Artis, Penceraian Satu Mainan!?

Isu ini sudah lama berlaku, ianya seolah-olah semakin menjadi serius dikalangan artis kita. Yang nyata ianya amat memalukan dan bertentangan dengan budaya dan ajaran agama kita.

Sudah pasti apa yang kau akan katakan, “Biarlah mereka dengan dunia mereka“.

Sesungguhnya aku tidak dapat menerima pernyataan yang berbunyi demikian kerana ianya juga merupakan antara muka budaya kita!

Penceraian di kalangan artis semakin menjadi-jadi dan seolah-olah ianya menjadi permainan mereka. Atau itu adalah satu cara mereka mempopularkan diri mereka!? Kalau ya pun, aku rasa banyak cara lain yang mereka boleh lakukan selain dari perkara yang jijik seperti ini.

Mereka juga dilihat dari negara yang melambangkan sebuah negara islam! Mereka dipuja-puja. Mereka menjadi ikutan kepada generasi muda. Kau mesti ingat anak-anak kita membesar dalam dunia yang penuh dengan kepura-puraan, dimana nilai moral berada di tahap paling bawah! Tentu kau ada pandangan sendiri mengenai realiti yang terpaksa kau terima hari ini.

Aku tidak menyeka mereka atau menolak buta-buta cara mereka bersosial tapi biarlah berada dalam landasan yang betul. Bukannya tiada langsung artis yang kurang tanpa melakukan perihal demikian tapi mereka popular juga.

Aku harap kau dan kau ada tanggunjawab untuk bersama-sama memperbetulkan keadaan seperti ini. Ini lah kuasa penulis blog! “Budaya melambangkan bangsa!“.

Kau suka membaca entri di blog ini? Terus menikmati dan menerima kemaskini artikel-artikel menarik dengan melanggan RSS ini!

Entri-entri lain yang menarik

12 Responses to “Artis, Penceraian Satu Mainan!?”

  1. azrn kata :

    diorg byk sgt duit smpai tatau nk buat apa ngan duit tu kot?
    haih~ kadang2 rasa mcm baik tak pyh buat kenduri besar-besaran… takot pula nak jadi artis :P

    si ning tu…ngan maya tu.. tunggu jelah time depa :D hahaha..

    [Balas Komen]

  2. Megat kata :

    e’in - mereka lakukan sedemikian untuk meraih populariti mereka kot!? rasanya dah macam dunia politik juga uhuhu

    [Balas Komen]

  3. shila kata :

    Nak kata benda ni trend,mungkin juga tidak kesemuanya.Soal hati dan kesesuaian pun perlu ambil kira.Cuma disebabkan dia seorang artis,maka kisah hidupnya jadi tatapan umum. Tapi jika dilihat dari segi rasionalnya,penceraian itu amat perlu untuk menstabilkan kecelaruan yg melanda sesetengah rumahtangga.Tapi jika masih boleh diselamatkan,maka selamatkanlah….kan?!

    [Balas Komen]

  4. syam kata :

    bergegar arasy kalau si suami lafazkan cerai pada si isteri… hmm… tak fikir ke apa diorang ni?

    [Balas Komen]

  5. Megat kata :

    shila - mungkin juga itu adalah langkah terakhir bagi mereka. tetapi yang peliknya ianya seperti tiada langkah panjang.

    syam - mungkin sudah menjadi budaya mereka. ya lah kalau dah budaya yang tidak betul kuasai mereka nak buat macam mana lagi.

    [Balas Komen]

  6. adi kata :

    wah..dh tukar theme ek. nice2 :)

    isu cerai di kalangan artis..dh selalu sgt.
    sampaikan ada org akan ckp perkahwinan artis tu xkan kekal lama bila dia kawen. ntahlah. artis ni terlalu menjadi perhatian org. maybe jd tekanan utk diorg gak kot

    [Balas Komen]

  7. Afzai Afandi kata :

    Artis kita kebanyakkannya berkiblatkan BARAT. Baik dari segi sosial, pakaian mahupun genre muzik mereka…Pada mereka golongan artis yang tak ikut jejak arus perkembangan BARAT seolah2 KUNO dan KOLOT.

    Kalau di BARAT, boleh dikatakan saban hari ada jer berita tentang penceraian artis so…apa lagi ARTIS kita pun ikut sekali style BERCERAI ni…Pada mereka juga bila berumahtangga seolah2 terikat dan terbatas..so jalan terbaik BERCERAI dan selepas itu jadilah TEMAN TAPI MESRA

    Lagi satu aku nak tanya….camna ko buat muko ko kat paper omputih tu :)

    [Balas Komen]

  8. Megat kata :

    adi - mereka sedar menjadi tumpuan masyarakat tapi mereka seperti menunjuk-nunjuk pula!?

    afzai - setuju. mereka kebaratan. kununnya apabila mereka kebaratan, merekea lebih terserlah.

    [Balas Komen]

  9. titan kata :

    apa aku mampu cakap. Diorang bukannya tak leh fikir. So, bagi aku. Lantak diorang la. Bukan kita tak tegur diorang. Dah terlalu banyak teguran direct dan indirect yang diberikan..

    tapi diorang dok macam tu aje..

    [Balas Komen]

  10. Megat kata :

    titan - mungkin terlalu taksub dengan cara hidup mcm tu sehingga mereka mengambil jalan mudah!

    [Balas Komen]

  11. Hafez kata :

    trend penceraian artis dah menjadi ikutan ramai ….sekarang kita boleh lihat bagaimana senario penceraian itu dianggap perkara normal….buktinya pada tahun 2007 sahaja sebanyak 20,259 kes penceraian difailkan di mahkamah syariah….bolehkah anda bayangkan apa yang akan berlaku pada institusi keluarga kita untuk 10 tahun akan datang?

    http://www.mohdhafez.net/lafaz-yang-memilukan/

    [Balas Komen]

  12. Megat kata :

    hafez - fakta yang menggerunkan. benar itu angka yang kita boleh dapati pada masa ini. memang apa yang aku maksudkan apa akan berlaku pada masa akan datang. menakutkan!

    [Balas Komen]

Tinggalkan Komen.