Dari Kajian, Perbaiki Dan Permudahkan Penulisan Di Blog

Blog menjadi semakin popular di kalangan generasi kini dalam menyampaikan pelbagai bentuk penulisan dan dipersembahkan kepada umum. Melalui blog, individu lebih mudah berkongsi perihal kehidupan, pengalaman, pengembaraan dan perniagaan.

Menarik bukan!? Melihat dari fakta diatas, tak pernah terfikir pula perkhidmatan yang disediakan di internet  ini menjadi sesuatu yang berguna dan mudah untuk berhubung antara satu sama lain. Ternyata ianya bukan menjadi medium perantaraan hubungan antara individu tempatan malah seluruh dunia. Hebat!

Secara individu, aku dah lakukan beberapa kajian secara peribadi. Terpulang lah kepada kau dan kau untuk menerimanya atau tidak.

Aku mula menulis bukan kerana aku inginkan pendapatan di internet semata-mata tetapi aku menulis kerana ingin berkongsi segala apa yang aku tahu dari sudut kehidupan, ilmiah dan pengalaman. Oleh itu tidak mudah untuk aku berhenti menulis tanpa ada alasan yang kukuh.

Di dalam blog bermacam-macam peristiwa politik dan rusuhan yang aku war-warkan, bermacam-macam kisah lucah dan seks yang aku kongsikan dan bermacam-macam perasaan aku hemburkan.

Sepertinya blog ini telah diberi jiwa, ia tidak akan hidup tanpa aku. Cuma aku perlu mengubah corak penulisan mengikut keadaan semasa jika aku ingin blog ini terus mendapat tempat. Blog ini juga hidup jika ramai pelawat yang hadir, malah lebih berseri jika pelawat meninggalkan komen kepada setiap topik yang ditulis.

Walaupun aku menulis hanya untuk kepuasan, apa salahnya aku menerima sedikit imbuhan dari hasil penulisan aku yang tak seberapa ini. Kepuasannya lagi terserlah setelah menerima beberapa bayaran dari Nuffnang.

Jadi secara ringkasnya aku telah membuat beberapa ujikaji dan cuba untuk mengimplementasikan ke atas cara penulisan aku pada masa akan datang. Antaranya :

Menarik Lebih Banyak Trafik. Aku akan lebih menumpukan untuk mendapatkan lebih banyak trafik ke blog ini dengan apa cara sekalipun kecuali spam (hu3). Ianya amat penting untuk penghargaan penulisan dan pendapatan sampingan aku. Setelah kedua-duanya aku capai, aku mendapat suatu kepuasan yang sukar untuk digambarkan.

Lebih Santai Tetapi Bermesej. Ya aku perlu menulis lebih santai tetapi mengekalkan nilai-nilai moral yang dapat dikongsi bersama-sama pembaca. Aku juga menulis dari asas yang kosong hingga ke tahap penulisan aku sekarang, cuma aku perlu mengikut rentak semasa dimana aku perlu mengikut tren pembaca kini yang suka membaca penulisan yang lucah lebih santai.

Entri Pendek Tetapi Padat. Selepas ini aku cuba mendisiplinkan diri aku untuk menulis dengan kadar entri yang pendek tetapi mengekalkan kepadatan isi penulisan. Melihat dari statistik pembaca ke blog aku, ramai pembaca yang akses ke blog aku pada waktu pejabat (bekerja). Aku tak nak mereka makan gaji buta (mengular he3). Jadi tidak perlu aku menulis panjang berjela tetapi tiada nilai-nilai moral yang mereka dapat atau dapat aku kongsikan dengan mereka. Aku cuba limitkan dari 300 hingga 500 patah perkataan setiap entri yang ditulis (he3).

Setiap topik yang mempunyai sub topik, aku akan pecahkan menjadi sebuah entri baru. Lebih mudah untuk aku fokus pada topik penulisan aku dan mudah untuk pembaca memahaminya.

Lebih Fokus. Akhir sekali aku perlu lebih fokus tentang apa topik yang aku bawa. Persoalan-persoalan yang timbul pada setiap topik aku perlu lebih beri perhatian. Lebih baik aku mengadakan sesi perbincangan dengan pembaca, dalam erti kata mudah berinteraksi bersama pembaca.

Setakat ini, perkara seperti yang aku senaraikan perlu diberi perhatian dahulu dan aku masih membuat kajian dan bermain dengan kajian psikologi manusia. Ini penting kerana ia satu bidang yang aku minati dan cuba mengkaji dalam bentuk penulisan di blog aku ini.

Jadi sebagai penulis yang mementingkan interaksi antara aku dan kau, pembaca. Apa pendapat kau sebagai pembaca tentang penulisan aku?

ps : panjang pulak entri aku ini (hu3).

Technorati Tags: ,

Kau suka membaca entri di blog ini? Terus menikmati dan menerima kemaskini artikel-artikel menarik dengan melanggan RSS ini!

Entri-entri lain yang menarik

19 Responses to “Dari Kajian, Perbaiki Dan Permudahkan Penulisan Di Blog”

  1. aeropama dot com kata :

    aku juga gila trafik dan gila komen. Aku suka bila trafik dan komen aku sangat banyak. Bkn utk buat duit tp utk beri aku lbh semangat…

    tang entri pendek dan padat, aku mmg fail. sbb dh jd tabiat aku lak utk tulis se’detail’ yg mungkin… tp mungkin aku perlu cuba pendekkan

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    setuju. ianya memang menaikkan semangat untuk menulis dan secara tak langsung kita tahu apa yang pembaca inginkan apabila dapat perhatian dalam satu-satu topik!

    ironinya disini aku lebih sukakan feedback komen dari pembaca, apabila ada persoalan secara tak langsung ia merupakan idea untuk topik baru (he3).

    pembaca akan kembali untuk mengetahui kisah selanjutnya, mungkin.

