Category: Hiburan

Dalam keadaan aku sekarang, banyak masa aku habiskan di rumah. Pasti mengundang kebosanan dan banyak memikirkan perkara-perkara yang menimpa diri aku sejak kebelakangan ini.

Untuk menghilangkan kebosanan, aku mencari-cari di internet sebarang hiburan yang dapat menemani aku. Dan antara yang dapat aku temui ialah radio dalam talian (online radio) yang dikenali JiwangFM. Ia adalah antara produk yang dipersembahkan oleh Jiwang.

Gunakan streaming ini untuk pemain Winamp.

Gunakan streaming ini untuk pemain Windows Media Player. Tetapi untuk menggunakan WMP kau perlu menginstall plugin terlebih dahulu iaitu AAC+ Plugin.

Apa yang membuatkan aku bertambah tertarik dengan JiwangFM ialah aku boleh terus berhubung dengan juruhebah-juruhebah yang bertugas disana sama ada melalui YM atau mirc. Aku juga mudah meminta juruhebah unutk memainkan lagu-lagu kegemaran beserta dengan dedikasi tersebut.

Nampak gayanya ramai yang bertanyakan aku mengenai bagaimana aku persembahkan foto-foto yang aku kepilkan pada entri-entri aku sejak kebelakangan ini. Sengaja aku berbuat demikian kerana ingin tahu kepekaan rakan-rakan dan pelawat yang melayari blog aku (eheh).

Sebenarnya ketika itu, aku mencari jika ada tutorial photoshop atau gimp yang menerangkan langkah-langkah untuk mencipta foto-foto tersebut. Tapi ‘terserempak’ pula dengan aplikasi untuk berhibur dengan foto melalui pakcik google.

Berhibur bersama foto di PhotoFunia! Pelbagaikan latar belakang serta asas foto anda di sana. Ia memang menyeronokkan.

Disamping itu disana disediakan lebih banyak antara muka yang lebih menarik untuk anda berhibur bersama foto anda. Ia menjadikan ia sebagai salah satu aplikasi yang unik berbanding aplikasi lain yang aku pernah gunakan. Dan ianya semudah 123 (eheh). Cubalah!

Isu ini sudah lama berlaku, ianya seolah-olah semakin menjadi serius dikalangan artis kita. Yang nyata ianya amat memalukan dan bertentangan dengan budaya dan ajaran agama kita.

Sudah pasti apa yang kau akan katakan, “Biarlah mereka dengan dunia mereka“.

Sesungguhnya aku tidak dapat menerima pernyataan yang berbunyi demikian kerana ianya juga merupakan antara muka budaya kita!

Penceraian di kalangan artis semakin menjadi-jadi dan seolah-olah ianya menjadi permainan mereka. Atau itu adalah satu cara mereka mempopularkan diri mereka!? Kalau ya pun, aku rasa banyak cara lain yang mereka boleh lakukan selain dari perkara yang jijik seperti ini.

Mereka juga dilihat dari negara yang melambangkan sebuah negara islam! Mereka dipuja-puja. Mereka menjadi ikutan kepada generasi muda. Kau mesti ingat anak-anak kita membesar dalam dunia yang penuh dengan kepura-puraan, dimana nilai moral berada di tahap paling bawah! Tentu kau ada pandangan sendiri mengenai realiti yang terpaksa kau terima hari ini.

Aku tidak menyeka mereka atau menolak buta-buta cara mereka bersosial tapi biarlah berada dalam landasan yang betul. Bukannya tiada langsung artis yang kurang tanpa melakukan perihal demikian tapi mereka popular juga.

Aku harap kau dan kau ada tanggunjawab untuk bersama-sama memperbetulkan keadaan seperti ini. Ini lah kuasa penulis blog! “Budaya melambangkan bangsa!“.

Agak lama aku tak kemaskini. Sebenarnya aku baru kembali dari bercuti. Terima kasih kepada teman yang teristimewa yang menaja percutian ini dan aku amat menghargainya. Sekurang-kurangnya dapat aku mengurangkan tekanan dan merancang pelan untuk masa depan yang lebih terjamin.

Dalam tempoh ini juga aku berjumpa dengan beberapa orang rakan dan keluarga aku sendiri untuk membincangkan projek-projek di luar talian (offline). Insya allah jika aku dimurahkan rezeki dan dikurniakan kesihatan yang baik, aku akan merencanakan beberapa projek yang bakal dibangunkan.

Dan aku juga merangka beberapa projek dalam talian (online) dan bakal dilancarkan kepada umum secara berperingkat. Buat masa ini ianya masih diperingkat perancangan dan masih dalamĀ  perbincangan dimana setakat ini semuanya berjalan dengan lancar.

Harapan aku semoga semua perancangan aku berjalan lancar dan dirahmati. Mohon rakan-rakan mendoakan kejayaan aku demi masa hadapan yang lebih terjamin.

Technorati Tags: , ,

Antara lagu yang sering dikeudarakan di corong radio dan corong suara komputer anda. Lirik yang begitu singkat tapi padat. Dengan olahan muzik sebagai alunan lagu bisa membuatkan jantung ini berdegup kencang.

Tetiba hati ini teramat sayu