Bagaimana Memiliki Trafik Yang Baik Di Blog!?
Trafik, trafik, trafik. Itulah yang memeningkan para penulis blog yang benar-benar serius tentang kehadiran trafik ke blog mereka. Terutama kepada penulis yang menjana pendapatan (duit) sama ada sampingan atau sepenuh masa.
Trafik yang dimaksudkan bukan trafik yang meresahkan setiap orang seperti kesesakan jalan raya. Aku rasa semua orang tak suka! Perkataan trafik dah buat aku sesak kepala memandangkan ramai penulis baru bertanyakan perihal sedemikian (huhu).
Tetapi trafik yang aku sentuh dalam penulisan aku hari ini ialah trafik yang masuk ke blog. Trafik yang ini semua penulis blog suka (ha ha) termasuklah aku. Lagi banyak lagi melonjat pemilik blognya. Setiap hari melihat akan statistik kemasukan trafik yang secara tak langsung menghasilkan pendapatan bagi mereka. Kebarangkalian mempunyai pendapatan yang tinggi adalah bergantung kepada trafik yang sesak!
Mereka tidak akan berkisah bagaimana cara mereka mendapatkan trafik tetapi terus sedaya upaya dengan pelbagai cara. Bagi aku tidak salah melakukan pelbagai cara tersebut, cuma perlukan yang lebih spesifik sasarannya.
Aku tak mahu ulas lanjut mengenainya memandangkan aku masih dalam peringkat percubaan. Apa yang aku nampak sehingga hari ini, sudah menampakkan kesannya. Kalau tak aku sendiri tak berani kata perihal ini.
Pada permulaan penulisan dan minggu perkenalan blog, aku gunakan cara yang mana penulis blog baru yang lain akan lakukan. Itu pun jika mereka tahu tentangnya. Cara-cara yang biasa seperti lawatan balas blog ke blog, komen bernas di ruang komentar, menyertai forum dan banyak lagi.
Yang merisaukan aku, sampai bila aku nak terus gunakan cara demikian!? Sehingga memaksa aku melawat lebih kurang 100 blog sehari dan meninggalkan tanda disana dengan harapan pemilik blog berkenaan akan datang ke blog aku.
Apa yang kau dapat? Mula-mula memang lah mereka akan datang dan pusing-pusing di blog kau, itu pun kalau bidang penulisan kau memenuhi citarasa pembaca tersebut. Lama-lama trafik kau bukan makin bagus malah kecundang!
Bukan nak cakap sombong tetapi itulah kenyataannya. Mula-mula kau sanggup kerana kau meletak harapan yang tinggi untuk dapat kunjungan balas dari pemilik blog lain. Tapi kini kau sendiri dapat lihat, berapa ramai yang sanggup lakukan cara sedemikian?
Penulis sebenar yang dapat menaikkan trafik ke blog mereka ialah penulis yang mementingkan trafik yang sasarannya dari enjin carian! Ya enjin carian (search engine)! Aku cadangkan 70% trafik yang datang ke blog kau adalah dari enjin carian!
Artikel yang kau tulis mestilah menjadi perhatian dan memenuhi kriteria pembaca. Aku sendiri sudah menulis di blog ini hampir setahun (bulan Oktober ini genaplah). 6 bulan pertama aku gunakan cara lawatan blog ke blog. Aku gagal dan buang masa!
Tapi enam bulan berikutnya aku cuba cara kedua iaitu mensasarkan penulisan aku kepada pembaca yang aku tidak kenal. Jiwa nak kena kental. Tulisan nak kena kacak (macam ET huhu). Mahu atau tidak kau perlu rempuh teknik SEO dan kata kunci (keywords) yang dapat menarik trafik dari enjin carian.
Unutk dapatkan SEO yang kental dan kata kunci yang kacak. Kau perlu melihat kepada pemilihan tema (theme) kau juga. Sama ada tema yang kau guna boleh berkawan (friendly) dengan SEO.
Nak lebih lengkap, kau kaji sendiri. Kalau kau rajin kau boleh lihat perubahan cara penulisan dan topik yang dibawa dalam penulisan blog ini. Kau pergi ke muka arkib dan kau akan dapat saksikan.
