Demi Masa Depan, 6 Pelaburan Terpenting
Pelaburan merupakan risiko yang diambil seseorang individu itu sendiri dengan harapan dapat menambah baikkan pendapatan atau sumber kewangan mereka.
Sesuatu pelaburan yang dilakukan seseorang individu bakal merubah prinsip kewangan dan perniagaan yang baik atau sebaliknya, ianya bergantung kepada bagaimana dan dimana mereka mencari peluang tersebut.
Hoho. Panjang pula pembukaannya. Sebenarnya aku hendak menjawab tag yang dihantar dari En Nueaman! Kena tag lagi. Sebab tu aku malas nak layan, layan sekali kena berkali-kali (hu3).
Ok kali ini aku cuba yang terbaik untuk menjawabnya, itu pun sebab topiknya agak menarik. Jawapan kepada tag ini merupakan kisah benar dan yang terbaik setakat ini yang aku boleh ambil risiko (he3).
6 pelaburan yang terpenting dalam dalam hidup aku ialah :
Anak-anak. Ya 2 orang anak-anak aku adalah pelaburan jangka masa panjang aku. Dalam skop ini aku memandang serius perihal pendidikan anak dan cuba melakukan yang terbaik demi mereka. Banyak perkara yang kena fikirkan dan lakukan demi mereka seperti menyediakan tabungan pendidikan, kesihatan dan persekolahan. Sama ada aku berjaya atau tidak, lihat apa yang bakal berlaku pada mereka pada masa depan.
Projek pertanian. Disini aku dan orang tua aku ambil kesempatan yang diberikan kerajaan untuk terlibat sama dalam projek pertanian. Setakat ini yang sudah sedia berhasil adalah projek pisang tanduk dan getah. Tanah 3 ekar yang ditanam getah bakal ditukar kepada tanaman sawit. Kayu pokok dari baka yang baik sesuai untuk buat perabot. Akan datang dan masih perancangan adalah projek cacing, lintah, keli dan serai. Ianya bergantung pada tahap kesihatan aku kini.
Pembangunan web dan blog. Masih baru dan aku telah nampak prospeknya yang boleh menghasilkan sumber kewangan tambahan juga. Masih lagi mengsasarkan kepada kelompok kecil, itu pun dah macam tak cukup tangan (hu3). Apa yang menarik, ia tidak memerlukan modal yang besar tetapi hanyalah kreativiti dan perkhidmatan. Insyaallah bakal ada usahasama dari beberapa orang dalam bidang yang sama.
Laptop (Megpy) dan celcom broadband (Voddy). Amik kau, tiga serentak! Bersangkut paut dengan projek yang aku lakukan. Tiada salah satu dari aset tersebut maka tiada kewangan tambahan sebagai pembangun web dan blog (hu3). Mungkin selepas ini aku akan menambahbaikkan khidmat talian internet yang aku gunakan sebagai langkah untuk aku layari laman lucah atau laman malaysiakini perluaskan prospek perniagaan dalam talian (online).
Telefon bimbit atau telefon genggam. Ianya juga adalah aset penting. Merupakan alat telekomunikasi yang semakin popular dan senang dibawa kemana-mana. Jadi mudah untuk aku berhubung dengan sesiapa sahaja termasuk awek-awek pelanggan perniagaan aku.
Public Mutual. Suatu kemestian dimana ia adalah pelaburan yang selamat untuk masa depan aku. Malah aku sudah keluarkan duit dari KWSP untuk melabur dalam public mutual. Ianya satu pelaburan yang membawa hasil berlipat kali ganda berbanding pelaburan di KWSP itu sendiri.
Akhirnya dapat aku jawab 6 jenis pelaburan yang aku miliki. Kali ini malas pula aku nak tag sesiapa, aku serahkan kepada 5 orang pengomen yang paling tinggi dalam komen terhangat aku.
Selamat menjawab! Senyum selalu ;)
Kredit Imej : http://www.cornerstonecu.com.
Technorati Tags: tag, public mutual, pelaburan, blog
August 25th, 2008 at 3:54 am
xterjwab tag tuh kalu 20 blogger tag ko ….
