Bajet 2009, Kerajaan Prihatin Kepada Rakyat?

Petang semalam aku menghadap televisyen dengan penuh perhatian. Tak banyak yang dapat diimplementasikan kepada kepentingan diri aku. Berikut adalah sedikit sebanyak catatan yang aku dapat huraikan.

Kredit gambar kepada Utusan Malaysia Online.

Bajet 2009 telah dibentangkan semalam di Dewan Rakyat, ini bermakna terlaksana tanggungjawab Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk kali ke sepanjang perkhidmatannya.

Bertemakan ‘Kerajaan Prihatin’, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM207.9 billion, 5.1% lebih tinggi dari bajet sebelumnya iaitu bajet 2008.

Bajet kali ini menumpukan kepada 3 strategi iaitu menjamin kesejahteraan rakyat, membangun modal insan berkualiti dan memperkukuh daya tahan negara. Langkah-langkah yang diambil lebih tertumpu kepada bantuan keatas golongan miskin dan golongan yang kurang bernasib baik.

Selain dari itu kau boleh rujuk artikel atau berita yang telah dikemaskini di Utusan Malaysia Online, Berita Harian dan Malaysiakini. Semasa aku menulis artikel ini Sinar Harian dan Harakah Daily masih belum mengemaskini artikel di laman web mereka.

Apa yang aku nak sampaikan disini ialah adakah bajet 2009 dapat membantu golongan pertengahan seperti aku, kau dan kau!? Adakah ianya benar-benar membantu golongan sasaran iaitu golongan berpendapatan rendah dan sederhana?

Secara keseluruhan ianya tak jauh beza dengan apa yang aku jangka pada entri yang lepas. Memang dah dapat agak cara Pak Lah yang lebih mementingkan kualiti modal insan (berkualiti ke!?) dan menjana pendapatan negara melalui pertanian.

Rasanya tak banyak membantu golongan pertengahan seperti aku dan kau. Mungkin membantu golongan pertengahan yang berkhidmat dengan kerajaan.

Aku cuba senaraikan antara yang dapat membantu golongan seperti aku :

Rebat Cukai Pendapatan - dinaikkan dari RM350 kepada RM400 dari pendapatan bercukai RM35K. Rasanya aku tak lepas kot, terlebih pula (penulis blog tiada kena mengena eheh).

Barangan Pengguna - duti import keatas beberapa barang pengguna dikurangkan separuh dari sebelumnya iaitu dari 10 hingga 60 peratus kepada 5 hingga 30 peratus. Ini dapatlah bantu sedikit sebanyak golongan seperti aku (hu3).

Kesihatan - pengecualian cukai kepada perubatan tradisional seperti akupuntur dan ayuvedic. Rasanya ada kena mengena dengan aku kot!?

Antara bajet lain yang dibentangkan ialah keselamatan sosial, basmi kemiskinan, bil elektrik, elaun khas polis, sara hidup nelayan, petani, pinjaman perumahan, pengangkutan awam, pelancongan, PDRM, bonus kakitangan awam, pencen, elaun perjalanan, elaun OKU, kesihatan dan cukai jalan.

Aku tak nak sentuh pembentangan yang lain disebabkan tak banyak membantu dan ianya lebih kepada pelan pembangunan kakitangan awam dan infrastuktur pembangunan negara. Kau boleh lihat sendiri di akhbar-akhbar yang aku telah senaraikan sebelum ini.

Apakah ia banyak memberi perubahan dalam bantuan mengurangkan beban yang ditanggung oleh rakyat golongan seperti aku? Apa pendapat kau dan kau?

Bab penutup yang aku tak berapa suka, ianya penuh dengan pernyataan berbau politik seolah-olah bajet ini lebih kepada memikat hati rakyat golongan berpendatan rendah dan kurang bernasib baik.Agaknya golongan pertengahan seperti aku dan kau punyai kredibiliti untuk menjatuhkan kerajaan kot!? (hehe).