PS
- Entri ini bukan entri hasutan dan secara tak langsung blog ini bukan blog hasutan (huhu).
- Entri ini ditulis dari idea penulis sendiri. Bukan dari Malaysia Today, Malaysiakini dan lain-lain blog popular.
- Insya allah penulis akan kongsi banyak lagi cara, belajar dahulu dari tip-tip yang diberikan.
Technorati Tags: blog, trafik, SEO, katakunci, keyword
September 21st, 2008 at 3:19 pm
Bagaimana Memiliki Trafik Yang Baik Di Blog!? | MEGAT…
Trafik, trafik, trafik. Itulah yang memeningkan para penulis blog yang benar-benar serius tentang kehadiran trafik ke blog mereka. Terutama kepada penulis yang menjana pendapatan (duit) sama ada sampingan atau sepenuh masa….
September 21st, 2008 at 3:35 pm
tula bro…keyword kena power.. :D
[Balas Komen]
Megat Reply:
September 21st, 2008 at 3:42 pm
betul. kena selalu mengkaji dan bermain dengan keyword tu.
lagi satu kalau blog melayu kena kaji juga budaya pembacaan mereka.
aku dapat ada satu rahsia lain disebaliknya.
[Balas Komen]
September 21st, 2008 at 3:43 pm
traffic eh. emmm ntahlah. hehe
kadang2 aku rasa cukup malas nak fikir pasal traffic2 neh
just keep on blogging apa yang ko suka and others will read kalau diaorang suka juga
so keyword = tulis apa yg ko suka dulu, pastu baru boleh bagi orang lain suka. hehe
[Balas Komen]
Megat Reply:
September 21st, 2008 at 4:54 pm
ya lah mungkin itu kita maksudkan kepada part time blogger. aku pun seperti itu pada mulanya.
skang ni aku dok membayangkan jika aku benar-benar serius dalam blogging dan menghasilkan pendapatan pasif melaluinya.
mungkin atas desakan itu aku perlu kaji keseluruhannya.
[Balas Komen]
aeropama dot com Reply:
September 21st, 2008 at 7:08 pm
KNizam power beb! Lagipun ko dah ada brand sendiri. KNizam Artwerk = Jalan2 + Makan + Live Blogging. Punya niche yg unik (makan & jalan) Orang ingat makan & jalan, orang akan ingan KNizam Artwerk… wahahaha
[Balas Komen]
Megat Reply:
September 21st, 2008 at 7:56 pm
betul nizam dh ada brand sendiri. dia dh conqure keyword tu eheh
[Balas Komen]
KNizam Reply:
September 21st, 2008 at 8:06 pm
hehe thanks aero. aku just nak share pengalaman jalan2 cuti2 malaysia dan jalan2 carik makan adjer. hehe thanks!
Entri terakhir KNizam yang dikemaskini : Silence Mode @ Gleneagles Intan I & II
[Balas Komen]
September 21st, 2008 at 3:47 pm
Salam blogger,aku ada perasan satu teknik yang ko gunakan pada post yang kali nie.Aku sendri kurang pasti,apa yang aku fikir nie,betul @ tak…kuncinya dekat perkataan malaysiakini dengan malaysia today…Aku masih lagi menggunakan teknik komen,tujuan aku hanyalah untuk membina hubungan dengan blogger yang lain.
Entri terakhir paan yang dikemaskini : Siapa no 1 at Raja Kamil Sang Murobbi IT
[Balas Komen]
Megat Reply:
September 21st, 2008 at 4:57 pm
ya betul itu salah satu, yang aku rasa bersangkut paut dengan budaya rakyat kita. itu pun kalau kau punyai sasaran pembaca melayu memandangkan blog ini blog bahasa melayu.
sebenarnya banyak lagi yang kau boleh nampak kesan dari 6 bulan kajian disamping pengisian blog yang bagus.
hubungan antara blogger adalah satu bonus tetapi kemungkinan kita hadapi keadaan sukar apabila setiap penulis beralih arah.
