudut keagamaan dan sensitiviti dari sudut agama.

    langsung masalah ini sudah pun terjawab dan ternyata ianya tidak seperti dalam jangkauan saya.

    terima kasih atas penerangan ini, bukan bermaksud untuk bertindak buruk tapi cuba untuk menghuraikan kekeliruan yang sedia ada.

    selamat berpuasa fariz ;)

    [Balas Komen]

  13. pening kata :

    Betul Megat. Apa kata kau raisekan issue ini kepada pihak nuffnang. I will be behind you.

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    alhamdulillah fariz dari nuffnang sudah perjelaskan kesemuanya. rasanya tak perlu dipanjangkan memandangkan saudara fariz sudah menerangkan langkah-langkah yang di ambil dari pihaknya.

    terima kasih kerana sudi membantu.

    [Balas Komen]

  14. pening kata :

    Aku juga nampak iklan ni di blog orang nonmuslim.

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    mungkin itu antara langkah-langkah yang termaktub dalam peraturan di nuffnang.

    [Balas Komen]

  15. Fariz kata :

    Assalamulakum..

    Saya Fariz dari nuffnang ingin menyambung penjelasan.

    Dalam kekhuatiran terdapatnya sebarang “accidental case” yang tidak disengajakan dimana Blog yang pemiliknya beragama Islam memaparkan iklan Alkohol, kami pertamanya;

    Ingin memohon maaf jika ini pernah berlaku.

    Keduanya, kami berterima kasih atas entry post di blog ini.

    Atas cadangan dari reaksi bloggers muslim, nuffnang akan menyediakan option “on/off” untuk iklan alkohol sebagai 2nd filter setelah Blogger Profile > Religion (yang ini adalah 1st filter kami).

    Di harap dengan adanya 2nd filter ini, accidental case dapat diselesaikan dengan lebih efisyen.

    Dan sekiranya masih ade kes-kes accidental yang kecil bilangannya kami kira (accidental disini bermaksud bloggers tidak menyatakan Islam sebagai agamanya di profilenya, dan jika setelah 2nd filter dibina, bloggers secara tidak sengaja memilih ON) pihak nuffnang boleh dihubungi.

    Earning dari iklan alkohol yang dipaparkan secara accidental akan ditolak.

    Terima kasih sekali lagi atas entri ini.

    Kami berharap untuk telah berkerjasama dalam sensitiviti iklan alkohol ini.

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    wa’alakumsalam fariz,

    insya allah saya akan panjangkan kembali isu ini untuk disebarkan kepada rakan-rakan blog yang lain.

    langkah ini sesuai untuk tidak berlakunya kekeliruan pada masa akan datang.insya allah mereka akan sedia maklum tentang perkara ini.

    terima kasih atas usaha dari pihak nuffnang untuk selesaikan perkara ini dan suka saya ingatkan bahawa tindakbalas dari pihak anda cukup memberangsangkan!

    [Balas Komen]

  16. iEn kata :

    pernah nampak gark iklan arak tu. tapi, cuma berpada-pada lah kita sebagai Islam, kita tau apa yg halal dan haram.. macam tu gark bila masuk shopping kompleks yg rata2nya banyak kedai2 jual arak, tapi sebagai Islam, kita tahu yg kita takkan melangkah masuk.

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    betul tue. dan alhamdulillah semuanya sudah diperjelaskan.

    [Balas Komen]

  17. KNizam kata :

    ni kena bagitahu nuffnang neh. kena exclude kan iklan2 camni. hehe
    karang tak berkat plak. ahaks.

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    alhamdulillah saudara fariz sudah perjelaskan.

    [Balas Komen]

  18. zen kata :

    dah ada penjelasan dr nuffnang kat blog arjuna tuh. tak menjadi isu sekiranya menda nih boleh ditapis dr keluar dlm blog muslim

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    alhamdulillah isu sudah selesai, selebihnya kita sendiri kena update profile di nuffnang.

    [Balas Komen]

  19. NoktahHitam kata :

    Uish.. nampak sedap je kopi ais tu. Eh teh o ais la. Oh no! It’s alcohol.

    Sadly we have yet to have an ad network free from this obliterate ads. Too bad my friend. At least Advertlet has it’s filter. Change ad network bro!

    [Balas Komen]

    aeropama dot com Reply:

    that’s why i changed to advertlets beb… lagipun aku masih bereksperimen dgn cara iklan sebegini…

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    rasanya aku lebih selesa dengan nuffnang dan telah mendapat bayaran beberapa kali berbanding iklan lain.

    alhamdulillah telah terjawab semuanya di atas oleh saudara fariz.

    [Balas Komen]

    azwan Reply:

    aku pun lebih selesa dengan nuffnang, dan aku baru aje selesai tukar setting kat profile… and sambil tu .. earnings dah banyak :) … tunggu lepas raya lah baru cash out

    Entri terakhir azwan yang dikemaskini : Char Kueh Teow

    [Balas Komen]

  20. pening kata :

    Adsense ada module untuk exclude ads tertentu.

