Cara Mudah Untuk Membina Dan Mendapatkan Trafik Ke Blog

Hari ini blog semakin popular dan mendapat tempat untuk berkongsi pendapat, ilmu dan mendapatkan pendapatan. Terpulanglah kepada kau bagaimana kau ingin persembahkan kepada umum.

Aku korek kembali tip-tip membina dan mendapatkan trafik ke blog yang telah aku tulis sebelum ini untuk rujukan. Antaranya :

Ditujukan khas kepada pembaca blog ini yang bertanyakan perihal membuat blog dan mendapatkan trafik! Tak rugi rasanya aku berkongsi ilmu yang aku ketahui.

Aku akan cuba untuk menulis lebih baik mengenai tip-tip tentang topik yang pernah aku isukan disini, insyaallah jika aku lapang dan tidak terikat dengan beberapa projek aku. Malah aku cuba huraikan dengan lebih terperinci.

Suka aku ingatkan jika kau ingin benar-benar menjadi penulis, kau perlu tabah dan menanti sambutan blog kau dari diketahui umum. Kau juga perlukan beberapa cara untuk menjadikan blog mendapat trafik yang tinggi.

Secara kasarnya, jadilah penulis yang baik dan punyai pengolahan sendiri tanpa meniru dari tulisan penulis lain. Kau sepatutnya punyai pengolahan dalam penulisan dengan cara kau sendiri dan unik!

Technorati Tags: , , , , signature, rangkaian sosial

Kau suka membaca entri di blog ini? Terus menikmati dan menerima kemaskini artikel-artikel menarik dengan melanggan RSS ini!

Entri-entri lain yang menarik

38 Responses to “Cara Mudah Untuk Membina Dan Mendapatkan Trafik Ke Blog”

  1. negaraku.net kata :

    Cara Mudah Untuk Membina Dan Mendapatkan Trafik Ke Blog | MEGAT…

    Aku korek kembali tip-tip membina dan mendapatkan trafik ke blog yang telah aku tulis sebelum ini untuk rujukan…

  2. KNizam kata :

    kadang bila2 aku tulis full bm ada orang complaint. full BI pun ader yang complaint. rojak lagilah ada yg complaint. last2 aku yg confuse. haha

    tapi bila difikirkan kembali kenapa aku buat blog. aku tahu apa yg aku nak. hehe

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    ya, kita kena lihat kembali kenapa kita mula menulis dan kita akan dapat tahu dimana silapnya. penulisan yang baik adalah datangnya dari minat kita sendiri, bukan memaksa.

    blog yang ini aku kaji tentang pasaran tempatan sama ada aku boleh menarik trafik tempatan. lepas tu baru aku boleh fikir secara serius tentang blog BI dan blog niche.

    aku rasa setakat ini aku berpuas hati dengan pencapaian blog ini yang sudah mencapai trafik yang aku kejar selama ini huhu.

    [Balas Komen]

  3. KNizam kata :

    eh lupa nak bagitau, gaya penulisan ko antara yg aku kagumi selain mohdismail.net

    mmg sempoi la blog ko. hehe

    Entri terakhir KNizam yang dikemaskini : Since When Wordpress.org Updated It’s Gravatar’s Menu ?

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    terima kasih zam. aku rasa masing-masing cuba mencapai matlamat masing-masing kan?

    blog kau juga tiada kurangnya. punyai niche tertentu yang melibatkan mengenai makanan, makan angin (tempat menarik) dan kisah hidup.

    insyaallah kita akan berjaya dalam bidang yang kita minati eheh

    [Balas Komen]

  4. Fahmishah kata :

    Dahulu kau masih tercari-cari gaya penulisan kau. Sekarang sudah jumpa apa yang di cari?

    Entri terakhir Fahmishah yang dikemaskini : Merdeka! Merdeka! Merdeka!

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    kau perasan ya? benar, masih tercari-cari dan kini aku rasa aku mulai nampak jalannya. dalam masa yang sama aku masih mengkaji dalam memperkenalkan blog ini.

    aku percaya kita adalah golongan terawal dan kemungkinan pada masa akan datang saingannya lagi tinggi. sekurang-kurangnya apa yang kita lakukan sekarang akan mendapat tempat kepada generasi baru eheh.

    [Balas Komen]

  5. Adila kata :

    hehehe tips yg bagus! :D
    sy kengkadang still terfikir gak.. nape sy buat blog?
    last2 sy sure fikir yg sy tulis blog utk diri sy sendiri
    blog jadi tempat sy kluarkan ape yg sy fikirkan tanpa amik kira sama ada sy akan menyinggung org ke tak :P hehehehe

    Entri terakhir Adila yang dikemaskini : Tutorial : Vector

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    hoho seperti syok sendiri eh :p

    penulisan yang dibuat atas kehendak diri pun menarik juga. perkongsian kisah hidup dan pengalaman.

    [Balas Komen]

    Adila Reply:

    yess!! tepat skali haha
    tapi ye la kan~
    penat la kalau asyik nak jaga hati org je~
    blog tu tmpt nak hentam cukup2~ hehe

    Entri terakhir Adila yang dikemaskini : Meet NIKO my new baby~

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    sy semasa awal pembabitan begitu juga tapi kini lebih serius sedikit. itu pun kerana menulis dan dapat hasil duit tambahan.

    [Balas Komen]

  6. aman kata :

    salam ramdhan bro.. :D

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    salam ramadhan aman ;)

    [Balas Komen]

  7. zen kata :

    cara mudah unt dptkan traffik bg aku senang sj….

