Semakin ramai menceburkan diri dalam bidang penulisan blog. Tak kurang juga yang memberikan pendapat masing tentang penulisan blog malah topik-topik mengenai blog semakin hangat diperbincangkan. Di media-media elektronik juga telah menayangkan mengenai isu blog!
Ah cerita pasal blog lagi!?
Tapi jangan cepat melatah atau terus menutup browser anda! Anda meneruskan pembacaan anda. Setiap penulis punyai cara olehan ceritanya sendiri.
Apa yang hendak diceritakan!?
Ya, kali ini aku nak kongsi mengenai psikologi seorang penulis blog. Pernahkah anda terfikir bagaimana mereka mendapatkan bahan untuk menulis dan mengekalkan penulisan mereka kepada sesuatu topik atau lebih dikenali sebagai niche!?
Mungkin bagi sesetengah penulis yang memang punyai bakat menulis tentang apa yang mereka minati (niche) ianya amat mudah. Yang perlu didedahkan disini kepada penulis baru dan masih mencari bidang penulisan yang harus anda terapkan ke dalam blog anda.
Anda (penulis baru) perlu tahu, jangan sesekali anda mengambil atau menyalin artikel dari blog penulis lain sesuka hati dan letakkan di blog anda! Anda perlu tahu bagi sesetengah penulis telah meletakkan pemilikan sesuatu entri atau artikel di bawah “hakmilik” mereka dan anda boleh dikenakan tindakan mahkamah!
Bagaimana mencari bahan menulis!?
Sebenarnya jika anda perhatikan, disekeliling kita ada macam-macam peristiwa boleh berlaku. Dari sini anda boleh jadikan sebagai bahan untuk menulis. Rangka penulisan anda dalam mengikut pecahan persoalan yang timbul iaitu seperti apa, bagaimana, dimana dan lain-lain. Syaratnya persoalan harus bersangkut paut dengan bahan yang anda sediakan. Dan menulis dalam format seperti fakta, huraian dan bukti/contoh. Biasanya penulisan sebegini berlaku kepada penulis seperti aku yang menulis tidak tetap pada niche tertentu (general).
Bagi mereka yang menulis mengikut kepakaran mereka, biasanya mereka akan hanya menulis tentang apa yang mereka tahu dalam bidang mereka contohnya seperti bidang teknologi maklumat.
Kesimpulannya bukan senang untuk menjadi seorang penulis blog atas kepakaran atau bakat sahaja. Ia juga memerlukan kepekaan dan selalu mengemaskini perkara baru dalam hidup dan bukan senang untuk mengekalkan apa yang telah anda miliki sebagai penulis.
Jadikan 10 sebab kenapa blog anda dikunjungi sebagai rujukan!
Penulis juga seorang manusia yang ada hati dan perasaan. Mereka perlu bermain dengan psikologi mereka sendiri. Sebenarnya penulis yang hebat adalah penulis yang sentiasa bermain dengan minda dan hatinya!