Blog, Serapan Dari Minda Dan Emosi Penulis
Aku pernah menulis mengenainya sebelum ini. Tetapi aku perlu perjelaskan dengan lebih lanjut. Atau aku segarkan kembali entri-entri yang tersimpan kemas dalam stor data (database) blog ini. Mungkin kerana terlalu banyak pertanyaan dari penulis baru yang mungkin ‘malas’ nak selongkar entri-entri yang sepatutnya telah menjawab persoalan mereka.
Aku senaraikan beberapa persoalan yang timbul kembali malah semakin banyak seperti …
- Dimanakah saya boleh dapatkan idea hendak menulis?
- Perlukah saya merujuk kepada mana-mana bahan untuk saya menulis?
- Perlukah saya memiliki bakat untuk menulis?
- Mungkin saudara ada cadangan untuk dijadikan guideline untuk menulis?
Cukup aku senaraikan persoalan yang hampir sama maksudnya dan terlalu tipikal. Seolah aku terpaksa menyediakan ruang FAQ (Frequently Ask Question) eheh!
Tak perlulah kau (penulis baru) takut untuk menulis. Pertama yang aku boleh kongsikan dengan kau ialah dimanakah kau meletakkan kedudukan minda dan emosi ketika menulis!?. Ini adalah kenyataan yang kau harus terima jika kau mahu menjadi penulis yang berkualiti!
Ya minda, minda sebagai pencetus idea (keluar mentol kat atas kepala wakaka)! Kau harus tahu setiap perkara yang lakukan perlukan cara pemikiran tertentu yang menggambarkan kepintaran dan kebijaksanaan kau untuk menghasilkan idea-idea tertentu. Namun setiap manusia memiliki cara berfikir dan kepintaran yang berbeza, tetapi kau juga perlu tahu kebijaksanaan boleh diasuh jika kau rajin.
Bagaimana dengan emosi!? Emosi juga mainkan peranan yang penting! Emosi dapat mewujudkan suasana di dalam blog kau. Tak kisahlah sama ada blog peribadi atau blog perniagaan, ianya tetap ada terapan emosi. Blog perniagaan perlu bermain dengan emosi untuk menarik perhatian pembeli bukan!? Cuma kau perlu kawal supaya tidak meleweh-leweh atau keterlaluan. Pembaca tidak berminat untuk membaca blog yang terlalu banyak ‘ayat berbunga-bunga’ dan yang penuh dengan emosi!
Setelah kau dapat terapkan minda dan emosi di dalam blog kau, maka lahirlah blog yang penuh jiwa. Kau akan dapat merasainya. Seperti lagaknya pasangan bercinta antara penulis dan blognya. Terhasillah kepuasan!
ps : aku juga masih belajar untuk menulis dengan lebih baik!
Technorati Tags: blog, minda, emosi, jiwa
August 9th, 2008 at 9:59 pm
Aku tak kata bukan semua orang boleh menulis,tapi kalo nak jadi seorang blogger yang baik..ko mestilah mahu menulis…Perbetulkan niat korang.”Aku menulis bukan kerana nama”Aku suka berpegang dengan pepatah nie…Niat lah dalam hati menulis untuk berkongsi…tak kisah la apapun yang ko nak kongsikan …tak salah pun nak kongsikan apa yang ko rasa…maybe,ada mereka-mereka yang berminat untuk beajar sesuatu dari kisah hidup kau…tapi ingat
SHARING IS CARING!
betul tak bro???hehehe
[Balas Komen]
August 9th, 2008 at 11:28 pm
aku nyer tips plak simple je. aku kena pastikan setiap entry ada gambar. hehe senang sket aku nak ada idea lepas tuh. hehe ok kan. hehe :)
[Balas Komen]
August 10th, 2008 at 12:59 am
paan - setuju! bersifat terbuka juga satu sikap penulis
knizam - skill masing-masing kan? tapi klu inginkan pendapan spt program PPC kena tgk juga ada x pelawat ke blog eheh
[Balas Komen]
August 10th, 2008 at 7:01 am
menulislah ketika emosi kau gembira dan menulislah seperti kau sedang bercakap dengan kawan kau. pasti entri itu akan menarik…
skrg ni aku mengomen dalam emosi mengantuk. tak tido lagi ni. dah pukul 7 pagi beb
[Balas Komen]
August 10th, 2008 at 10:16 am
itulah yang sepatutnya…bukan senang nak tarik orang baca apa yang kita tulis ni..
[Balas Komen]
August 10th, 2008 at 10:22 am
a’ah menarik artikel mengenai ‘penulis blog satu jiwa’ tu. Aku baru perasan sekarang ada sekali dua aku rasa cam aku terpaksa update blog. perasaan terpaksa tu mgkn sebab utama aku tak dapat berikan roh pada penulisan aku. nampaknya byk benda kena belajar ni dari segi pemikiran, emosi, skill penulisan
[Balas Komen]
August 10th, 2008 at 1:10 pm
syam - bagi aku, aku akan menulis dalam situasi emosi apa saja sekali pun. janji penulisan itu keluar dari jiwa yang ikhlas. ohoho bermalam kau ya.
mohd hafifi - memang betul. bukan senang. aku yang menulis dari tahun 2003 pun masih banyak yang perlu belajar.
taukey - jangan menulis kerana terpaksa kerana penulisan kau akan cacat dan tiada jiwa (chewah mcm filem p. ramlee lak eheh). insyaallah tenangkan fikiran.
[Balas Komen]
August 11th, 2008 at 12:33 am
idea untuk menulis? Bila aku rasa aku perlu tulis sesuatu. Aku coret saja di blog-blog aku..
[Balas Komen]
August 11th, 2008 at 12:50 am
titan - tetapi blog kau penuh dengan entri yang berinformatif!
[Balas Komen]