[Balas Komen]
September 21st, 2008 at 4:24 pm
oh.. aku sebenarnya tak ambil pusing pasal trafik…
sebab menteil.net tiada membawa apa2 keuntungan.. hehe..
[Balas Komen]
Megat Reply:
September 21st, 2008 at 4:59 pm
cubalah, dan kau akan nampak kesannya.
kesannya skang ni, aku benar-benar ingin menjadi full time blogger. rahsianya kau akan tahu setelah kau mengkaji beberapa perkara.
klu aku boleh capai untuk mendapatkan trafik tempatan yang margin nya kecil, maka mudahlah kau hendak capai trafik antarabangsa kelak.
[Balas Komen]
September 21st, 2008 at 4:45 pm
bg aku unt mendptkan pengunjung, traffiks, readership, pelawat dll pekataan yg sinonim pada awal permulaan kau menulis blog sememangnya susah…ttp apabila blog ko dah berada di landasan yg betul aku rasa tidak susah lg unt menerima traffiks….
aku merasakan keywords-keywords nih benda kecik jer, aku merasakan tak semestinya page yang pertama dlm carian google akan memberi 100% traffiks ke blog ko - kekadang menjadi yang ke-2 atau ke-3 juga ada baiknya.
strategi yang paling baik aku rasa ialah - link in dan juga link out ke blog lain, biar pun ko tak kenal mereka…..ada masanya blog ko akan menerima kejutan…
betul ker megat ko meniggalkan kesan di 100 blog dgn harapan dia org lawat blog ko kembali…huhu…aku komen tak sampai 10 blog pon…boleh dibilang aku rasa.
Entri terakhir zen yang dikemaskini : Illuminating Bubble Chair
[Balas Komen]
Megat Reply:
September 21st, 2008 at 5:02 pm
yup aku setuju dengan kau. sebab itu mengambil beberapa langkah untuk menguji termasuk membuang link spt blogroll.
sebenarnya aku cuba utk menumpukan trafik yg datang dari SEO. Bagi aku, jika aku tumpu pada link in & out, bila kau lama x update trafik jatuh teruk. tetapi jika 70% trafik dari SE, insya allah trafik kita stabil.
sehari lebih kurang 400++ entri yang aku baca. lebih kurang 100 blog. ya lah sejak aku temporary full time blog nie.
[Balas Komen]
September 21st, 2008 at 6:14 pm
Pada asalnya pon aku igt nak jana duit dr blogging nih (sbb masa tuh ‘menanam anggur’). Pastu rasa membazir jer.. walaupon aku tulis dlm bahasa inggeris, tp ramai yg dtg dr m’sia sbb member2 bloggers yg aku baru kenal duknya kat m’sia. Yg org luar negara tu punya la belagak.. huhu.. malas dah piki.. matlamat no 1 aku dr blogging adalah mencari kengkawan (mcm mIRC). Duit tu dtg kendian sbb skang dah ada keje..
Entri terakhir smaelz83 yang dikemaskini : Once Upon A Time in School
[Balas Komen]
Megat Reply:
September 21st, 2008 at 6:40 pm
baguslah. selalunya penulis yang menulis bukan kerana semata-mata pasal duit, akan kekal lama.
memang betul ia tidak datang mudah macam tu je tapi perlukan teknik dan usaha untuk pergi lebih jauh.
sebenarnya kebanyakan blog english yang ada byk kesilapannya. klu mereka tahu sudah tentu mereka lebih berjaya huhu.
[Balas Komen]
smaelz83 Reply:
September 21st, 2008 at 6:47 pm
banyak ke kesilapan aku.. selain dr grammar yg tunggang langgang.. dan spelling mistake.. ??? ada lg ke?
Entri terakhir smaelz83 yang dikemaskini : Once Upon A Time in School
[Balas Komen]
Megat Reply:
September 21st, 2008 at 6:59 pm
aku bercakap bukan pada kesilapan grammar atau spelling. itu tak penting. tapi klu mereka yang menulis blog english tahu lubuk sebenar, memang korang boleh buat duit!
