Sejak kebelakangan ini, ternyata alam percintaan menjadi mainan hidup yang bisa menjadikan seseorang sesat dalam dunia ciptaannya sendiri. Setiap manusia telah ditentukan pasangannya cuma kita tidak ketahui siapa.
Ingin aku berkongsi pengalaman dan segala bentuk nasihat serta teladan kepada kau yang ingin bercinta dan kepada yang akan terjebak ke alam yang penuh dengan misteri dan teka teki. Ingat apa yang ingin dikongsi bukan menjadi penghalang atau memburukkan senario yang dianggap sensitif bagi sesetengah dari kau. Tapi ianya berbentuk petunjuk dan panduan supaya kau tidak sesat dalam menentukan masa depan yang cerah.
Begitulah tujuan blog lukajiwa diwujudkan. Dan kepada rakan-rakan yang ingin berkongsi pengalaman sebagai petunjuk positif kepada yang memerlukan boleh berbuat demikian.
Percintaan mungkin bagi kau nampak mudah tetapi jika tidak beringat atau ditangani dengan betul atau pun kau sudah terlajak maka ianya nampak begitu sukar kerana ia melibatkan kekuatan mengawal emosi dan minda kau sendiri. Semoga ianya dapat memberi manfaat kepada yang memerlukan… insya allah.
Sedikit perkabaran tentang kehidupan peribadi aku. Rakan-rakan semua tahu bukan berkenaan pembedahan kecil (minor surgery) yang aku telah jalani. Sebenarnya aku masih tidak dapat banyak melakukan pergerakan dan masih dalam proses pulih.
Sudah banyak artikel mengenai blog diperkatakan sehingga mewujudkan lebih banyak penulis yang berwibawa dan berkaliber. Sehinggakan mereka mampu untuk menjana pendapatan hasil dari penulisan bernas mereka.
Kau perasan tak!? Ada ketika seolah-olah dunia blog meriah dan ada ketika tidak. Ada ketika dunia blog meriah dengan pelbagai isu dan ramai pelawat yang akan bertandang. Ada ketika seperti dunia blog kembali hambar seperti bersawang. Mengapa ini berlaku!?