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    mungkin ada cara tertentu yang diambil.

    [Balas Komen]

  21. nuaeman kata :

    Tak pernah nampak pulak iklan ni.. tetapi amat-amatlah tak bersesuaian bila iklan camni tiba-tiba muncul pulak pada blog-blog yang berunsurkan islamik atau motivasi berteraskan Islam. Yang pasti ia akan muncul pada blog-blog yang pemiliknya beragama islam.. emm memang kena buat sesuatu!

    Entri terakhir nuaeman yang dikemaskini : Rezeki Ramadhan

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    benar jika ada ketirisan berlaku dan terkena kepada kalangan kita islam, ianya amat menyedihkan.

    alhamdulillah semunya sudah selesai terjawab.

    [Balas Komen]

  22. MK kata :

    Satu-satunya sebab aku tak letak iklan Advertlets atau Nuffnang kat website aku adalah, kerana kita tak boleh kawal iklan yang keluar kat website kita.

    Macam mana kalau keluar gambar perempuan tak bertudung? Perempuan tak bertudung tu dah berdosa, orang yang tengok berdosa. Aku tau ini mungkin perkara hari-hari yang remeh kita alami setiap hari, aku sendiri pun takde la baik sangat sampai nak menundukkan pandangan setiap kali nampak perempuan tak bertudung. Tak sampai tahap tu lagi.

    Cuma aku tak nak duit yang aku dapat asalnya dari perkara yang berdosa. Itu pendapat peribadi aku je la, aku sendiri pun tak tahu hukum betulnya macam mana. Cuma aku sendiri ragu-ragu, jadi aku tak letak langsung.

    Just my two cents.

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    faham bro. kita perlu berwaspada juga, apa yang aku nak sampaikan adalah sebagai wakil kepada orang islam.

    ya lah siapa tahu apa yang bakal terjadi sekurang-kurangnya ada penerangan atau langkah-langkah tertentu yang diambil.

    [Balas Komen]

  23. Kujie kata :

    tak pernah dpt iklan mcm ni..tapi..erk..sejujurnya saya jarang perati iklan apa yg blog..tetapi selalunya nuffnang akan hantar email untuk beritahu iklan² apa yang akan dipaparkan.

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    saya pun tak pernah lihat iklan tersebut di blog saya ni kak tapi kita ada tanggungjawab untuk menyebarkan sesuatu yang tak betul dari sudut agama.

    alhamdulillah semuanya sudah terjawab.

    [Balas Komen]

  24. Iklan Haram Di Nuffnag, Akhirnya Sudah Terjawab! | MEGAT kata :

    [...] dari nuffnang sendiri iaitu saudara Faris telah memberikan ulasan lanjut mengenainya secara langsung di ruangan komen pada topik sebelumnya. Ruang tersebut telah digunakan sebaik mungkin oleh beliau untuk menjelaskan langkah-langkah yang [...]

  25. titan kata :

    blog aku tak penah masuk iklan arak nih. Aku rasa depa tau kot aku tak bagi. Haha..

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    ya kot. tapi kemungkinan tang terlepas pun sebab kes-kes ketirisan je.

    [Balas Komen]

  26. menj kata :

    Kalau tak silap saya, Nuffnang ada filter untuk ads yang boleh dipamerkan di blog Muslim dan bukan Islam, jadi saya rasa dalam hal ni tidak ada masalah. Lagipun saya tak pernah dapat iklan rokok, arak, dsb. yang haram di sisi agama dipamerkan di mana-mana blog kelolaan saya,

    - MENJ

    Entri terakhir menj yang dikemaskini : Petisyen tidak ada kaitan dengan azan

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    salam menj,

    bangga rasanya saudara menj komen disini. ya aku baru tahu pasal langkah-langkah yang diambil oelh pihak nuffnang.

    aku cuma mahu kan kepastian dan alhamdulillah aku sudah dapat penerangan dari pihak nuffnang.

    terima kasih.

    [Balas Komen]

    noorizam shah Reply:

    btul. memang mereka guna filter. sebab tu kita tengok blog kawan2 yang lain, iklannya tak sama dengan kita.

    [Balas Komen]

  27. Syamsulariff.com » Blog Archive » How to deal with Nuffnang Alcohol Ads? kata :

    [...] & hello to all my dearest reader, just visited my fellow blogger friend (Megat & Rjuna) and found one entry that currently active being discuss among the nation blogger [...]

  28. noorizam shah kata :

    aku tak pula dapat iklan macam ni lagi.

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    mungkin berlaku ketirisan, biasa ciptaan manusia ;)

    [Balas Komen]

  29. che-mie kata :

    bukankah depa akan tanya kita dulu mau tak iklan arak dikeluarkan?

    disitu kita boleh tick NO

    [Balas Komen]

Tinggalkan Komen.