Dapatkah Melayu Bersatu Kembali!?

Sedih melihatkan orang melayu semakin berpecah belah. Sedih melihat orang melayu bertelagah sesama sendiri. Sedih apabila orang melayu seperti lupa apa yang sebenarnya terjadi disebalik semua perkara yang dah berlaku.

Aku juga orang jawa melayu. Aku juga sayangkan kekasih bangsa aku. Yang aku hairan orang kita seperti telah lupa apa yang terjadi atau bakal terjadi. Tidakkah mereka terfikir bangsa lain sedang bertepuk tangan jika orang kita jatuh!?

Inilah kebenarannya kau dan aku terpaksa terima. Mereka sedang memerhati kejatuhan orang kita dan secara tak langsung bakal memerintah negara. Orang kita sanggup hadapi semua inikah!?

TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA

Apa simboliknya kata-kata yang diwujudkan oleh generasi yang terdahulu dari kita? Bukankah mereka mengharapkan perjuangan kau dan aku berterusan?

Aku perasan seperti orang-orang muda (kebanyakkannya di sekeliling aku), seperti tidak mengendahkan apa yang sedang berlaku. Seperti mereka sudah selesa dengan apa yang telah mereka miliki ketika ini. Sepatutnya mereka berfikir yang perjuangan kita belum selesai. Aku bukan nak isukan pasal fahaman tapi lebih kepada semangat melayu. Bangkitlah!

Mungkin orang melayu sudah tidak sefahaman dan atas sebab itu kelompok demi kelompok wujud. Tidak kisahlah jika mereka belainan pendapat dan fahaman. Tapi yang berlaku diluar jangkaan dan bertujuan seperti mahu memecahkan orang melayu itu sendiri. Mungkinkah ada perkara yang kita tidak jangka disebaliknya? Aku harap kau faham maksud aku!

Apa pendapat kau dan kau? Banyak yang aku boleh tuliskan disini tetapi aku tidak mahu menulis seperti mereka yang menulis untuk menghasut. Aku menulis demi kesedaran, demi negara tercinta. Kau perlu ingat, tiada generasi sebelumnya, mungkin kau dan aku pun tak wujud!

Technorati Tags: , bangsa, , malaysia

Kau suka membaca entri di blog ini? Terus menikmati dan menerima kemaskini artikel-artikel menarik dengan melanggan RSS ini!

Entri-entri lain yang menarik

9 Responses to “Dapatkah Melayu Bersatu Kembali!?”

  1. emptyspace kata :

    boleh.. nk bersatu kene ade pemimpin yg bijak untuk menyatukannye.. ibarat kat sekolah la.. kalu cikgu ngok.. anak murid terbarai..

    [Balas Komen]

  2. Megat kata :

    emptyspace aka ariff - setuju sebenarnya itulah yang kita harapkan. ada pihak mementingkan diri sendiri.

    [Balas Komen]

  3. aidil kata :

    Aku suka benar ngan entri ni tapi tak pernah fikir pun nak post. Bagus gak kalau dah ada yang post entri ni sebab aku pun perasaan gak apa yang terjadi kat kaum KITA ni. SYABAS megat! Aku setuju ngan kau. Aku pun nak tulis entri tentang ni dan link sekali ngan entri kau eh….

    [Balas Komen]

  4. Megat kata :

    aidil - terima kasih bro! ada sesuatu yang mengusik fikiran aku tentang orang kita. penulis seperti juga boleh bertanggungjawab memperjuangkan isu ini. aku harap orang kita sedar akan isu ini.

    [Balas Komen]

  5. Mohd Aidil Dot Com » Blog Archive » Kalaulah Kita Bersatu….. kata :

    [...] kandungan yang aku katakan akan menyinggung perasaan ramai orang melayu yang membacanya nanti. Bila MEGAT mula menyuarakan pendapatnya maka kini giliran Mohd Aidil dah tiba. Aku bukan nak kata pandai atau [...]

  6. alexi kata :

    HIhih…good post bro…Hope someday,there will be a good leader…jgn jd mcm iraq laa…syiah n sunnah…adeiihh…pening aku kadang2

    [Balas Komen]

  7. Megat kata :

    alexi - eheh jadi leader, tak mungkin kot. kalau dibiarkan akan bertambah pening dan menjadi semakin buruk.

    [Balas Komen]

  8. aura kata :

    Pasti Takkan Melayu Hilang Di Dunia…itukan kata-kata hikmat dari pejuang bangsa…..
    Mencari semangat Hang Tuah dalam diri sendiri…………….aku juga orang melayu..

    [Balas Komen]

  9. melayubuntu kata :

    ssh melayu nak bersatu sbb satu2nya parti dlm malaysia yg menipu sebuah parti lain ialah UMNO. baca sejarah bagaiman PAS menyertai BN selepas peristiwa 13 mei dan bagaima ia ditipu dan ditendang keluar BN selepas UMNO kembali teguh… Aku benci DAP tetapi sekurang-kurangnya DAP tidak pernah menipu dlm prinsip mereka… Cakap soal melayu tetapi parti manakah yg paling menindas melayu yg menyokong pmbangkang dikampung-kampung?? bullshit la ckp psl penyatuan melayu…

    p/s : sori…ter emo…huhu

    [Balas Komen]

Tinggalkan Komen.