Category: Artikel

Panjang pula tajuk pada kali ini (eheh), tapi sekurang-kurangnya aku nak kau tahu apa yang aku maksudkan. Izinkan aku memperkenalkan secara asas apa yang dimaksudkan dengan perkhidmatan yang semakin popular iaitu twitter.

Twitter adalah sejenis perkhidmatan  jaringan sosial yang percuma dan juga perkhidmatan blog mikro yang disediakan untuk kemudahan kau menghantar berita terkini dari kau. Kau berinteraksi secara terus dengan pengguna-pengguna lain yang mengikut kau (follower) dan pengguna-pengguna yang kau ikut (following) setelah kau mendaftar untuk menggunakannya. Dan setiap kemaskini dari kau akan dihantar ke laman milik kau dan kemaskini dari kau akan dapat diterima oleh pengguna-pengguna lain yang berpaut pada laman kau. Mudah bukan!?

Dan yang paling menarik, kemaskini kau boleh dilakukan melalui sms tetapi teks yang kau hantar hanya boleh sehingga 140 aksara sahaja. Ianya percuma dan hanya dicaj oleh perkhidmatan operator talian yang kau gunakan sahaja.

Berminat? Daftar disini dan jangan lupa untuk dapatkan kemaskini dan berhubung dengan aku!

Technorati Tags: , ,

Dalam menghadapi dunia yang sudah semakin mencabar dengan bertambahnya jumlah perbelanjaan seisi keluarga, sudah tentu kita akan berusaha untuk menambah pendapatan keluarga. Ini penting untuk menjaga keharmonian dan menjana keselesaan seisi keluarga. Apa yang dapat aku lihat, ramai antara mereka telah mulai cuba untuk mencari pendapatan sampingan seperti melakukan dua kerja dan mencari peluang punca sama ada memulakan perniagaan kecil secara tradisional mahu pun dalam talian (online).

Yang menjadi ianya bertambah memeritkan apabila setiap langkah untuk mencari pendapatan sampingan tersebut gagal sama sekali disebabkan tiada langsung pengalaman dalam perniagaan mahu pun dalam pengurusan kewangan. Kau perlu tahu untuk capai kehendak yang semakin mencabar ini, memang tiada jalan singkat dan untuk itu kau harus belajar bagaimana ingin mencapai kejayaan dengan mencontohi mereka yang telah berjaya. Bagaimana caranya untuk kau terus mencapai kejayaan tersebut?

Mentor Jutawan Bersama Irfan Khairi, aku mencadangkan kau memilikinya untuk mempelajari minda, strategi dan teknik kekayaan 8 ikon jutawan di Malaysia!

Kau boleh jadikan mereka sebagai mentor dimana banyak tip-tip secara ilmiah yang dikongsi bersama hasil dari temuramah dari Dr Irfan Khairi sebelum ini. Bukan senang untuk seorang jutawan berkongsi pengalaman, tip-tip, rahsia dan prinsip mereka. Untuk menjadi jutawan bukan mudah dan ianya juga tidak mustahil tapi ia memerlukan strategi yang jitu dan kau sendiri yang menentukannya.

Jangan tunggu lagi, mulakan langkah pertama! Siapa tahu apa yang kau mulakan hari ini merupakan langkah pertama untuk kejayaan diri kau sendiri!? Paling tidak kau boleh sertai Program Affiliate Mentor Jutawan bersama Irfan Khairi untuk menjana pendapatan sampingan.

Technorati Tags: , , ,

Hati memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia dimana ia dapat menjana kebolehan manusia bermain dengan emosi. Ia boleh terbentuk dalam keadaan yang baik atau pun sebaliknya.

Hari ini aku ingin menyentuh mengenai penyakit bawaan hati yang agak kronik dalam kehidupan moden kita. Kau pasti sudah tahu, kebanyakan gejala-gejala yang tidak baik sejak kebelakangan ini adalah datang dari hati atau emosi yang tak terkawal dari setiap sesetengah individu.  Gejala-gejala yang berlaku seperti bunuh diri, membunuh, rogol, melakukan perkara diluar kawalan dan sebagainya. Mengapa harus berlakunya sedemikian?

