Celcom Broadband Semakin Bermasalah!?

Seperti yang korang sedia maklum, aku telah beberapa bulan menggunakan kemudahan broadband yang disediakan celcom. Pakej yang aku langgan ialah pakej RM68.

Pada mulanya ianya cukup bagus dan telah memberi khidmatnya dengan baik. Tapi kini ianya seolah-olah propaganda dari syarikat-syarikat telko yang ghairah memberikan khidmat yang kununnya terbaik dari mereka.

Pada asalnya aku pohon perkhidmatan dari TM yang menyediakan khidmat broadband iaitu Streamyx tetapi kerana terlalu lama untuk memasang di kejiranan aku. Aku batalkan serta merta.

Aku cuba memikirkan cara lain. Dan aku dikenalkan oleh seorang rakan kemudahan dari celcom iaitu Celcom broadband. Aku agak tertarik kerana ianya boleh dibawa kemana-mana dan boleh akses internet dimana-mana didalam lingkungan capaian 3Gnya. Ya lah aku kan guna laptop jadi ianya memang memudahkan aku untuk mengakses internet.

Tapi sejak seminggu kebelakangan ini, capaian celcom broadband semakin teruk sehingga aku nak akses ke blog aku pun susah. Aku nak kemaskini blog pun terpaksa tulis dahulu dan kemudian aku buat sambungan ke internet untuk memuat naikkan entri tersebut.

Kini aku fikir aku perlu lakukan sesuatu untuk dapatkan capaian internet yang lebih laju dan stabil. Dan celcom broadband aku jadikan sebagai backup atau kemudahan mengakses internet mobil aku.

Mungkin anda boleh berikan idea yang menarik!? Ini juga bagi memudahkan kerja-kerja bisnes dalam talian aku (eheh).

Technorati Tags: , broadband, streamyx,

Kau suka membaca entri di blog ini? Terus menikmati dan menerima kemaskini artikel-artikel menarik dengan melanggan RSS ini!

Entri-entri lain yang menarik

Entri ini telah di pos pada Thursday, August 7th, 2008 at 4:32 pm dan dibawah kategori Artikel Dan Berita Terkini, Politik Semasa dan tag Tags: , , , . Anda boleh meninggalkan respon disini, atau trackback dari blog anda.

37 Responses to “Celcom Broadband Semakin Bermasalah!?”

  1. mrkay kata :

    setau aku, celcom skang dah limitkan 5GB bandwidth sebulan untuk setiap customer.. aku rasa mungkin tu punca masalah ko kot..

    [Balas Komen]

  2. emptyspace kata :

    aku sudah bilang..
    jika benar celcom broadband saingan streamyx..
    pasti streamyx kian pupus..
    tp streamyx tidak gentar pada saingannya kerana celcom/maxis broadband masih pada level tahi

    [Balas Komen]

  3. Mohd Hafifi kata :

    mmg problem besar klu tak dapat akses internet ni..kita ni kan pengguna tegar internet, ari2 mau guna..

    [Balas Komen]

  4. xmindfreakx kata :

    broadband yang ada buat masa nie masih tahiiiiiiiiiiiii~~

    [Balas Komen]

  5. taukey kata :

    hu hu ganas komen kat sini. Apa kata bro ambik pakej celcom broadband dan streamyx sekali. Murah rasanya.

    [Balas Komen]

  6. CypherHackz kata :

    Kalau problem, kau call 1111 guna dari phone Celcom kau. Kalau takde, boleh call no 03-3630888. Tu direct line untuk Celcom careline. Kau report je banyak2 kali sampai dorang ambil tindakan pasal masalah servis dorang ni. Aku banyak kali dah buat macam tu. Hu3.

    [Balas Komen]

  7. Extremist Thinker kata :

    WIMAX WIMAX WIMAX free 2 minggu. cpt rgstr. ko leh beli modem celcom broadband tadehal nk beli modem wimax cute tue.

    [Balas Komen]

  8. mazudi kata :

    err.. aku rasa aku masih suka gunakan Streamyxx sebagai talian utama. Walaupun kengkadang menyakitkan hati. Tapi, apa pilihan lain yang ada selain dari Celcom broadband sbgai pilihan kedua yang aku rasa aku tak perlukannya.

