Berehat Seketika Dan Nikmati Kehidupan Yang Indah!
Teringat kata-kata arwah atok aku,
“Yang sudah, sudahlah. Hidup tetap kena teruskan juga. Buat perkara yang patut dulu“.
Begitulah lebih kurang bunyinya, kata-kata itu tetap bermain didalam fikiran aku jika kemelut rasa bergelodak dalam diri.
Penat memikirkan strategi seterusnya. Penat tengok LCD Megpy aku lama-lama. Penat mengatur rencana demi masa depan. Penat menyusun strategi antara projek-projek luar talian (offline). Penat menahan kesakitan yang belum nampak tanda kesudahan. Penat memikirkan masalah negara. Penat segala-galanya.
Yang akhirnya bakal aku membuat beberapa keputusan. Keputusan yang bakal aku ambil tidak menyusahkan sesiapa. Keputusan yang aku ambil mungkin akan membuatkan orang lain cemburu.
Aku nak pegi berurut satu badan!
Kredit gambar - TooFunnyJoke.
Technorati Tags: urut, rehat, blog
September 23rd, 2008 at 3:29 am
haha..menarik tuh…aku pernah pegi mengurut skali…ikut member aku kije TNB yg trauma lepas menara TNB tumbang kat sabah tuh….aku pon blasah la layan beb..
[Balas Komen]
Megat Reply:
September 23rd, 2008 at 9:28 am
sesekali takpe. jangan jadikan badan kita season sangat eheh. kadang-kadang sakit badan dibiarkan lelama camtu tak bagus juga nanti melarat eheh.
[Balas Komen]
September 23rd, 2008 at 9:03 am
aku mengurut cara kampung jer.. best pon best.. sihat pon sihat.. selamat berurut
Entri terakhir smaelz83 yang dikemaskini : How Good Is Your Readability
[Balas Komen]
Megat Reply:
September 23rd, 2008 at 9:30 am
lagi bestkan dah lah urut satu badan, lepas tu dapat mandi limau. lepas tu dapat minum telur ayam kampung + herba utk kelancaran darah dalam badan.
[Balas Komen]
September 23rd, 2008 at 9:19 am
aku ni pengeli orgnya..so xbole la org nak urut badan aku..huhu
Entri terakhir chot yang dikemaskini : sekadar fhoto
[Balas Komen]
Megat Reply:
September 23rd, 2008 at 9:32 am
wah secara tak langsung ramai dah tahu kelemahan kau wakakaka. aku ada ramai kawan jenis macam kau ni. pantang cuit dia punyai menggelatak semacam eheh.
yang pelik klu awek pegang tak pulak camtu wahaha.
[Balas Komen]
kita Reply:
September 23rd, 2008 at 9:55 am
aku pun pengeli gak..nga bini pun geli gak :)
[Balas Komen]
September 23rd, 2008 at 9:34 am
Berehat Seketika Dan Nikmati Kehidupan Yang Indah! | MEGAT…
Penat memikirkan strategi seterusnya. Penat tengok LCD Megpy aku lama-lama….
September 23rd, 2008 at 9:51 am
Dah lama x pegi urut kat tukang urut profesional nih, mudah sakit kepala nih mungkin angin dalam badan, nak pegi cari jugak la nanti..huhu
Entri terakhir ezad yang dikemaskini : Cincin Informasi..sape nama dia ek?
[Balas Komen]
Megat Reply:
September 23rd, 2008 at 1:04 pm
tukang urut profesional, ada eh? klu gitu boleh la pegi sesama zad? eheh.
[Balas Komen]
September 23rd, 2008 at 9:54 am
elokla bawak bersantai macam kucing kat gambar tu :)
Entri terakhir shaxx yang dikemaskini : What to Write Today?
[Balas Komen]
Megat Reply:
September 23rd, 2008 at 1:05 pm
klu santai macam kat dalam gambar tu, itu tukang urut gatai ehehe.
[Balas Komen]
September 23rd, 2008 at 10:03 am
owh! entri kau ni kali ini buatkan pembaca mau berurut. jangan tersalah pergi umah urut kemudian minta urut di bahagian ain sudah lah. kerana itu yg biasa terjadi….
[Balas Komen]
Megat Reply:
September 23rd, 2008 at 1:14 pm
tak kira apa yang kita lakukan, sesekali perlukan belaian. cuba bayangkan sudah berapa lama jasad ini berbakti kepada kita!?
ada eloknya membuang angin-angin, sesakit sendi, melancarkan peredaran darah yang secara tak langsung menjadikan badan kita sihat kan!?
biasa nya kalau pegi umah urut yang macam kau maksudkan adalah tergolong pada kategori manusia tertentu. itu urut juga tapi sesambil tambah dosa huhu.