Entri terakhir zen yang dikemaskini : Super Warehouse Printers Products
[Balas Komen]
Megat Reply:
August 25th, 2008 at 5:02 am
tu la pasal. kena tengok juga la. klu malas mmg tak leh layan la. h3.
[Balas Komen]
August 25th, 2008 at 5:23 am
Demi Masa Depan, 6 Pelaburan Terpenting | MEGAT…
Pelaburan merupakan risiko yang diambil seseorang individu itu sendiri dengan harapan dapat menambah baikkan pendapatan atau sumber kewangan mereka….
August 25th, 2008 at 7:37 am
ASB ? hehe :)
[Balas Komen]
Megat Reply:
August 25th, 2008 at 10:07 am
untuk jangka masa panjang lebih baik public mutual zam. he3.
[Balas Komen]
August 25th, 2008 at 8:23 am
projek pertanian lom ad g nie.. :)
Entri terakhir afham yang dikemaskini : Coincidence Day
[Balas Komen]
Megat Reply:
August 25th, 2008 at 10:08 am
tak rugi terlibat dengan pertanian afham. jika kesemua kerja dalam dunia dah takde, sekurangnya dengan pertanian kita boleh hidup.
[Balas Komen]
August 25th, 2008 at 8:53 am
bro… ko melabur dlm public mutual gak. sgt bagus… aku menunggu public mutual buka dana baru lak… nak beli lg
ps: aku termasuk dalam 5 pengomen terhangat. aku kena wat juga ke?
[Balas Komen]
Megat Reply:
August 25th, 2008 at 10:10 am
betul. sangat bagus atau dengan kata lain simpanan masa depan. he3.
ps : kau rasa macam mana :p
[Balas Komen]
August 25th, 2008 at 9:14 am
Terima kasih sebab jawab.. heh! aku sendiri ada yang tak terjawab lagi.. apapun bagus jugaklaa ada benda yang boleh ditulis..
Entri terakhir nuaeman yang dikemaskini : 6 Pelaburan terbaik Nuaeman
[Balas Komen]
Megat Reply:
August 25th, 2008 at 3:17 pm
no prob. sementara aku memikirkan topik seterusnya, ada baiknya aku menulis topik santai macam ni. he3.
terlalu memikirkan bab koding-koding kepala dah naik pusing. hu3.
[Balas Komen]
August 25th, 2008 at 9:50 am
1) anak² saya dah ada 3 orang..alhamdulillah
2) pertanian - dah ada, kelapa sawit, sebab itulah org tua2 pesan..berbudi pada tanah.
3)blog - dah ada cuma bukan utk pelaburan, sampingan
4) laptop - Insyaallah hari ini nak dapatkan yang baru…syukur
5) telepon bimbit - saya telah guna sejak tahun 1991, zaman 010
6) Public mutual - ada sikit, tak aktif sgt
Syukur sbb tak termasuk dalam yang hangat² tu..hehehe..sini hujan pagi , sejuk
[Balas Komen]
Megat Reply:
August 25th, 2008 at 10:15 am
alhamdulillah sekurang-kurangnya kita ada rancangan demi masa depan! individu yang punyai perancangan yang baik bakal menghadapi masa depan yang cerah.
ooo lupa eheh. satu lagi tanah 3 ekar saya yang skang ni ditanam getah. nnt saya update.
[Balas Komen]
August 25th, 2008 at 11:13 am
haha..kira nyer aku dok kt no 4 ni terkena jugak la…nanti aku wat satu commenter anonymous..tolak aku jatuh ke tempat no 6…hehe
[Balas Komen]
Megat Reply:
August 25th, 2008 at 2:28 pm
mwahaha. ada lak macam tu. tak kisah la nak jawab atau tak. tapi klu nk jaga hati jawablah. he3 :p
[Balas Komen]
|1f34|-|1r3 Reply:
August 25th, 2008 at 10:59 pm
haha…xde la..nanti aku wat tp skang ni tgh busy..banyak woo utang tag..hehe
[Balas Komen]
Megat Reply:
August 26th, 2008 at 6:02 am
pelan-pelan kayuh. he3.
[Balas Komen]
August 25th, 2008 at 11:21 am
lom ade link ke bidang pertanian bro.. ade bisnes share2..haha..
