Bajet 2009, Apakah Dapat Lebih Membantu Rakyat!?

Hari ini pada jam 3 petang, bajet negara kita bakal diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Sudah tentulah rakyat jelata dari golongan petani, kakitangan awam, golongan bukan kakitangan awam, golongan peniaga kecil dan sederhana dan sektor korporat sedang menantikan detik pengumuman tersebut.

Pada aku bakal menjadi tanda tanya apakah bajet pada tahun depan akan lebih membantu rakyat atau sebalinya!? Memandangkan pada tahun ini pelbagai isu yang telah timbul dan rakyat menjadi semakin resah dengan beban yang bertimpa-timpa.

Dan apakah kerajaan campuran dapat membantu untuk merancang bajet negara dengan lebih baik!?

Aku cuba senaraikan beberapa isu yang sepatutnya ada didalam bajet 2009 seperti :

Pengurangan cukai-cukai. Banyak cukai yang ditanggung oleh rakyat. Memandangkan isu seperti minyak kenderaan dan barang-barang harian yang semakin naik harga. Kenapa tidak menurunkan cukai-cukai dalam negara demi membantu rakyat? Cukai pendapatan, cukai pintu, cukai tanah, cukai kenderaan bermotor dan macam-macam lagi.

Kenaikan pendapatan, insentif dan sara diri. Perlu diambil kira untuk kehidupan rakyat yang lebih terjamin dan harmoni terutama kepada golongan yang berpendapatan rendah.

Jaminan modal insan. Kerajaan perlu memberi keutamaan kepada pembangunan modal insan yang bakal menjadi pelapis negara pada masa akan datang. Ia sangat perlu ditekankan bermula dari sekolah-sekolah dimana generasi muda mula menerima pendidikan secara teratur. Perlu ditekankan juga untuk membanteras gejala-gejala sosial yang semakin menjadi-jadi.

Kesihatan. Bantuan kepada rakyat-rakyat yang kurang mampu secara berterusan dan segera. Perlu dititik beratkan demi menjamin kehidupan rakyat yang lebih sihat disamping dapat mengekalkan pertumbuhan rakyat dalam negara. Lebih banyak pusat keihatan dan perkhidmatan yang lebih pro aktif!

Apa yang disenaraikan adalah antara tumpuan bajet untuk kesejahteraan rakyat tidak termasuk sektor-sektor lain seperti pembangunan, pengangkutan, pertanian dan lain-lain.

Kesimpulannya kerajaan patut menumpukan kepada kesejahteraan rakyat yang banyak membantu membangunkan negara dan terus menjadi tunggak dan tulang belakang negara.

Diharap bajet pada tahun depan lebih mesra rakyat dan terus membantu rakyat dalam menangani beban dan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Technorati Tags: bajet 2009, , , kesihatan, modal insan, ,

Kau suka membaca entri di blog ini? Terus menikmati dan menerima kemaskini artikel-artikel menarik dengan melanggan RSS ini!

Entri-entri lain yang menarik

21 Responses to “Bajet 2009, Apakah Dapat Lebih Membantu Rakyat!?”

  1. nuaeman kata :

    Ya itu yang diharapkan.. inilah masa untuk memulihkan keyakinan rakyat..

    Adei.. tv online takleh mainlak kat sini..

    Entri terakhir nuaeman yang dikemaskini : Pembentangan Bajet 2009!

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    alhamdulillah, skang ni dah lepas pengumuman tersebut. nampaknya apa yg aku jangka semua termasuk dlm bajet 2009.

    [Balas Komen]

    iera Reply:

    harap2 akan membantu. JIka tak, kami akan rasa sengsara lagi la..

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    alhamdulillah nampak gaya bajet akan datang lebih mesra dan prihatin.