[Balas Komen]
September 23rd, 2008 at 10:05 am
Betul tu bro.yang dah lepas,jangan ditangisi lagi.jadikan ia satu pengajaran dalam kehidupan bagi mengharungi segala onak dan ranjau.semoga akan datang akan lebih cemerlang.bez of luck bro.
[Balas Komen]
Megat Reply:
September 23rd, 2008 at 1:07 pm
terima kasih paan. insya allah jika diberi petunjuk yang baik, maka segalanya akan jadi lebih baik.
cuma part-part macam nie kena la usaha demi utk kesihatan.
[Balas Komen]
September 23rd, 2008 at 11:59 am
aku nak pause sekejap la life aku lepas raya ni. aku nak buat back 2 back nature adventure backpacking. kita ke kenyirrrr dan taman negaaaraaaa. weeeheee hehe
[Balas Komen]
Megat Reply:
September 23rd, 2008 at 1:08 pm
alamak syok nya zam! erm… klu dapat kumpul para blogger pegi ke tempat2 macam tu lagi la syok!
insya allah akan datang kita boleh rancang seperti itu.
[Balas Komen]
September 23rd, 2008 at 12:24 pm
mmg penat 2-3 hari ni
nasib baik Aidilfitri hanya sekali
best juga pergi urut..pergi sauna ke..spa ke…belai², buat facial …hehehhe
kena minta bajet lebih dari cik abg la ni..:D
[Balas Komen]
Megat Reply:
September 23rd, 2008 at 1:10 pm
huhu botak kepala abang akak. tapi xpe, sesekali kan rasa seronok. bagi saya suatu pengorbanan juga utk sang isteri yang menabur bakti tanpa balasan.
[Balas Komen]
September 23rd, 2008 at 2:37 pm
Saat saya baca entri En Megat ni,saya baru sahaja balik dari buat urutan badan,spa dan facial…saya ambil pakej keseluruhan ni berharga rm100 sempena promosi hari raya…
Memang bagus,dan memang melegakan!
Cubalah,en megat…..:)
Entri terakhir shila yang dikemaskini : Manuskrip Baru…
[Balas Komen]
Megat Reply:
September 23rd, 2008 at 4:37 pm
alahai apa yang saya mampu setakat ini hanyalah urutan tradisional je. badan saya teramat jarang diurut. sakit seliuh pun sy x pernah urut.
nak rasa juga ya macam mana mandian spa eheh.
[Balas Komen]
September 23rd, 2008 at 2:52 pm
aku suka mengurut orang..sapa2 mau diurut, contact aku..free of charge..he he
[Balas Komen]
Megat Reply:
September 23rd, 2008 at 4:39 pm
erk? betul kah? bukan apa, ada sekali sorang teknisyen aku. dia kata pandai urut dan memang dia pandai urut tetapi sebabkan urut badan aku, dia dpt demam teruk huhu.
teruk sgt kah badan aku!?
[Balas Komen]
Mohd Hafifi Reply:
September 24th, 2008 at 3:03 am
haha..smpi demam dia urut..klu aku tak tahu la, aku urut2 ni mmg aku sk…aku sllu urut kawan2 aku dan ayah aku bila di kg, klu aku nak diurut aku kena p downtown..tp kena kuar duit la..hehe..
[Balas Komen]
Megat Reply:
September 24th, 2008 at 12:05 pm
kata orang tua-tua, mengurut ni kena pulang asam garam. baru penyakit tak berpindah kepada tukang urut, ntah la.
[Balas Komen]
September 23rd, 2008 at 3:58 pm
mak cakap budak2 x boleh berurut… nnt rosak badan… huhu. tgu dah besar sket bru pegi b’urut. cam besh je… hik3 :)
Entri terakhir aisyahkama yang dikemaskini : Tagged by Odin
[Balas Komen]
Megat Reply:
September 23rd, 2008 at 4:42 pm
itu kata orang tetuam supaya badan tidak dimanjakan. tengok ajer lah bebudak skang nie, mengaduh skit je urut. last-last tetiap malam mintak urut (macam anak-anak aku).
dah lama tak urut sekali dapat urut syoknya.