Entri terakhir afham yang dikemaskini : Coincidence Day
[Balas Komen]
Megat Reply:
August 25th, 2008 at 2:30 pm
blom sepenuhnya. insyaallah akan datang. skang ni pun sedang berurusan dengan beberapa orang yang kununnya dapat membantu.
insyaallah aku update kt dlm blog ni juga. he3.
[Balas Komen]
August 25th, 2008 at 11:40 am
ko jgn tag akoo lak. akoo nie haram xpenah jawab tag. ehhe. weip bro. ape cer pistol letak kat kepala? cite kit. tp wat artikel baru. huhu. xnk la cite dlm nie.
Entri terakhir Extremist Thinker yang dikemaskini : Bila Hati Ingin Menaip
[Balas Komen]
Megat Reply:
August 25th, 2008 at 2:33 pm
citer lama mat. aku pun malas nak buka fail-fail lama. hu3.
klu aku rajin nak olah ceritanya dlm bentuk tulisan, aku buat la. he3.
[Balas Komen]
Extremist Thinker Reply:
August 25th, 2008 at 2:39 pm
mane boleh. akoo nk taw gak ape itu pistol letak kat kepala. pastu ko sebut lg tunang pertama. byk mane tunang ko? ade title dokter kat dpn tak? single ? nak satu! heheh.
[Balas Komen]
Megat Reply:
August 25th, 2008 at 3:20 pm
sabarlah. rasanya tak sesuai untuk dijadikan entri. hu3.
aku 3 kali putus tunang dan semuanya anak orang senang. yang aku jadikan awek (bini) skang ni pun orang kebanyakan.
biasalah klu dah kawan dengan anak orang senang, pelbagai cerita dan reaksi yang timbul. so case close :p
[Balas Komen]
Extremist Thinker Reply:
August 25th, 2008 at 3:28 pm
mane leh case closed. untung la ko dpt ank org sng. tp sakit pale. akoo pon akan rasa rendah diri. huhu. tp nk dokte jugak!
Entri terakhir Extremist Thinker yang dikemaskini : Memaafkan Atau Memakan Terajang
[Balas Komen]
August 25th, 2008 at 12:27 pm
pelaburan aku?Asb…dan aku membeli DSLR serta RM75 untuk SSM serta beberapa ratus ringgit untuk daftar kewangan…itu wat masa nie la…
[Balas Komen]
Megat Reply:
August 25th, 2008 at 2:36 pm
klu ikut senarai kau, bg aku dah jatuh kebawah dlm senarai aku. he3.
apa yang aku senaraikan adalah yang terbaik dari yang lenglain tu.
mungkin suatu hari nanti kau juga akan lebih menambahbaikkan punca atau kestabilan kewangan kau juga ;)
[Balas Komen]
xmindfreakx Reply:
August 25th, 2008 at 3:38 pm
apa maksud kau masuk kebwh senarai kau?aku nggak ngerti yang mas megat..ehhe..yerp..ikot plan aku,banyak lagi aku mahu buat..antaranya ialah bidang ternakan…aku buat bukan untuk diri aku..tapi aku usahakan untuk keluarga aku..biar ada satu biz untuk adik2 aku yang lain..;biar diorang ada share..ternak lembu,kambing dan keli…uhhu
[Balas Komen]
Megat Reply:
August 25th, 2008 at 6:58 pm
maksud aku antara pelaburan yang bukan dalam top 6 aku. he3.
bagus teruskan usaha kau dlm bidang ternakan tersebut!
[Balas Komen]
August 25th, 2008 at 3:55 pm
6 pelaburan yang mampu menjamin masa depan..
Saya masih lagi terkapai-kapai dalam proses pelaburan demi kehidupan ni..
InsyaAllah…kalau ada rezeki tak ke mana…Cuma usaha sahaja yang bakal menentukan hasilnya.
ps: Apa khabar en megat sekarang?Saya harap makin pulih.
Selamat menjalani kehidupan :)
Entri terakhir shila yang dikemaskini : Huhu…Saya di’TAG’!!