    [Balas Komen]

  9. Megat kata :

    mr kay - ooo ye ke!? kenapa pulak dia buat camtu. dah la share ip uhuhu.

    emptyspace - betul la riff. mmg x lama la aku guna khidmat derang ni. menyakitkan hati je. klu streamyx cepat masuk umah, aku tak pkai celcom ni.

    mohd hafifi - tau takpe. dah la baru nak berjinak dgn netbiz uhuhu

    xmindfreakx - memang pun!

    taukey - ye ke!? x tahu pulak aku!? nnt aku explore skit.

    chyperhackz - thanks chyper! mmg kena kacau la dg aku eheh. nnt dreang xde bonus raya wakaka.

    merah - adoi bila nk sampai JB uhuhu. klu dh sampai JB blh la aku beli eheh.

    mazudi - setuju. aku fikir aku patut tukar. lg pun aku sentiasa online dirumah.

    [Balas Komen]

  10. aeropama dot com kata :

    cuba lak kau pakai jaring. aku rasa talian dia lebih stabil berbanding streamyx. cuma mahal sedikit…

    [Balas Komen]

  11. Megat kata :

    syam - betul ke? nnt aku siasat. thanks!

    [Balas Komen]

  12. KNizam kata :

    aku kalau kat rumah lagi suka pakai wired streamyx. sebab lagi stabil. tapi kalau mobile aku suka pakai usb modem wireless maxis tuh. mmg reliable. hehe kalau ada 3g lah. kalau takde 3g memang cukup hampeh rasa nak buang dalam tong sampah je usb modem tuh. hehe

    tapi kan aku perasan kat taman melawati neh kalau streamyx down. ada kemungkinan maxis 3g wireless usb modem tuh pun akan slow giler cam siput. haha

    giler kentang nyer panjang comment aku kali neh. dah macam buat posting blog plak. haha

    [Balas Komen]

  13. Megat kata :

    knizam - aku fikir camtu juga zam, pkai streamyx je tapi sevis lambat giler. kentang pun dh jadi kuah mee rebus wakaka. maxis broadband lak xde coverage kt kejiranan aku.

    [Balas Komen]

  14. zool kata :

    Aik broadband pun lembab gak ye…
    Huhuhuh.. semua gembar gembur je selama nie

    [Balas Komen]

  15. Megat kata :

    zool - tu la tak tahu kenapa!?

    [Balas Komen]

  16. Afzai Afandi kata :

    ko belasah jer streamyx satu kat umah, yang broadband tu ko leh guna kalau ko kemana2. aku guna celcom broadband n streamyx dan ternyata CB memang lembap dan selalu dc….

    ternyata indah khabar dari rupa jer

    [Balas Komen]

  17. Megat kata :

    afzaiafandi - kalau macam tu. aku kena selesaikan secepat mungkin. cuma kat sini lembab tul derang nak pasang streamyx uhuhu

    [Balas Komen]

  18. zen kata :

    stramyx pon 2X5 jer aku rasa - kat tmpt aku nih bila ujan turun jer streamyx aku lembab cam siput babi….huhu…kang TM saman aku plak.

    ader sbb hujan streamyx ble lembab - aku ingat astro jer lembab time hujan…..nih astro pon masalah jg, lewat bayar sikit kena late charge payment…

    aku tiada tmpt mengadu

    [Balas Komen]

  19. rakyatbiru kata :

    Tuan, apa kata cuba kaedah ‘tweaking’ yg di ‘tutorial’kan dalam blog nih;

    http://forex-king.blogspot.com/2008/08/celcom-3g-tweak.html

    Kelajuannya download maxima sampai ke tahap 2Mbps!;

    http://forex-king.blogspot.com/2008/08/celcom-3g-is-fast-and-furious.html

    Terima kasih pada Forex King!