    [Balas Komen]

  2. negaraku.net kata :

    Bajet 2009, Apakah Dapat Lebih Membantu Rakyat!? | MEGAT…

    Hari ini pada jam 3 petang, bajet negara kita bakal diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Sudah tentulah rakyat jelata dari golongan petani, kakitangan awam, golongan bukan kakitangan awam, golongan peniaga kecil da…

  3. acai kata :

    slm bro megat,
    moga sihat2 hendaknya..aku ngah dengar ni, baru sampai tang rokok naik lagi,hehe..
    nak wish selamat berpuasa dan bertarawikh bro..jom kita jadi org yg lebih baik kepada manusia dan Allah..amin.

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    salam acai,

    mmg dah kena berenti dah ni huhu.

    selamat berpuasa, insyaallah kita mencari sinar baru dlm syiar islam. carilah keberkatan dan tinggikan amalan.

    [Balas Komen]

  4. catzer kata :

    erm..aku harap budget kali ni focus kat bab infrastruktur mcm hospital..thn ni aku paling byk habis duit kat medication jerk..Nak harap pi klinik kerajaan ni aje demam aku boleh kebab dek menunggu 6 jam.

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    ya betul. sama macam aku juga, tahun ni paling byk mengulang pegi hospital huhu.

    [Balas Komen]

  5. Kujie kata :

    Cukai rokok naik lagi?
    puasa adalah masa terbaik untuk berhenti merokok…sahutlah cabaran ini

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    nampak gaya macam tulah.

    tapi klu dh penghisap tegar susah juga huhu.

    [Balas Komen]

  6. KNizam kata :

    aku tak kesah semua pengurangan cukai la…bonus la.. bla bla bla
    yg penting petrol tuh kena turun ke rm2. habes cerita. haha

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    setuju. pengurangan petrol dan duit RM625 tu huhu.

    [Balas Komen]

  7. myadlan kata :

    hehe.. dpt bonus sebulan utk kakitangan awam. itu jela berita baik kali ni.. yang lain tidak berkaitan plak..
    en megat buat la reviu utk pasca bajet 2009..

    Entri terakhir myadlan yang dikemaskini : My server is on so what?

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    aku rasa bab reviu ramai yg akan buat, aku lbh suka bercakap dari sudut psikologi dan moral. he3.

    [Balas Komen]

  8. rohaizad kata :

    Megat, yang aku sedih tu takde ke budget untuk blogger?

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    huhu, mcm tulah nasib seorang blogger. nak harap minyak turun mcm xde uhuh.

    [Balas Komen]

  9. cmomoc kata :

    nampak gaya kne berenti isap rokok nih…

    Entri terakhir cmomoc yang dikemaskini : Today For Tomorrow…

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    erk!? kena ker? rasanya klu aku berenti, jawabnya blog ni xde isi hoho.

    yalah setiap kali idea datang time hisap rokok wakaka.

    [Balas Komen]

  10. Bajet 2009 Sudah Terjawab | KongsiBlog.Com^Suara Orang Kita kata :

    [...] bajet 2009. adv_username = “bizmalaya”; adv_gid = “bizmalaya_default”; adtype = “336×280″; http://megat.net/blog/bajet-2009-apakah-dapat-lebih-membantu-rakyat/ http://www.bharian.com.my/klikkhas/bajet/ [...]

  11. little barney kata :

    bagi ak la,bajet 2009 ni bagus cz ambik kira kbajikan rakyat.Selain itu juga,kita dapat tgk sejauhmana situasi ekonomi kite sekarang ni iaitu kita dapat lihat dari segi kadar pengangguran,inflasi dan pembolehubah ekonomi yang lain.sebagai contohya ialah kadar pengangguran di malaysia still same iaitu sebanyak 3.5% dan kerajaan sekarang mengalami belanjawan defisit dimana hasil cukai melebihi perbelanjaan kerajaan.so,our government perlu tingkatkan perbelanjaan bagi mengatasi masalah ini..malahan our government pun lebih mengutamakan perbelanjaan mengurus berbanding perbenjaan pembangunan..2 je pendapat ak tentang bajet ni..if ak tersilap arap dapat dibetulkan..

    [Balas Komen]

Tinggalkan Komen.