[Balas Komen]
smaelz83 Reply:
September 21st, 2008 at 7:59 pm
ooo.. igt apa.. hehe
Entri terakhir smaelz83 yang dikemaskini : Once Upon A Time in School
[Balas Komen]
zen Reply:
September 22nd, 2008 at 12:50 am
tatabahasa xpenting sgt - asal mat saleh paham…
Entri terakhir zen yang dikemaskini : Illuminating Bubble Chair
[Balas Komen]
Megat Reply:
September 22nd, 2008 at 5:35 am
setuju. bak kata orang janji mesej yang nak disampaikan itu sampai, kira luluslah.
bukan orang kita je, ramai lagi antara blogger negara lain yang inggeris tidak formal, lintang pukang juga eheh.
[Balas Komen]
September 21st, 2008 at 7:26 pm
[...] Sesetengah pentadbir blog lebih mengutamakan jumlah trafik yang datang ke blog mereka. Bermacam-macam teknik Search Engine Optimization (SEO) yang mereka gunakan untuk pastikan blog mereka menduduki tempat teratas di laman utama keputusan enjin carian seterusnya meningkatkan jumlah trafik. [...]
September 21st, 2008 at 7:37 pm
hohoho sekarang ni aku lebih tekankan kepada peulisan yang kacak.. hohoho makin lama dah makin mengarut dah aku tulis kat blog tu.. hohohoh
[Balas Komen]
Megat Reply:
September 21st, 2008 at 7:57 pm
ni mesti dah kena penyakit dari ET huhu.
xpe janji dapat capai tujuan untuk capai trafik tinggi.
[Balas Komen]
topo Reply:
September 21st, 2008 at 8:05 pm
mana la aku boleh nak capai tahap ET.. hoho dia tu memang dah gila dah.. hohoho hebat gila… hahahha
Entri terakhir topo yang dikemaskini : topo dapat kad raya daripada diri sendiri…
[Balas Komen]
Megat Reply:
September 22nd, 2008 at 5:34 am
ya. memang tak dapat tandingan kebijakgilaan dia mengolah cerita mengikut citarasanya. tapi mungkin kita boleh capai sesuatu mengikut acuan kita sendiri.
[Balas Komen]
September 22nd, 2008 at 1:11 am
si kacak yg sudah tiada belog premium lg. huuuu! sedey2.
Entri terakhir Extremist Thinker yang dikemaskini : Makwe Kena Bersyukur Dapat Pakwe
[Balas Komen]
Megat Reply:
September 22nd, 2008 at 5:31 am
aik kenapa terjadi hal yang sedemikian? ada masalah kah?
habis tu, tiada kegilaan lagi lagikah?
[Balas Komen]
Extremist Thinker Reply:
September 22nd, 2008 at 4:03 pm
takde dah. haha. beralih ke wordpress.com la pulak.
Entri terakhir Extremist Thinker yang dikemaskini : Makwe Kena Bersyukur Dapat Pakwe
[Balas Komen]
Megat Reply:
September 22nd, 2008 at 6:24 pm
lor. ok janji kau dapat teruskan penulisan kau dah cukup bagus. bukankah mudah bagi kau untuk mendapat tempat di hati mereka.
[Balas Komen]
aeropama dot com Reply:
September 22nd, 2008 at 6:25 pm
aku mahu sponsor hosting, si ET ni jual mahal lak…
marilah berblog di blog premium ET. tak mahukah dikau?
[Balas Komen]
Extremist Thinker Reply:
September 22nd, 2008 at 6:47 pm
24-48 jam lagi akoo beralih ke premium kalo jd. hehe. kat tmpt pree gak. heheh.
Entri terakhir Extremist Thinker yang dikemaskini : Woof Woof Woof Wat De Fek!
[Balas Komen]
September 22nd, 2008 at 1:13 am
eh lupa nk komen pasal artikel. betol la. akoo amal teknik lompat kejap je. sbln xsmpi. pastu mls. org nk datang, datang ar. tp bila chk vangardx tuh peh… SE berderu2. br ku terpk. nie amat bgs.
cara kotor adalah rgstr mybloglog dan letak keyword sebanyak mungkin walau x berkaitan. mesti berjaya. haha. dan juga boleh diamal kat belog utk SEO.