    [Balas Komen]

  20. Uncle G kata :

    huhu.. pakcik pon dah 2 3 entry hantam celcom broadband nie… memang ade limit 5gb (dia akan hantar sms) kalau kita guna hampir 5gb.. lepas tuh mula la putus2.. skrang nie.. kalau malam je.. memang hampeh… kena tunggu kol 2 pagi baru laju skit dari dial up modem 56k.. huhuhuhu

    sabar je la…

    [Balas Komen]

  21. azam kata :

    arituh try seminggu kat putrajaya nak update blog pon lambat gila maybe banyak user kot

    [Balas Komen]

  22. Megat kata :

    zen - aik streamyx pun ada kena mengena dgn ujan ker!? wired tu!? apa kata kita buat web aduan eheh. mungkin bakal jadi perhatian!

    uncle g - mungkin pasal shared ip kot!? betul aku pun terpaksa tunggu sampai 2 3 pagi.

    azam - aku rasa kat situ crowded. tak tahu lah. xde yg bagus uhuhu

    [Balas Komen]

  23. nikillas kata :

    mmg bermasalah dah denga cel b ni.. terutama bila tgh malam.. hampesh.. slow nak mam*toooot*… adoiyai..

    [Balas Komen]

  24. Megat kata :

    nikillas - ntahlah aku ingat aku sorang je kena. rupanya ramai lagi. aku tak tahu nak buat mcm mana skang ni

    [Balas Komen]

  25. bantingboy kata :

    streamyx tetap lebih bagus bagi aku. Celcom broadband tak ngam dengan aku..

    [Balas Komen]

  26. Megat kata :

    bantingboy - klu mcm tu aku kena cuba juga

    [Balas Komen]

  27. ee kata :

    erm…broadband mmg bmaslh sgt la skwg!
    mngade² btol la celcom nie!

    [Balas Komen]

  28. shuth kata :

    err.. teruk sangat ke celcom broadband nie? aku baru plan nak daftar.

    [Balas Komen]

  29. Megat kata :

    ee - memula aku guna semuanya ok. tapi sejak kebelakangan ni teruk sangat sampai kena ada masa tertentu untuk gunakannya.

    shuth - masa awal aku pakai ok sgt bro tapi skang ni macam ada propaganda lak. cuba try tgk telko lain!?

    [Balas Komen]

  30. nald kata :

    pakai streamxy jeh lah… senang cerita

    [Balas Komen]

  31. nizam kata :

    aku da gune CB ni 10 bulan. sepnjang mase tu Network CB mmg mcm ciput. da xtau aku nk wat cmne. wat repot tiap2 ari pun same jgak. da bnyk tmpat aku mengadu SKMM, BPA, tapi msih sme jgak. adoi…. penin2

    [Balas Komen]

  32. Megat kata :

    nald - bukan senang nak senang eheh. kena fikirkan juga langkah seterusnya supaya tidak melakukan pembaziran.

    nizam - aku terpak sa tunggu awal pagi utk melakukan kerja-kerja online aku. ini semua CB yang lembab uhuh

    [Balas Komen]

  33. nizam kata :

    Aku da xsanggup nak membazir lagi(mase & $$$$) so… ari ni aku da reg streamyx combo pastu off kn acc CB ni. dlm 2-3 minggu lagi da bleh gune streamyx.

    [Balas Komen]

  34. Megat kata :

    nizam

    baguslah. aku terpaksa guna CB buat masa ini disebabkan beberapa perkara yang tak dapat dielakkan oleh pihak TM hu3.

    [Balas Komen]

  35. wadai kata :

    Ye ke..aku pun cadang nak ptg celcom boadband aku (kena denda x?), baru pakai 1bln tapi xpower pun..aku nakk streamyx plakk..

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    kau beli modem melalui kontrak atau tak? klu kau beli modem tu tak kena apa-apa, hanya terminate line je tapi klu kau under kontrak memang susah la skit siap kena denda dan kena pulangkan modem tu.

    [Balas Komen]

  36. lan kata :

    pakai je streamyx…..broadband telco skrg memang teruk…indah khabar dari rupa je.celcom,maxis….2X5…..kita tengok pula WIMAX…..dengar kata bagus…limit speed tetap ada la tapi limit 20GB aku rasa cukup bagus tak pu kalau takde speed limit lagi bagus….lagi 1,dia guna dynamic IP..okay la…macam streamyx gak…

    [Balas Komen]

Tinggalkan Komen.