[Balas Komen]
September 23rd, 2008 at 4:03 pm
Biasanya mengurut ni saya suka ngan orang kampung, makcik yang selalu urut orang dalam pantang tu..ehe.. :)
Tapi, pernah sekali saya bercuti kat sebuah resort di PD, ada ditawarkan buat refleksologi, masa tu 1st time buat benda alah tu, tukang urutnye dari china…memang mantap!!sampai terkeluar2 air mata menahan sakit..bila bangun tidur esoknya, memang best!! Ringan je rasa kaki.
Entri terakhir JuliaNa yang dikemaskini : ~ Seribu Impian ~
[Balas Komen]
Megat Reply:
September 23rd, 2008 at 4:55 pm
tukang urut macam tu yang kita cari. klu ikutkan byk kategori tukang urut ni, sama ada by heart (kampung) atau refleksplogi.
kebanyakan orang skang dah menerima pengurutan secara refleksologi dimana lebih logik dan berkesan.
[Balas Komen]
September 23rd, 2008 at 5:17 pm
wey.. tgn aku dislocate lg… mmg kne urutla.. sengal giler ni
Entri terakhir cmomoc yang dikemaskini : Hello world!
[Balas Komen]
Megat Reply:
September 23rd, 2008 at 5:23 pm
lor bukan ke mak kau pandai urut mok!? ingat lagi mak kau urut anak sulong aku. masa tu hari raya ke 2 kan? eheh.
[Balas Komen]
September 23rd, 2008 at 7:29 pm
aiseh~
sy geli bila org urut hahaha
Entri terakhir Adila yang dikemaskini : Selamat Kembali ke Sekolah!
[Balas Komen]
Megat Reply:
September 23rd, 2008 at 9:45 pm
sorang lagi penggeli hoho.
mcm mana nak training mwahaha.
[Balas Komen]
September 24th, 2008 at 9:47 am
haha…pi bekam orait jugak kalu :)
Entri terakhir adi yang dikemaskini : Siaran Laluan Trafik Kurang Relevan
[Balas Komen]
Megat Reply:
September 24th, 2008 at 12:07 pm
bekam pun syok juga eh. boleh juga sekali sekala layan bekam.
[Balas Komen]
September 24th, 2008 at 9:59 am
haha.. mana port..
badan aku nie sengal2 gak nie..
[Balas Komen]
Megat Reply:
September 24th, 2008 at 12:08 pm
cari pengurut kampung dah la. janji urut makin baik la, jangan lepas urut makin teruk mwahaha.
[Balas Komen]
September 24th, 2008 at 10:27 am
haha. mau pergi berurut rupanya objektif kali ni..
jgn urut bukan2 sudah.. hehe
Entri terakhir myadlan yang dikemaskini : Ramadhan’s Tag and Facelift
[Balas Komen]
Megat Reply:
September 24th, 2008 at 12:11 pm
oh kisah bebukan tak termasuk dalam entri di atas. just thinx +ve eheh.
ya lah kena juga berurut pasal dah ramai yang galakkan aku pegi urut.
seumur hidup aku baru 2 kali pernah berurut itu pun bahagian anggota badan.
belum pernah urut secara total.
[Balas Komen]
September 24th, 2008 at 11:04 am
slm bro, moga sihat2 hendaknya..lelagi pas kena urut,hehe..aku tunggu sok kahwin jelah mintak bini urut,hihi..
[Balas Komen]
Megat Reply:
September 24th, 2008 at 12:13 pm
salam acai,
suh bini urut, lepas tu aku kena urut tangan dia balik. katanya badan keras huhu.
ya lah bekas pemain rugby. skang ni byk otot yg dah jatuh. klu dulu byk yg kekeras eheh.
[Balas Komen]
September 24th, 2008 at 11:09 am
berehat perlu untuk kita ….. seseskali dapat rehat yg best, nak mulakan kerja terasa semangat giler :)
[Balas Komen]
Megat Reply:
September 24th, 2008 at 12:15 pm
ya banyak kebenarannya tentang rehat. kadang-kadang terlalu lama memikirkan sesuatu tanpa henti akan menyebabkan otak dan badan terlalu letih dan penat.
[Balas Komen]
September 24th, 2008 at 2:25 pm
feekling betul kucing tu…
[Balas Komen]
Megat Reply:
September 24th, 2008 at 3:04 pm
eheh. cuba akak bayangkan kucing siap sendawa angin wakaka.
[Balas Komen]
September 26th, 2008 at 11:52 am
huhuhu..tgk mcm best je kene urut…hik3..teringat kenangan time berurut dgn member…adehh tak tahan asyik gelak jer..hehe
[Balas Komen]