Bagi aku tak kiralah jika kerajaan yang dibentuk dari parti mana sekalipun. Jika mereka benar-benar bekerja untuk rakyat, tumpukan hanya kepada rakyat dan janji-janjinya dan bukan kerana semata-mata untuk dijadikan daya pemikat serta menjatuhkan orang lain.

Bukankah kita diajar untuk bertanding secara sihat!?

Technorati Tags: , modal insan, , , malaysiakini

Kau suka membaca entri di blog ini? Terus menikmati dan menerima kemaskini artikel-artikel menarik dengan melanggan RSS ini!

Entri-entri lain yang menarik

27 Responses to “Bajet 2009, Kerajaan Prihatin Kepada Rakyat?”

  1. negaraku.net kata :

    Bajet 2009, Kerajaan Prihatin Kepada Rakyat? | MEGAT…

    Bertemakan ‘Kerajaan Prihatin’, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM207.9 billion, 5.1% lebih tinggi dari bajet sebelumnya iaitu bajet 2008….

  2. Mohd Hafifi kata :

    harap-harap bajet ni betul2 dapat membantu rakyat..bukan sekadar cakap je..

    p/s: harga rokok naik..hoho

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    harap-harap macam tu la.

    [Balas Komen]

  3. myadlan kata :

    aku cuma harap yg kos operasi LRT dpt diturunkan dan jugak tambang LRT pun turun.. bleh la aku naik LRT selalu.. tp penang takde LRT.. ish3..

    Entri terakhir myadlan yang dikemaskini : It sucks again

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    hoho aku pun xde kena mengena eheh. bila agaknya kat JB nak ada LRT huhu.

    [Balas Komen]

  4. nuaeman kata :

    Itulah pasalnya.. bila kita bagi komen macam ni nanti dikata tak bersyukur pulak.. hakikatnya memang benar sebagaimana dikata.. bajet ini lebih kepada cuba memikat golongan berpendapatan rendah serta menambat kembali hati rakyat di Sabah dan Sarawak. Untuk aku.. err kembali menjalani hidup seperti biasa.. nak rasa bil letrik free pun tak mungkin.. heh! bijak.. bijak…

    Entri terakhir nuaeman yang dikemaskini : Pembentangan Bajet 2009!

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    tahu takpe. mesti ada pro dan kontranya. lari daripada golongan pemikir yang bakal memberi komen bermacam-macam.

    [Balas Komen]

  5. Kujie kata :

    Kesan langsung yg sy dpt terima mungkin dtgnya dari rebat rm 20 elektrik , yang lain bertebaran di awangan..yang entah dapat saya gapai …entah lupus seperti air yang menjadi wap..huhuhu

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    rebat elektrik je, samalah seperi saya huhu.

    [Balas Komen]

  6. shila kata :

    MAsing-masing ada point of view masing2..
    bagi saya..apa yang ada,saya bersyukur…dan kita sebenarnya haruslah lebih konsisten dalam memantapkan ekonomi hidup..dan bukan bergantung dgn imbuhan/subsidi/dll..

    Baguslah kalau kerjaan dah mula prihatin.Bukankah itu yg kita mahu? Cuma kalau bajet kali ni tak menepati situasi yg kita lalui,maka sentiasalah beringat…bukan senang nak memuaskan hati semua.Dan fitrah manusia tu sememangnya tak tahu erti kepuasan.

    Selamat menjalani kehidupan :)

    Entri terakhir shila yang dikemaskini : PERSOALAN HIDUP: Haruskah Ada Sebuah Jawapan?

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    ya masing-masing punya pandangan. mereka juga perlu konsisten dalam mentadbir negara dan menjaga rakyat.

    klu mereka prihatin mesti adil dan saksama. mereka juga mesti ingat rakyat juga berjuang demi negara hehe.

    senyum selalu ;)

    [Balas Komen]

  7. aeropama dot com kata :

    untuk rebat cukai tu, aku pun tak dapat faedahnya. pendapatan bercukai aku lebih 35k setahun :(

    tentang barangan pengguna, masih ada persoalan di otak aku. Adakah dgn pengurangan duti import akan mendorong kepada penurunan harag? tidak! sejarah dah buktikanya. kau lihat saja dgn penurunan harga minyak. barang masih mahal. pg tadi pekena nasi lemah biasa, harga RM3. mahal!

    budget thn ni tiada yang WOW! pun. lebih kpd memulihkan populariti yg menjunam dgn pengecualian2 bayaran yang kununnya menampakkan kerajaan prihatin padahal tidak praktikal.