Entri terakhir Extremist Thinker yang dikemaskini : Makwe Kena Bersyukur Dapat Pakwe
[Balas Komen]
aisyahkama Reply:
September 22nd, 2008 at 2:59 am
eleh ET. kena bsyukur jugak sebab ade PA yg rajen mempromote belog anda :)
(not ET’s PA anymore)
Entri terakhir aisyahkama yang dikemaskini : Hari Raya come again!
[Balas Komen]
Megat Reply:
September 22nd, 2008 at 5:33 am
nampak gayanya ET sudah kurang sengatnya kerana PA nya sudah keluar dari jaringan ET!?
[Balas Komen]
aeropama dot com Reply:
September 22nd, 2008 at 6:27 pm
kamu tak mahu jadi PA saya pulak ke aisyahkama? wahahahaha….
[Balas Komen]
Megat Reply:
September 22nd, 2008 at 5:32 am
uiks terbongkar lagi kemudahan jaringan sosial key huhu
[Balas Komen]
Extremist Thinker Reply:
September 22nd, 2008 at 4:04 pm
lagi satu… pegi belog femes, copy tag dia org. tp repu jatuh skit ar. sbb artikel xde kena mengena. kekeke.
Entri terakhir Extremist Thinker yang dikemaskini : Makwe Kena Bersyukur Dapat Pakwe
[Balas Komen]
September 22nd, 2008 at 6:40 am
Salam pagi Ramadhan ke 22.
Mula² berblogging untuk jaringan perhubungan
Alhamdulillah…skrg Kak Jie ada ramai kawan²..yang setia. ( entri satu baris pun dia org komen satu page..hehehehe)
Blog Kak Jie blog peribadi tetapi tidaklah “terlalu perinadi”. Tidak semua pintu dibuka utk semua orang…
Keyword yang selalu digunakan berkisar ttg isu semasa yang bersangkutan dgn diri sendiri dan peribadi.
[Balas Komen]
Megat Reply:
September 22nd, 2008 at 6:50 am
salam ramadhan kak jie,
saya mula-mula macam tu juga kak jie. menulis blog perihal peribadi dan membina jaringan sosial di antara blogger.
saya rasa macam kak jie, banyak perkara atau pengalaman kak jie sendiri yang boleh di kongsi bersama pembaca mahupun peminat kerana kak jie boleh menjadi idola kepada mereka.
mungkin peringkat awal, banyak berkisarkan kisah peribadi tetapi bagi saya cara penulisan kak jie walaupun menceritakan kisah peribadi tetapi berbaloi. lain dari blogger baru yang cerita kisah peribadi mereka. penulisan kak jie lebih kepada panduan dan pengajaran kepada mereka termasuk saya eheh.
alhamdulillah sampai kita di ramadhan, hari yg ke 22.
[Balas Komen]
September 22nd, 2008 at 8:08 am
wah mantap sekali..
terkena jugak kt batang hidung ku. yep memang selalu jugak melawat blog orang. tapi selalunya aku akan pastikan artikel ku ada kaitan dengan apa yang dicari orang.
p/s- baru mencantikkan permalink dan buat sitemap.. harap2 langkah ni membuahkan hasil..
Entri terakhir myadlan yang dikemaskini : Preparation for Raya
[Balas Komen]
Megat Reply:
September 22nd, 2008 at 9:18 am
selalulah gunakan tools tertentu untuk pastikan referral dan secara tak langsung dapat tahu apa yang mereka cari dan buatkan pambaca jumpa blog kita.
sitemap dan permalink adalah antara langkah-langkah yang baik.
[Balas Komen]
September 22nd, 2008 at 8:12 am
aku tau keyword panas entri ni. hehehe. dan aku perasan byk blogger guna teknik teknik sebegini. campur adukkan semua jenis keyword dan phrase. hahaha. tapi cara ni jer mantap. Cuba cari satu keyword yang paling byk cariannya. hahaha. mesti gempak. setakat ni hanya satu jer keyword paling gempak kat blog aku. “malam pertama” . hahaha
Entri terakhir taukey yang dikemaskini : Masalah Hosting Belum Selesai
[Balas Komen]
Megat Reply:
September 22nd, 2008 at 9:26 am
aku cuba buat beberapa kajian untuk menghasilkan trafik bukan sahaja melalui keyword tetapi lebih kepada trend orang kita memandangkan orang kita punyai cara yang berbeza.
kau dapat lihat sendiri, bagaimana “malam pertama” boleh jadi panas eheh.
