Debat Isu Minyak Antara Anwar Dan Shabery
Aku tidak mahu menerangkan kembali apa yang telah didebatkan oleh Datok Seri Anwar dan Datok Ahmad Shabery. Aku pasti keseluruhan rakyat Malaysia melihat secara langsung perdebatan antara kedua tokoh tentang isu minyak yang bertajuk “Hari ini membentuk kerajaan, esok turun harga minyak“.
Dan disini juga aku tegaskan bahawa bukan tempat yang sesuai untuk kau berbicara soal politik tapi lebih kepada soal kemanusiaan! Jika mahukan terperinci tentang perdebatan berkenaan sila tanya pakcik google disini dan disini.
Jika kau lihat dari keseluruhan berlangsungnya perdebatan antara tokoh-tokoh tersebut pasti kau perasan akan kekangan antara kedua belah tokoh tersebut bukan!? Ada seorang yang begitu serius mengkaji fakta beserta bukti-bukti bagi menguatkan fakta dan seorang lagi yang menjadikan peluang debat untuk persoalkan perihal peribadi dan sejarah.
Apa dah jadi!? Bukankah peluang sebegini diharapkan dapat memberi lebih fakta-fakta tentang isu yang timbul!? Bukahkah peluang sebegini digunakan untuk menerangkan kepada rakyat tentang isu yang berbangkit!?
Rakyat sudah cerdik untuk menilai tentang sesuatu isu dan janganlah dilagakan dengan isu omongan yang kununnya dapat menutup mata dan telinga rakyat.
Apa pun aku berpuas hati semuanya berjalan lancar dan selamat dan aku juga suka jika debat seperti ini diteruskan demi menyampaikan isu secara terus dan telus kepada rakyat. Biarlah rakyat menilai sendiri baik buruknya sesuatu keadaan. Tak perlu takut jika kau memang betul-betul hebat menyuarakan fakta dan bukti.
July 16th, 2008 at 12:09 am
bukan kah lebih baik kalu debatkan cemana nak bangunkan negara? suka sangat membazir
[Balas Komen]
July 16th, 2008 at 12:57 am
aku ‘tabik’ kepada Anwar kerana telah berjaya menggunakan peluang yang ada sebaiknya dan sticking to the point.
[Balas Komen]
July 16th, 2008 at 1:07 am
erm.. Anwar ckp lebih berisi kalu nk compare ngan yg satu lg.. org tanya lain dia jwb lain.. buang karen tol dok dpn tv. ceh!
[Balas Komen]
July 16th, 2008 at 1:59 am
kenapa la si PM hantar menteri penerangan..kenapa tidak menteri kewangan..baru setara
[Balas Komen]
July 16th, 2008 at 2:44 am
shabery cheek mmg takde etika dlm berdebat. salah channel utk ketengahkan isu yg bukan isu yg sepatutnya didebatkan.
nmpak sgt die takde preparation tp mahu juga ke depan berdebat. kurang ajar namanya tu… jadah apa mnteri aku begini?
[Balas Komen]
July 16th, 2008 at 5:15 am
paling horror vc tuh la. ntahapahapa ntah. memalukan adjer dengan soalan pertama tuh. hampeh :) haha
[Balas Komen]
July 16th, 2008 at 5:50 am
asuhara - itu yang aku maksud kan. ptt ke debat dicampur adukkan dengan perihal politik!!??
azwanhadzree - mungkin dia ada sejarah tp aku suka cara dia berucap dan there is point.
shida - setuju! orang yg x terbuka mindanya jer yang tak setuju eheh
xmindfreakx - setuju. seperti membuka pekung pula. sepatutnya perkara melibatkan kewangan diserahkan kepada yang pakar kewangan juga kan!?
syam - tau tak pe. kosong bebalik ungkit psl perhimpunan ntah apa-apa.
knizam - setuju. aku sendiri ketawa melihat telatah VC tu.
[Balas Komen]
July 16th, 2008 at 6:05 am
Rasa macam Meneteri Penerangan terpaksa untuk duduk kat sana dan berdebat semalam.
Wonder ranking yg TV9 dapat semalam.
[Balas Komen]
July 16th, 2008 at 6:24 am
mazudi - ntahlah mungkin xde point kot!? wonder about that too ;)
[Balas Komen]
July 16th, 2008 at 6:52 am
Lucu betol sy tgk menteri penerangan tu dgn air liur meleleh2 nk menegakan benang basah!
Org tny lain, dia jwb lain!
Org debat pasal harga minyak, dia borak hal-hal anwar!
Org nk bela nasib rakyat Malaysia, dia duk bela nasib org Venezuela!
atlast terbelit dgn ‘hujah’ sendiri!
[Balas Komen]
July 16th, 2008 at 8:01 am
chot - itu lah pasal. peluang yang diberi tidak dipenuhi dengan fakta yang tak sepatutnya. mungkin sbb itu mereka takut nak anjurkan perdebatan seperti ini.