[Balas Komen]
Megat Reply:
August 25th, 2008 at 7:09 pm
pelaburan seperti kita memulakan bisnes juga. kena gamble. klu tak sampai bebila takkan mula langkah pertama. he3.
ps : ntah skang ni saya rasa seperti keadaan asal balik, saya betul2 bergantung kepada painkiller!
senyum selalu ;)
[Balas Komen]
August 25th, 2008 at 6:34 pm
wah.. tak sangka kau anda pelaburan dalam pertanian kebun kecil eh..
aku blum bersedia nk tulis psl ni lg sbb xbyk yg ku laburkan.. bleh dibilang dgn jari.. huhu
Entri terakhir myadlan yang dikemaskini : Lost my wallet again
[Balas Komen]
Megat Reply:
August 25th, 2008 at 7:14 pm
rasanya tak kecil juga kebunnya 1 kebun 3 ekar, 1 kebun 6 ekar dan 1 lagi 4 ekar. tapi perlahan-lahan mulakan projek pertanian sebab bergantung kepada budget.
apa saja yang kau miliki yang kau rasa mendatangkan kepentingan atau keperluan bagi kau, ianya dianggap pelaburan. he3.
[Balas Komen]
August 25th, 2008 at 8:33 pm
bila baca kau punya ni, aku teringat yang aku punya pun x jawab lagi. aku pun ada melabur dlm Public Mutual, bagus juga pulangannya
[Balas Komen]
Megat Reply:
August 25th, 2008 at 9:15 pm
yup. mmg bagus. lg pun ianya adalah pelaburan jangkamasa panjang. he3.
[Balas Komen]
August 25th, 2008 at 10:38 pm
pelaburan kepada pertanian memang menguntungkan..walaupun aku ini lebih bersosial dan tidak hala tuju, tapi aku ada impiankan sebuah pertanian argotik serta perladangan yang banyak menghasilkan pendapat..Aku hanya akan bermula sekiranya aku mempunyai sumber kewangan serta mendapat pinjaman daripada pihak bank..huhuhu
Tapi ini semua sekiranya aku sudah insaf la..hahaha
[Balas Komen]
Megat Reply:
August 26th, 2008 at 5:58 am
bagi aku apa salahnya klu kau mulakan sekarang. bermula dengan asas yang kecil dahulu. biar pengalaman yang buatkan kau fikirkan 2 kali kenapa kau tak mulakan awal.
aku mula2 macam tu, setelah didesak orang tua aku. baru aku sedar, klu aku tahu dari awal aku dah mula. tidak rugi pun.
skang ni proses utk perbesarkan projek-projek tersebut.
[Balas Komen]
August 25th, 2008 at 11:39 pm
Huhu…
aku pun, pelaburan terbaik aku setakat ni ialah anak anak aku.
Yang ni bagus untuk dunia akhirat ni.
[Balas Komen]
Megat Reply:
August 26th, 2008 at 6:00 am
setuju. anak-anak kan satu amanah. he3.
dari asuhan, pendidikan dan nilai-nilai murni yang kita berikan kepada mereka adalah penentu yang membentuk mereka apabila mereka dewasa. pengalaman menjaga mereka pun suatu pengalaman yang paling berharga!
[Balas Komen]
August 26th, 2008 at 3:27 am
aku ada public mutual gak. tapi sikit sangat. biasa la student. ada duit lebih sikit ni, nanti nak masuk lagi kot.
[Balas Komen]
Megat Reply:
August 26th, 2008 at 6:01 am
bagus, dari awal mulakan pelaburan jenis macam ni. memang tak rugi dan ianya merupakan pelaburan yang selamat (secured investment).
lagi pun berbanding EPF, public mutual punyai pulangan berlipat kali ganda. ianya pelaburan jangkamasa panjang.
[Balas Komen]
August 26th, 2008 at 6:21 am
hehe..banyak melabur nampak. ;)
[Balas Komen]
Megat Reply:
August 26th, 2008 at 7:48 am
takde lah banyak mana cuma simpanan masa depan eheh.
persediaan awal. kita takkan tahu apa yang berlaku hari ini atau esok ke atas diri kita kan!? jadi pelaburan ini lebih kepada wasiat kepada anak-anak aku.
[Balas Komen]