    [Balas Komen]

  2. Extremist Thinker kata :

    ada lagi. belog haruslah laju berdesup. tapi kalau korang hendak mengalami kelainan berbelog. korang semua harus ke belog http://blog.thinker.my/ korang akan boleh membuat perbandingan antara belog tersebut dengan screamyx. same2 semput. pehhh. hehe. tak caye cuba klik weh. (promo murahan) haha!

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    kemaskini laju ke maksud kau mat!? idea juga tu, aku cuba pertimbangkan memandangkan aku seperti ‘full time blogger’. hu3.

    mwahaha patutla komen ni masuk spam. hu3. promosi betul ni :p

    [Balas Komen]

    Extremist Thinker Reply:

    komen orang kacak xkan masuk spam punye.

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    masuk spam la mat. aku dah unspam memang la tak masuk :p

    [Balas Komen]

  3. negaraku.net kata :

    Dari Kajian, Perbaiki Dan Permudahkan Penulisan Di Blog | MEGAT…

    Blog menjadi semakin popular di kalangan generasi kini dalam menyampaikan pelbagai bentuk penulisan dan dipersembahkan kepada umum….

  4. zen kata :

    aku blom sampai ke tahap gila lg, tp aku cuba sebaik mungkin unt naik’kan traffik ke site aku dan aku bersemangat bila post-post aku mendapat link dr blog lain. target aku naik’kan lagi site authority blog aku…….bkn mat saleh sj bole ber’jaya

    Entri terakhir zen yang dikemaskini : Ooh Ooh Gorilla By Pichaya

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    setuju. kita perlu guna peluang dari 10 juta pengguna internet malaysia dan tak begitu taksub untuk blog antarabangsa eheh.

    bersama- sama menperhebatkan kehadiran blog masing-masing yang sudah tentu memainkan peranan masing-masing mengikut acuan masing-masing. he3.

    [Balas Komen]

  5. myadlan kata :

    wah.. bagus tips kali ni..
    aku pun setuju utk tulis pendek2..
    actly kau perasan tak apa beza blog lelaki dgn blog perempuan di Malaysia ni?
    nmpk ketara kn perbezaan nye dr segi bilangan perkataan nye.. isi pn..

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    matlamat penulisan itu sendiri perlu diperluaskan, apatah lagi apabila menulis di blog yang bersifat ‘general’ seperti blog ini eheh.

    perasan juga, mmg ada perbezaan. perbezaan jantina penulis juga menunjukkan perbezaan acuan tulisan mengikut taraf cara berfikir dan emosinya.

    [Balas Komen]

  6. nuaeman kata :

    Haah blog aku pun blog general.. dan usianya masih terlalu muda.. traffic pun masih belum cukup baik.. dengan langkah permulaan ni bila dapat komen-komen dari pelawat terasa bersemangat untuk terus berblog dan memberi info yang menarik kepada pembaca..

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    insyaallah jika apa yang kita tulis dapat menarik perhatian dari pembaca, secara tak langsung trafik juga akan tinggi.

    disamping itu perlu tahu teknik-teknik seperti teknik seo, niche, keyword dalam penulisan.

    [Balas Komen]

  7. |1f34|-|1r3 kata :

    aku pon xpuas hati ngan blog aku gak..aku nak bg blog aku femes sket..sblm aku membawakan doktrin2 aku sendiri utk pembaca aku..skang ni aku simpan dulu …bg ramai sket baru orang leh sebarkan doktrin2 aku nii…hahhahhahaha….

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    uiks macam bahaya je bunyinyer!!?? atau salah satu trik utk tarik pembaca!? eheh

    [Balas Komen]

  8. |1f34|-|1r3 kata :

    xde la membahayakan…aku xbawak doktrin2 jahat nyer..haha

    Entri terakhir |1f34|-|1r3 yang dikemaskini : Result dr Permatang Pauh !!

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    itu yang bahaya sbb ia menjadi ‘killer’. membunuh tu eheh.

    [Balas Komen]

    |1f34|-|1r3 Reply:

    haha…takde la sampai membunuh diri beb…membunuh fikiran jer…

    [Balas Komen]

  9. Bat kata :

    Aku memang dah suka buat entri pendek-pendek. Sekadar ingin memaklumkan(entri jenis pautan). Tapi kalau entri jenis tutorial, memang wajib tulis panjang sikit.

    Entri pasal politik, cerita lucah ,gosip artis, muat turun mp3, mat rempit, dan hiburan, TERsangatlah efektif untuk tarik trafik masuk blog.

    Tapi kalau entri yang jenis informatif, ilmiah, keagamaan, dan berguna, sangat jarang pengunjung yang nak datang. Aku ada bukti, rasanya blogger lain pun tau pasal ni. Tak percaya, tengok statistik blog, entri mana yang paling ramai orang baca.

    Kebenaran yang sangat pahit untuk ditelan…

    Sekadar pandangan aku yang tak seberapa ni…

    Entri terakhir Bat yang dikemaskini : Termenung…

    [Balas Komen]

Tinggalkan Komen.