    1-tulis aper yg ko minat - musik, tecknologi, art -pastu cari site yg sama cam ko -komen kat situ
    2-jd manusia pertama yg menulis topik itu
    3-link in and link out - mesti ader blogger yg perasan kewujudan blog kau
    4-yang lain2 fikirkan sendiri

    kepada Knizam penggunaan bahasa melayu atau ingris tepulang kpd kau - maksud aku bergantung kpd target user kau, nak mat saleh paham ko tulis dlm bahasa dia org laa..

    Entri terakhir zen yang dikemaskini : Reuse Or Recycle Or Called What Ever You Want

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    info menarik sebagai tambahan entri ini. terima kasih.

    ini juga salah satu fungsi blog, dapat berkongsi ilmu secara menyeluruh.

    [Balas Komen]

  8. aeropama dot com kata :

    cun! aku yang gila traffik ni akan praktikkan apa yang kau ajar.

    ps: kau sudah mula monitizekan blog ini dgn rakusnya megat. kool!

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    insyaallah aku kongsi yang mana patut, ilmu tak baik simpan sorang eheh.

    ps: uiks dapat kesan ker mwahaha.

    [Balas Komen]

    aeropama dot com Reply:

    mesti dapat kesan bro. aku follow blog ko dh lama dah. setiap perubahan di sini mendapat perhatian aku :D

    Entri terakhir aeropama dot com yang dikemaskini : Kerjaya dalam Industri Minyak & Gas Bersama UMW Oil & Gas Sdn Bhd

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    erk!? dah lama? sori bro aku baru perasan. mungkin selama ini kau hanya bertindak sebagai silent reader.

    apa pun terima kasih atas sokongan dari kau ;)

    [Balas Komen]

    aeropama dot com Reply:

    dulu aku jd silent reader je :D

    [Balas Komen]

  9. Extremist Thinker kata :

    akoo belogz sbb akoo nk angkat martabat kelakian disamping meningkatkan taraf hidup kewanitaan. paling penting, akoo belogz sebab akoo dpt menaip! hoyeeeee. slmt berbelog bro.

    p/s: dah nmpk dah kisah hidup bro… dulu2 cs, skang pr belogz plak ye. pasnie jd pak pedane menteli la bro. huhu!

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    sebaiknya kita menaikkan martabat manusia, tak kiralah lelaki atau wanita. selamat berbelog juga buat kau!

    ps: itulah dunia internet. menjadikan kita bertambah matang disamping peluang yang terbuka luas eheh.

    [Balas Komen]

  10. titan kata :

    hehe..setiap orang ada pandangan yang sangat berbeza tentang blog. Jadi, itu yang menjadikan blog lebih menarik.

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    setuju. seperti pandangan mereka tentang dunia juga eheh. lebih baik pandangan tersebut datang dari pengalaman kan!?

    [Balas Komen]

  11. Extremist Thinker kata :

    sepam bley bro? kul 6 xtaw nk buat ape. hehe! tnggu bukak!

    Entri terakhir Extremist Thinker yang dikemaskini : Hikayat Jaakpa Tonggek

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    aik rajin pulak kau eh mat :p

    promosi eh mwakaka.

    [Balas Komen]

  12. samdaddycool kata :

    bagus arr camtu megat.. u found what u want…. Aku masih mencari-cari dalam dunia blogging…

    p/s - another good info!

    Entri terakhir samdaddycool yang dikemaskini : Ramadhan al-Mubarak wishes

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    insyaallah. kau pun akan jumpa yang kau mahukan cuma perlukan sedikit pembaharuan, mungkin ;)

    thanks!

    [Balas Komen]

  13. xmindfreakx kata :

    ahha…ape hala tuju penulisan aku yer?hrm..lebih kepada diri sendiri la megat.lebih kepada mata aku sendiri..mana yang x kena,akan aku cuba sampaikan melalui pergerakan jari2 aku.aiseh…sebab aku bukan buat blog untuk pendapatan( buat masa nie)

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    akan datang pasti kau ada matlamat lain, itu pun klu kau masih berada dalam talian (internet).

    ya aku mula2 pun macam tu, menulis hanya kerana minat dan kini masih lagi cuma sesambil cari peluang utk tambah pendapatan.

    mencari peluang pendapatan ni tak semestinya online, offline pun kita dok sibuk kejar juga kan!? eheh

    [Balas Komen]

  14. topo kata :

    hohoho aku ni penulis gaya bebas yg sekarang ni tengah gian nak menulis sebab server aku down….. hohohoho

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    bagus juga kategori tu, penulis gaya bebas eh. eheh.

    alahai server down. mesti tangan dah gigil nak menulis huhu.

    [Balas Komen]

  15. myadlan kata :

    da lama nak baca tips2 ni cuma tak berkesempatan plak. just star kan je dlm reader.
    btw info kali ni cukup ringkas dan padat.
    bleh la wat ala2 free ebook plak kan lps ni.. compile dlm PDF plak

    Entri terakhir myadlan yang dikemaskini : New MyVi 2008

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    klu dah buat ala-ala ebook dah ala-ala kena jual wakaka. amcam sanggup beli!?

    klu dah ala-ala ebook, pengisian lebih terperinci dan byk tip-tip killer yang reveal :p

    [Balas Komen]

  16. en_me kata :

    salam ramadhan almubarak encek megat ittewww..

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    salam ramadhan juga. ;)

    [Balas Komen]

  17. KampungBoy kata :

    Act…kebanyakan info yg ada nie megat semuanya yg biasa didengar. act…aq minat dengn gaya penulisan ko yg santai n sempoi. Thanks 4 the sharing…

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    insya allah perkara baik kita kongsi sama. mungkin aku melakukan perkara yang sama tetapi biarlah mengikut acuan sendiri kan!?

    no prob bro, terima kasih ;)

    [Balas Komen]

Tinggalkan Komen.