[Balas Komen]
July 17th, 2008 at 12:45 am
mmg anwar ade sejarah…but people can change..ntah pape lah shabery. what he did was just attacking anwar about all those demonstrations anwar’s had initiated and etc. why on earth did the gov sent him to debate with anwar? if the issue is about oil, they should send pm, or tpm or at least the menteri kewangan. he is menteri penerangan. what did he know about oil and economy? sigh~ he even didn’t answer the question correctly but keep on saying the same stuff about venezuela, inflation and anwar’s bad deed.
hurmm…anwar dh kne tangkap..apelah nasib dia~
[Balas Komen]
July 17th, 2008 at 3:40 am
Apa nak buat.. dah nasib bro Anwar.. awal2 dah nampak berat sebelah.. moderator tanya soalan kepada bro anwar dulu. Baiknya Anwar dia direct ke topik dan kemuka hujah dia. Sampai giliran Shabery sedaplah dia gomo Anwar.
Tang penutup pun begitu juga.. Anwar gulung dulu.. cam biasalah si menteri ni bukan gulung je lipat terus.. lipat lumat..
[Balas Komen]
July 17th, 2008 at 7:20 am
aku dgr shabery punya debat naik cemuh. ntah apa dia ckp merapu je. mmg dia kemukakan fakta tp fakta yg tidak membidas hujah anwar. sikit2 je sentuh, yg len merapu meraban.
rsnya x perlu buat debat. better diberi ruang utk diorg berhujah sorg2 dgn rakyat. kalau ada limit ms ni susah. point yg byk pun jd sikit. tp jgn guna menteri penerangan. guna menteri kewangan yg lebih arif psl ni.
[Balas Komen]
July 17th, 2008 at 7:39 am
mims - mungkin sebab kerajaan nak bagi terang jalan yang gelap eheh. tapi mmg tak patut apa yang berlaku, mcm kebudak-budakan cuba menepis dengan cara camtu.
wan - betul ada nampak berat sebelah. sepatutnya anwar diberi hujah dan gulung slps shabery.
adi - setuju tapi siapa yang akan beri peluang mcm tu!? debat yg dibuat tu pun seperti tangkap muat oleh kerajaan kan!?
[Balas Komen]
July 17th, 2008 at 6:42 pm
bole nampak Anwar lebih bersedia untuk berdebat jika nak dibandingkan dengan Shabery.
bukan nak kutuk ke apa ok.
tp adakah isi-isi kandungan yang didebatkan oleh Shabery tu datang dari Menteri Penerangan kite?
huhu..
[Balas Komen]
July 17th, 2008 at 6:57 pm
ain - anwar kelihatan sentiasa bersedia dengan hujahnya walaupun dalam keadaan spontan sekalipun.
[Balas Komen]
July 18th, 2008 at 1:09 am
like 5 stars vs half star (tu pun kalo ada..)
kpd encek menteri penerangan …. dh boleh sgtla kalo nk letak jwtn tuh huhuhu..
kalo nampak Pak Lah tgk live ms tuh sure nampak dia tepuk dahi… ‘ah kena sedas’
hehehehe..
[Balas Komen]
July 18th, 2008 at 4:34 am
slm bro, akupun baru sempat komen pasal benda ni..:) aku rase ni tu salah satu usaha baik ke arah demokrasi yg leih telus..anwar tu seorang pendebat berpengalaman..shabery tu aku rase cam baru pertama kali berdebat..:) tapi kredit kat dia berani berbanding org yg ckp2 belakang..dah baca pendapat chedet.com ?hehe
[Balas Komen]
July 18th, 2008 at 7:11 am
momok - memang tak patut betul. yang di atas tetap akan menindih walau dengan apa cara sekalipun termasuk cara yang tak betul uhuhu.
acai - salam acai, klu benar hujah anwar maka dia mmg patut dapat kredit. yelah dalam keadaan mcm ni akan buatkan rakyat makin keliru. aku dh baca entri che det.
[Balas Komen]
July 22nd, 2008 at 9:17 am
kes anwar ni cuma pengalihan minda jerk.. isu yg lebih panas tu haa ‘altatunya case’ vs C4 conspirasion
[Balas Komen]
July 24th, 2008 at 12:06 pm
Satu lagi rekod baru. Inflasi naik ke 7.7%. Dato’ Sabbery kata minyak naik inflasi tak naik, kata DSAI pula formula mana depa pakai..minyak naik inflasi turun?
Realitinya boleh baca dalam Blommberg.Com
[Balas Komen]
July 24th, 2008 at 3:15 pm
momok & sally - yang lebih real ialah permainan politik. kita kena tahu tapis antar realiti dan permainan politik.
kesimpulannya semakin lama dunia politik semakin di’kotor’kan dengan mainan mereka.
[Balas Komen]