Dalam dunia yang semakin mencabar, serba moden dan keinginan untuk mencapai sesuatu. Kau sering lupa kehidupan kita sebenarnya dipenuhi dengan tekanan. Kau akan lebih cenderung untuk mendapat mendapat penyakit hati tersebut. Sebenarnya, terdapat banyak sebab yang boleh kita sentuh untuk menyelami penyakit bawaan hati ini dan kebanyakkannya kau sudah tahu puncanya. Apa yang aku nak tekankan adalah punca utamanya iaitu kawalan emosi.

Emosi yang sering tidak stabil adalah punca utama penyakit hati boleh berlaku. Kau tahu jika kau tidak menjaga hati kau sendiri, siapa lagi. Jangan biarkan kau berendam dengan emosi yang tidak sihat terlalu lama dan terbawa-bawa sehingga ke dalam kehidupan kau seharian. Perkara yang paling buruk jika terlalu bermain dengan emosi ialah apabila ia bakal memusnahkan keseluruhan hidup kau. Kenapa harus musnahkan hidup kau sendiri sedangkan kau mampu pergi lebih jauh dari apa yang kau miliki sekarang? Jangan ikut perasaan, kau harus belajar cara untuk mengatasinya.

Atasinya dengan sentiasa berhubung dengan rakan-rakan terdekat atau orang yang paling kau percaya, sentiasa menghindari kisah sedih, bersangka baik dan yang paling afdal sebagai orang islam ialah mengadulah kepada yang ESA. Ini penting kerana sekurang-kurangnya kau tidak disalut dengan keadaan emosi yang kronik. Belajarlah cara mengawalnya kerana ia adalah pengalaman yang penuh makna untuk menempuhi hidup yang mendatang.

Aku tidak mahu menerangkan kembali apa yang telah didebatkan oleh Datok Seri Anwar dan Datok Ahmad Shabery. Aku pasti keseluruhan rakyat Malaysia melihat secara langsung perdebatan antara kedua tokoh tentang isu minyak yang bertajuk “Hari ini membentuk kerajaan, esok turun harga minyak“.

Dan disini juga aku tegaskan bahawa bukan tempat yang sesuai untuk kau berbicara soal politik tapi lebih kepada soal kemanusiaan! Jika mahukan terperinci tentang perdebatan berkenaan sila tanya pakcik google disini dan disini.

Jika kau lihat dari keseluruhan berlangsungnya perdebatan antara tokoh-tokoh tersebut pasti kau perasan akan kekangan antara kedua belah tokoh tersebut bukan!? Ada seorang yang begitu serius mengkaji fakta beserta bukti-bukti bagi menguatkan fakta dan seorang lagi yang menjadikan peluang debat untuk persoalkan perihal peribadi dan sejarah.

Apa dah jadi!? Bukankah peluang sebegini diharapkan dapat memberi lebih fakta-fakta tentang isu yang timbul!? Bukahkah peluang sebegini digunakan untuk menerangkan kepada rakyat tentang isu yang berbangkit!?

Rakyat sudah cerdik untuk menilai tentang sesuatu isu dan janganlah dilagakan dengan isu omongan yang kununnya dapat menutup mata dan telinga rakyat.

Apa pun aku berpuas hati semuanya berjalan lancar dan selamat dan aku juga suka jika debat seperti ini diteruskan demi menyampaikan isu secara terus dan telus kepada rakyat. Biarlah rakyat menilai sendiri baik buruknya sesuatu keadaan. Tak perlu takut jika kau memang betul-betul hebat menyuarakan fakta dan bukti.

Nampak gayanya ramai yang bertanyakan aku mengenai bagaimana aku persembahkan foto-foto yang aku kepilkan pada entri-entri aku sejak kebelakangan ini. Sengaja aku berbuat demikian kerana ingin tahu kepekaan rakan-rakan dan pelawat yang melayari blog aku (eheh).

Sebenarnya ketika itu, aku mencari jika ada tutorial photoshop atau gimp yang menerangkan langkah-langkah untuk mencipta foto-foto tersebut. Tapi ‘terserempak’ pula dengan aplikasi untuk berhibur dengan foto melalui pakcik google.

Berhibur bersama foto di PhotoFunia! Pelbagaikan latar belakang serta asas foto anda di sana. Ia memang menyeronokkan.

Disamping itu disana disediakan lebih banyak antara muka yang lebih menarik untuk anda berhibur bersama foto anda. Ia menjadikan ia sebagai salah satu aplikasi yang unik berbanding aplikasi lain yang aku pernah gunakan. Dan ianya semudah 123 (eheh). Cubalah!