Cinta : Nilai Sebuah Perhubungan
Semakin kita mengejar kemewahan hidup dan kesibukan mencari harta dunia, kita lupa tentang hubungan yang terjalin antara kaum adam dan kaum hawa. Hubungan yang terjalin antara mereka sepatutnya menjadikan hubungan yang paling bermakna sehingga boleh beranggapan seperti ‘dunia ini milik bersama‘.
Sebelum meneruskan topik ini ingin aku ingatkan entri ini ditujukan kepada kau yang serius dan menghargai sebuah perhubungan istimewa ini. Bagi kau yang berjiwa seperti aku akan faham dan tahu menilai hubungan istimewa ini. Ya bukan senang hendak menjalinkan sesebuah perhubungan suci dengan insan lain dan sanggup berkongsi segala-galanya bersama tetapi perkara seperti itulah yang menjadikan ikatan percintaan semakin intim dan manjadi impian.
Nampak mudah tetapi ianya tidak boleh diambil mudah dan harus diperbincangkan secara lanjut kerana statistik menunjukkan lingkungan 60% pasangan melayu bercerai. Apakah yang menyebabkan mereka bercerai? Puncanya? Kedengaran macam pelik tetapi itulah kenyataannya, puncanya adalah masalah di bilik tidur (seks)!
Tentu ada sebab lain kenapa berlaku punca seperti itu. Ya, hubungan antara pasangan yang tidak dijaga dan dipupuk sejak awal. Hubungan yang terjalin sepatutnya dijaga seperti kita menanam pokok bunga juga. Kita mulai dari benihnya, disemai, dibajai dan disirami dengan kasih sayang. Mencintai seikhlas hati sehingga mewujudkan peranan dan tanggungjawab bersama.
Jangan memandang remeh perkara ini. Kau harus kawal kebolehan minda dan kekuatan emosi kau sendiri. Dalam islam sendiri banyak memberi panduan berkenaan perihal bilik tidur, kenapa tidak dijadikan panduan?
Kau sepatutnya sudah tahu menilai di tahap mana hubungan kau dan dia berada. Jangan lah menyeksa diri untuk terima sesebuah hubungan yang kau sendiri tidak pasti! Sesebuah hubungan istimewa seperti ini sepatutnya kau menikmati keseronokan dan kepuasannya jika ingin terus hidup bersama. Dan yang paling penting ‘cintailah orang yang mencintai diri kita‘. Ini boleh dianggap jalan paling selamat untuk kau dan kau.
July 9th, 2008 at 5:48 pm
sebagai ketua keluarga dan suami..kita seharusnya bijak dalam merencanakan corak hubungan sesama pasangan.
Gelombang pasti ada dan jangan biarkan gelombang menghanyutkan kita ke tepian. Fikir cara terbaik untuk merempuh gelombang agar kita sama2 sampai ke tujuan.
p.s. Sentiasa bermaafan sebelum tidur ..heheh
[Balas Komen]
July 9th, 2008 at 7:32 pm
Setuju ..namun bukan semua pasangan bertuah melalui situasi yang selesa untuk berkeluarga.
Banyak faktor dan banyak jua alasan ianya berlaku di luar dugaan…..
“cintai org yang mencintai kita”..sememangnya jalan selamat.Tapi susah juga bila kita tak dapat pastikan mutlaknya cinta seseorang itu untuk kita.
Mungkin asas keluarga bahagia itu bermula dari hati.Dan hidup bersama org yang dicinta merupakan bonus bagi mengekalkan kerukunan rumahtangga.
[Balas Komen]
July 9th, 2008 at 11:16 pm
selalunya pasangan suami isteri ni bercinta dan bermesra sebelum mereka kawen je.. tapi selepas kawen, kemesraan dan percintaan mereka makin pudar.. kenapa eh..?? malu ke..?? kenapa sebelum kawen xda malu2 tapi selepas kawen ada pula malu2.. hurm..
[Balas Komen]
July 9th, 2008 at 11:40 pm
btol2 pandangan orang kat atas!
[Balas Komen]
July 10th, 2008 at 12:10 am
cinta akan melalui zaman pudarnya. harus di pupuk selalu. kenanglah masa bercinta dulu. mungkin boleh ulang kembali apa yg pernah dibuat pd zmn dahulu untuk menyemarakkan kembali api cinta
[Balas Komen]
July 10th, 2008 at 4:22 am
afzai - tidak kira sekuat mana pun badai yang dirempuh tapi jika tidak sekuat hati yang terikat ianya akan kecundang jua. apa pun kekuatan sebenar jika adanya kuasa memberi dan menerima.
shila - betul hati. kekuatannya bisa menepis segala rintangan walau pun hidup terumabang ambing sekalipun. itu yang biasa mereka gelar ’sehidup semati’.
nikillas - ada kebenarannya apa yang diisukan. sebab itu kita cuba bincangkan isu ini. kebanyakkan pasangan berkahwin sekarang seperti yang kau gambarkan. aku akuinya.
budakmerah - erk!? orang kat atas!? apa makasud aku budakmerah eheh
syam - cinta yang pernah terbit dari hati bisa disemarakkan kembali jika ianya masih tersimpan kenangan terindah bersama. tapi bagaimana jika ianya sudah tawar!?
[Balas Komen]
July 10th, 2008 at 9:45 am
IMHO, pada zaman sekarang, money can talk. If your partner can’t hear it, just wait. Unless we are married to a very humble and so called excellent muslimah. Therefore, ikut rules yang Nabi (SAW) gariskan untuk kita memilih calon. There is no such thing as “Kerak nasi pun boleh dilembutkan”.
[Balas Komen]
July 10th, 2008 at 11:32 am
ayat berbunga2, macam mohdismail.net la pula. :D
[Balas Komen]
July 10th, 2008 at 2:26 pm
pening - muslimah, klu ada pun ianya adalah kes-kes terpencil. kebanyakannya tidak berlaku seperti itu.
tukangfitnah - mana ada fitnah la kau ekeke
[Balas Komen]
July 11th, 2008 at 8:06 am
tu dia…org yg dh berumahtangga lebih memahami erti kasih sayang…aku?hhuhuhu…
[Balas Komen]
July 11th, 2008 at 2:56 pm
syahid - yang paling penting adalah hati dan pendirian kita. insya allah selagi berada pada landasan yang betul kita selamat.
[Balas Komen]
July 13th, 2008 at 11:03 am
wahhh.. megat, tangkap lentoq la entry nih… :)
[Balas Komen]
July 13th, 2008 at 2:14 pm
rohaizad - ya kah? eheh untuk makluman bersama. berkongsi pendapat
[Balas Komen]
July 15th, 2008 at 5:25 am
Nice article….anyway, salam perkenalan Megat !
[Balas Komen]
July 15th, 2008 at 8:02 am
cinta itu indah. Cinta itu manis. Cinta juga pahit..
[Balas Komen]
July 15th, 2008 at 9:06 am
nr yummies - salam kenal juga.
titan - pengalaman ke? eheh
[Balas Komen]
September 25th, 2008 at 12:58 pm
“Dan yang paling penting cintailah orang yang mencintai diri kita ”
Org yang saya sayang pun kata begitu kepada saya. dia mencintai saya kerana saya mencintainya. tapi saya pulak? macam tak adil untuk saya kan?
[Balas Komen]