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    sama lah dengan aku, tiada pengecualian rebat pendapatan.

    nampaknya mereka suka mengalihkan perhatian kepada perkara lain. kesedaran itu yang perlu rakyat titikberatkan.

    mahal bagi golongan kita, bagaimana golongan yang lebih miskin dan kurang pendapatan dari kita!?

    [Balas Komen]

  8. |1f34|-|1r3 kata :

    aku nk tanya ko…bil letrik umah ko sebulan berapa? apsal RM20 ke bawah x yah bayar? kalau nk bg syg…bg rebet RM20 tros cam selangor buat utk kes air….citt pooodah

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    itu yang aku maksudkan. rebat tersebut lebih kepada golongan yang kurang mampu. kesimpulannya kerajaan prihatin kepada golongan tersebut.

    xpelah, nampaknya kita tak boleh nak harapkan kerajaan lagi. kita harus mencari alternatif sendiri utk menjalani kehidupan.

    [Balas Komen]

    |1f34|-|1r3 Reply:

    bukan.maksud aku bukan camtuh…lepas bil letrik naik julai ari tuh..ko rasa berapa kerat sangat yg guna bil letrik bawah rm20 ?

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    kau rasa golongan yang macam mana guna letrik dibawah RM20!? itu maksud aku eheh :p

    [Balas Komen]

    |1f34|-|1r3 Reply:

    aku rasa dh xwujud pon org guna elektrik bawah RM20..even org plg miskin pon aku rasa plg sket pon akan atas RM20…confirm punya…ada gak golongan miskin yg bawah RM20 bil api dia..pasal dia xpakai letrik langsung !!

    [Balas Komen]

  9. mrkay kata :

    kalo ikut logik la kan, ko ada tv peti sejuk je pon dah bleh buat bil elektrik lebih RM20.. yg kaki internet mcm kite ni, yg programmer mcm aku ngan ko ni, pakai pc/laptop, lagi takde harapan nak dpt rebet tuh.. haha

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    tau takpe, maknanya betullah kerajaan prihatin kepada golongan kurang mampu. agaknya mereka juga tergolong dalam golongan tak banyak songeh hoho.

    [Balas Komen]

  10. shaxx kata :

    honestly… prihatin kat sapa eh? rakyat yg mana?

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    eheh sendiri mau ingat la. sudah tentu kepada rakyat yang kurang berkemampuan huhu

    [Balas Komen]

    azwan Reply:

    kalau betul lah ramai rakyat kurang berkemampuan, apakah tindakan kerajaan, hanya announce bantuan di waktu budget?

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    tahu takpe. tapi ak rasa part ni ada ketirisan dari pihak yang menguruskan sesuatu bantuan dari terus sampai ke tangan yang memerlukan.

    aku dapat lihat sendiri contoh yg berlaku apabila kerajaan menyalurkan bantuan banjir di kota tinggi. aku tak tahulah berapa ramai yang terlibat huhu.

    [Balas Komen]

  11. titan kata :

    hehe. kita tengok nanti macam mana. Aku cuma mampu senyum aje bila tengok list bajet 2009.. :D

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    ya lah kita tunggu dan lihat memandangkan ianya adalah perancangan mereka. yang penting perlaksanaannya.

    [Balas Komen]

  12. MOHD HAFIZ BIN RAHIMAN @ AHMAD kata :

    SAYA HARAP PIHAK KERAJAAN DAPAT MEMBANTU SAYA UNTUK DIAMBIL BEKERJA SEBAGAI PEKERJA AWAM SAYA DAH LAMA MENUNGU HARAP PIHAK KERAJAAN DAPAT MEMBANTU DENGAN SECEPAT MUNGKIN

    [Balas Komen]

Tinggalkan Komen.