[Balas Komen]
September 22nd, 2008 at 9:14 pm
apsal ngan blog PE? kena hack ke ape?
[Balas Komen]
Megat Reply:
September 22nd, 2008 at 9:30 pm
ntah la. tetiba jer. mungkin sebab dia PA dia berenti kot!?
x pun sorang lagi awek dia lari ekeke
[Balas Komen]
|1f34|-|1r3 Reply:
September 22nd, 2008 at 9:58 pm
tetiba dia wat blog baru kat pelempang.wordpress.com…tgk blog asal dia dah xde dah…hmmm…kena siasat ni
[Balas Komen]
September 23rd, 2008 at 5:56 pm
Dah makin handal ko ye Megat..
Takpe apa cara sekalipun jangan berputus asa…
Insyaallah akan datang traffik tu..
[Balas Komen]
Megat Reply:
September 23rd, 2008 at 6:41 pm
insya allah. belajar dari korang juga eheh.
[Balas Komen]
September 23rd, 2008 at 6:00 pm
Blog ET kena hack..rasanyalah..masa bukak aritu kuar kaler cam tv jek..cian dia
Entri terakhir ezad yang dikemaskini : Cincin Informasi..sape nama dia ek?
[Balas Komen]
Megat Reply:
September 23rd, 2008 at 6:43 pm
yer ker!? alahai, biasa lah dah namanya mr kacak. mestilah ramai yang dengki kot!? huhu
apa lah derang ni, kacak pun nak dengki eheh.
[Balas Komen]
aisyahkama Reply:
September 24th, 2008 at 1:53 am
@ezad : bukan kena hack laa… ET saje je bwt cmtu hari tu. sbb besday dye. dye letak shout mix je kat depan tu… ET mmg. suka bwt gempak…
Entri terakhir aisyahkama yang dikemaskini : Tagged by Odin
[Balas Komen]
September 24th, 2008 at 11:08 am
bagus bro, aku doakan ko berjaya ngan apa juga yg ko buat nih..aku faham sangat tang traffik blog sume ni cuma mungkin belum sampai tahap aku untuk buat tu,hehee..bagi aku kalau apa yg kita tulis kat blog menarik org akan datang blog kita even sebagai silent reader..:)
Entri terakhir acai yang dikemaskini : Photojournalism di Bazaar Ramadhan Shah Alam
[Balas Komen]
Megat Reply:
September 24th, 2008 at 12:27 pm
bagi aku blog bahasa melayu ni memang sukar utk dapatkan trafik yg diidamkan kecuali blog yang mementingkan niche atau blog pemasaran.
[Balas Komen]
October 3rd, 2008 at 10:17 pm
Hi, saya org baru-thanks for tips ni bro
saya pun baru nak jinak2 dgn blog ni
[Balas Komen]
Megat Reply:
October 6th, 2008 at 12:39 am
salam kenal miji. insya allah ilmu ada baiknya kita dapat kongsi bersama.
lagi byk ilmu dikongsi, insya allah lagi byk keberkatan dan ilmu lain datang kepada kita.
selamat datang ke dunia blog!
[Balas Komen]
October 10th, 2008 at 5:34 pm
thanx for the tips…
skrg tgh cuba tambahkan traffic…
Entri terkini yang dikemaskini amoi diblognya : Nak komen kat blogspot susah???
[Balas Komen]
Megat Reply:
October 10th, 2008 at 5:52 pm
insya allah berkar kesabaran dan usaha akan capai apa yang dihajati.
sebenarnya tak susah jika ianya ada komitmen yang berterusan.
kesannya akan lebih terasa apabila memiliki domain dan host berbayar.
[Balas Komen]